Malaysia Memilih : PH Berjaya membentuk kerajaan baru dalam PRU14!

Malaysia Memilih : PH
Berjaya membentuk kerajaan baru dalam PRU14! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Mrejoy nak beritahu awal-awal, yang mrejoy ni bukanlah mereka yang
kuat politik. Ini kena beritahu awal-awal kang orang kata lalang. Mentang-mentang
PH dah menang besar dalam PRU14, tiba-tiba je nak sokong. Bukan ye. Aku tak
macam tu. Hehehe.
Apa pun, semalam memang ramai yang tidur lewat. Semuanya sebab
nak tunggu keputusan penuh daripada SPR mengenai keputusan pilihanraya 2018
(pru14). Penuh dramatic! Sebabnya, lewat sangat! Sebelum-sebelum ni, pukul 1230
dah dapat keputusan. Tapi malam tadi, perghh, dah pagi pun tak juga dapat
jawapan! Ish!
Memang ada banyak kejutan dalam PRU14 kali ini. Antaranya MB
negeri Sembilan. Mulanya beliau dah diumumkan menang tanpa bertanding. Ramai yang
gembira. Tapi semalam tersebar gambar tokmat meninggalkan kediaman beliau. Memang
full respect dengan tokmat. Dia diantara menteri yang disayangi oleh semua
rakyat negeri Sembilan.
Terperanjat juga bila ramai yang share gambar dia tinggalkan
kediaman tu. Tapi seperti yang dikatakan oleh KJ:
Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat. Selamat maju jaya, Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
Antara lain yang menjadi kejutan, bilamana Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman yang dikatakan “anak kucing” oleh sesetengah pihak, menang dekat
muar. Uhh! Cerita pasal anak muda ni memang hangat sungguh. Ni, dia dah menang,
mesti lebih banyak cerita pasal dia lepas ni. Tapi sebelum tu, PH juga menang
besar dekat johor. Ini pun 1 sejarah jugak buat Malaysia.
Melaka! Ha, negeri mrejoy cari rezeki ni. Sebenarnya dari
semalam tertunggu-tunggu keputusan dekat Melaka. Tapi aduh, semuanya dalam
proses kiraan. Sampailah ke pagi. Waktu bawa wife pergi mengundi, memang Nampak
sekata. Maksudnya BN pun meriah, PH pun meriah, PAS pun meriah. Tapi bila Tanya
pasal undi, macam biasalah, undi rahsia.
Ha, Melaka juga dimonopoli Pakatan Harapan. Keputusan yang
memeranjat juga bila BN tewas di Melaka. Tapi apakan daya, rakyat sudah memilih
kerajaan baru. Terlalu banyak isu yang berbangkit yang membuatkan rakyat
memikirkan, perlu ada perubahan demi masa hadapan Malaysia yang lebih cerah.
Tapi suka Mrejoy nk beritahu yang aku ni bukanlah mereka
yang kuat politik. Cuma bila dengar Tun M naik semula menjadi PM Malaysia, hati
menjadi girang. Hati mana yang tidak gusar bila tengok apa yang berlaku
sekarang. Besar harapan kami sebagai rakyat Malaysia agar janji yang diberikan
sebelum pilihanraya akan ditunaikan.
Apa pun. Malaysia akan ada pemerintahan baru selama 5 tahun
ini. Semoga dengan amanah yang diberikan rakyat, kerajaan akan mentadbir malaysia
kearah negara yang lebih maju dalam segala hal dan membantu rakyat Malaysia
khususnya. Amin ya rabbalalamin.
0 Comments