Mat Sabu dilantik menjadi Menteri Pertahanan Malaysia yang baru (Malaysia Memilih)

by - May 14, 2018

Mat Sabu dilantik menjadi Menteri Pertahanan Malaysia yang baru

Mat Sabu dilantik menjadi Menteri Pertahanan Malaysia yang baru (Malaysia Memilih) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku tak suka sangat nak menulis pasal politik ni. Tapi sesekali, rasanya oklah kan? Hehehe. Memang ada banyak kejutan, ada banyak cerita yang dikongsikan dekat laman social. Daripada cerita tentang hutang negara, pemansuhan GST, pelantikan ketua menteri sampailah kepada YB muar. Aduh. Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memang tengah viral sekarang ni. Nama Tun Mahathir pula tak perlu diceritakan lagi lah, seluruh dunia sekarang tengah cerita pasal tun.

Selepas kemenangan besar Pakatan Harapan pada pilihanraya ke 14 (GE14), ramai yang menuntut janji2 pakatan harapan sebelum pilihanraya. Bab ini aku tak mahu sentuh sebab kalau tersilap cakap ni, confirm penuh komen pasal politik dalam blog mrejoy.com ni. Hehehe.

Tapi, dalam kebanyakan cerita, aku paling suka cerita bakal menteri pertahanan Malaysia, Mat Sabu atau Haji Mohamad bin Sabu. Sekarang ni, memang banyak video2 ceramah Mat sabu. Bak kata tun M dalam 1 video yang aku pernah tengok sebelum ni, kalau berborak dengan Mat Sabu ni, memang senyum sampai ke pagi la. Hehehehe.

Sewaktu majlis angkat sumpah Perdana Menteri ke 7 Malaysia di istana negara, ada 1 ayat perkongsian dalam laman social yang katanya datang dari Mat sabu. Aku yang baca tu, memang tergelak-gelak siap ajak wife baca lagi, hahaha. Ayat dia lebih kurang macam ini la:

Kami memang memerlukan pimpinan daripada Tun Mahathir sebab waktu dekat istana semalam, kami tak tahu nak masuk ikut pintu mana. Hahahahahhahaha.

Disebabkan aku tak berapa minta politik, jadi nama Mat Sabu ni memang dah lama disebut-sebut dalam Malaysia ni, tapi macam biasalah, berapa ramai sangat yang nak tengok video ceramah dia kan? Bila Pakatan Harapan dah menang, tiba-tiba video ceramah Mat sabu ni jadi viral.

Dan dalam pemerhatian pendek aku, Mat sabu ni ada unsur lawak dalam setiap ceramah dia. Memang nak tergelak je. Tapi dia pandai. Dalam lawak dia, dia tahu macamana nak sampaikan sesuatu cerita tu pada orang yang dengar. Kira kita kalau tak faham, bila dengar dia cerita, kita boleh mudah faham. Ha, macam tu.

Oklah, aku ni bukan nak cerita pasal mereka-mereka ni. Aku sajalah nak cerita mengenai pelantikan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan Malaysia. Siapa yang tidak gelak bila dengar Mat Sabu di lantik menjadi menteri pertahanan? Confirmlah semua pun ketawa kan? Nak jaga keamanan Malaysia ni. Tentera semua duduk bawah dia. Kiranya sistem pertahanan Malaysia ni duduk bawah dia. Uii.

Sesiapapun dalam Malaysia ketika ini mesti tengah terbayangkan macamana keadaannya bila Mat sabu memulakan tugas beliau sebagai menteri pertahanan nanti. Aku pun ada terfikir juga, nak sangat tengok dia pakai uniform tentera. Hehehe.

Apa pun, Panglima angkatan tentera, YM Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi telah menyatakan sokongan beliau dan akan memberikan khidmat yang terbaik kepada menteri pertahanan yang baru ini. Dan semuanya pasti percaya, keputusan yang dibuat oleh Tun Mahathir ini sudah pastinya adalah keputusan yang terbaik.

Pasti ada sesuatu kelebihan yang ada pada Mat Sabu yang tidak Nampak di mata orang lain tetapi jelas kelihatan pada mata Tun Mahathir. Apa pun, kita sebagai rakyat haruslah menyokong penuh kerajaan baru ni. Semoga ada perubahan yang baik, insyaAllah. Amin.



You May Also Like

0 Comments