Selamat hari guru 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

by - May 16, 2018

Selamat hari guru 2018

Selamat hari guru 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mrejoy.com nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang mengajar mrejoy sewaktu sekolah dulu di kem terendak Melaka. Kita ni nak kata pelajar cemerlang, tidaklah. Nak kata pelajar nakal pun tidaklah. Cuma terus terang mrejoy cakap, mrejoy Cuma ingat guru-guru yang “ganas” je. Hahaha. Macam cikgu displin. Oklah, sebelum itu, tema hari guru 2018 adalah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

Orait. Nak bercerita zaman sekolah ni, dah belas tahun habis. Tapi kawan-kawan sekolah masih berhubungan sampai sekarang. Jadinya daripada merekalah kadang-kadang kita ingat zaman sekolah ni. Mrejoy ni pelik sikit sebab tak suka nak ingat zaman sekolah dulu. Orang kata, kalau mereka boleh balik zaman sekolah, semua nak balik tapi tidak mrejoy. Hahaha. Tak terasa nak balik pun.

Tapi kalau bercerita waktu sambutan hari guru, macam biasalah, akan ada perhimpunan, kemudian cikgu-cikgu akan menyanyi beramai-ramai. Dan waktu inilah nak tengok cikgu mana yang suara dia sedap. Nak tahu senang je, dia yang pegang microphone. Kemudian suara dia yang paling kuat. Hahaha.

Kemudian, adalah persembahan daripada pelajar dan ucapan daripada guru-guru. Drama-drama airmata tak pastilah ada ke tidak. Lepas tu, waktu inilah cikgu-cikgu dapat banyak hadiah dan kad ucapan. Eh! Meriahlah bilik guru waktu ini.

Ada juga guru yang belanja anak murid dia makan. Samada makan dekat kantin atau dia bawa special datang sekolah. Uh! Makan sedaplah semua pelajar! Kiranya hari guru ni, hari yang special dekat sekolah berbanding hari lain (walaupun mrejoy lebih suka hari sukan).

Tapi itu yang menariknya la sempena hari guru. Ni mrejoy nak cerita pulak cabaran yang terpaksa di tempoh oleh guru-guru masa kini. Kalau kita tengok pelajar sekarang ( tak semua la) lebih advance berbanding pelajar-pelajar dulu (ini kita cerita mengenai masalah ya).

Pernah berbual dengan seorang guru yang mengajar mrejoy waktu sekolah menengah dulu. Bila di Tanya mengenai apakah masalah displin yang paling teruk, dia Cuma mengeluh. Bayangkan cikgu mengeluh! Kata dia, zaman sekarang punya masalah tak sama macam zaman waktu mrejoy dulu.

Budak-budak sekarang kata dia, sekolah rendah dah buat kesalahan yang boleh dikatakan berat. Itu belum masuk kes menganggu guru lagi. Nak ajak cikgu bergaduh pun ada, fuh! Belum masuk bab hukuman lagi. Jangan kata nak rotan, nak tengking pun rasa bersalah dibuatnya. Aduhai.

Memang banyak cabaran guru-guru sekarang ni. Tapi mrejoy tetap respect pada mereka sebab tetap gagah dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna. Yang pilih jalan tak betul tu bukan sebab salah guru, tapi salah diri sendiri.

Apa pun, selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya bekas-bekas guru yang mengajar di sekolah kem terendak, Melaka. Jasa kalian tetap mrejoy kenang sampai bila-bila. Ada masa, kita TTS ya, hehehe.



You May Also Like

1 Comments