Terlupa nak Renew Domain Mrejoy.com!

Terlupa nak Renew
Domain Mrejoy.com! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebenarnya aku kini
dalam mood bercuti sekejap daripada menulis kerana beberapa masalah yang tak
dapat dielakkan. Tapi, sekejap pun, puluh hari jugalah tak menulis. Hehehe. Disebabkan
lama dah tak bukak blog mrejoy.com ni, hari jumaat lepas, terasa lah nak jenguk
blog kecik ni. Eh! Tak boleh bukak! Domain mrejoy.com was expired!! Wahh! Apakah
ini?
Sungguhlah aku rasa cuak waktu tu. Sebelum ni, ada juga
beberapa blog dengan domain sendiri, tapi semuanya aku biarkan expired macam tu
je. Tapi blog mrejoy.com ni aku rasa special sikit. Part mana yang special tu,
aku sahajalah yang tahu. Hehehe.
Lepas dah terpampang besar dekat monitor aku ni yang domain
mrejoy.com dah expired, cepat-cepat aku bukak email. Eh! Banyak email daripada netkl rupanya. Hahahaha. Maaflah,
memang saya terlupa yang domain ni dah cukup setahun.
Netkl dah hantar reminder sebenarnya untuk aku segera renew
domain mrejoy.com ni. Tapi, yelah, email yang aku gunakan tu, email yang sangat
jarang aku guna. Rasanya, mana-mana orang pun pasti ada lebih daripada 1 email
kan? Rasa macam normal je benda tu. Hehehe.
Part nak ingat balik password email. Aduh! Email banyak, password pun banyak. Siap aku cuba satu persatu password yang ada. Sampai berapa kali salah! Hahaha.
Lepas dah tahu domain blog dah expired, cepat-cepat lah aku
cari cara nak renew domain. Tak mahal pun sebenarnya, setahun Cuma RM45. Dengan
nilai RM45 tu, jika korang tahu cara
buat duit dengan blog, korang akan dapat income berpuluh kali ganda daripada
nilai korang bayar domain tu. Ha, berbaloi tak? Dah tentulah berbaloi ada
domain sendiri kan?
Cara nak renew domain blog yang dah expired?
Kalau dalam kes domain mrejoy ni. Cara dia mudah je. Pihak netkl
ada bagi no akaun berserta reference no. Aku Cuma transfer mengikut jumlah yang
dinyatakan. Dalam kes aku ni, aku kena bayar RM45.00. Rasanya, kalau lagi lama,
lagi mahal kut. Rasanyalah.
Lepas dah transfer ke dalam akaun yang dinyatakan, kita kena
email pada pihak netkl dan beritahu mereka secara detail. Contoh, dah bayar
jumlah sekian-sekian, pada tarikh dan masa serta reference no. lepas tu tunggu
sahaja jawapan balas daripada pihak netkl.
Biasanya tak akan ada masalah, blog kita akan kembali
seperti biasa. Taraa! Mudah kan? Oklah, setakat itu jelah cerita pasal Terlupa nak Renew Domain Mrejoy.com ni.
Dan kalau korang nak ada domain sendiri, korang klik sahaja kat link ini ya : Netkl/domainregister
1 Comments
wah menariknya,amar pun terfikir gak nak letak domain kat blog
ReplyDelete