Nyawa melayang hanya kerana Vape! | MrEjoy

Nyawa melayang hanya kerana Vape!

Nur Alya Damia Hairi

Nyawa melayang hanya kerana Vape! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi tadi terbaca 1 berita mengenai kes pembunuhan seorang pelajar Kolej Vokasional Port Dickson, Nur Alya Damia Hairi. Ceritanya, gadis ini telah dibunuh hanya kerana menegur bekas teman lelakinya berkaitan tabiatnya menghisap vape! Uh! Penuntut kolej. Bekas teman lelaki. Dan hanya kerana vape nyawa melayang?

Banyak sebenarnya persoalan yang bermain dalam minda mrejoy sekarang ni. Hanya kerana benda tu pun, nyawa boleh melayang. Kemudian tengok pula pada hubungan. Bekas teman lelaki! Kalau pun bekas suami, bukan “lesen besar” untuk ambil nyawa orang lain!

Kadang sampai tak faham pun ada. Apa manusia macam ini ingat, nak besarkan seseorang tu macam tu je? Tahu-tahu dah besar? Tak terfikir apa perasan ibubapa mangsa tu? Apa fikir mereka punya baran je? Apa fikir manusia dalam dunia ni tak ada mak ayah? Tah apa la yang ada dalam minda manusia macam ni?

Daripada apa yang mrejoy baca, mangsa ni ugut nak beritahu ibubapa lelaki ni yang dia ni hisap vape! Uhh! Hisap vape pun luar dari pengetahuan ibubapa sendiri. Kemudian pergi cekik pula anak orang sampai membawa kepada maut. Sekarang, bukan setakat ibubapa sendiri tahu anak dia hisap vape, tapi 1 malaysia tahu. Dan bukan sekadar vape, tapi beserta 1 kes kematian.

Memang menakutkan bila tengok kes-kes yang berlaku sekarang ni. Muda-muda dah terlibat dengan kes berat macam ni. Mrejoy pun semakin takut, macamana agaknya zaman anak-anak mrejoy nanti. Memang kita ibubapa ni akan jadi extra pengawasan terhadap anak-anak. Confirm!

Apa pun, kita nak bercerita pasal benda yang dah jadi ni, tak kemana perginya. Yang ada ni, beringatlah, nak berkawan, tengok betul-betul dengan siapa kita berkawan, kemudian sentiasa update dengan keluarga apa yang kita buat, lokasi atau apa sahaja. Kita sendiri tak tahu apa yang akan jadi dekat depan kita, jadi adalah baiknya, biarlah keluarga kita tahu semua tentang diri kita.

Al-fatihah untuk Nur Alya Damia Hairi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang dikasihi Allah. Dan semoga hukuman yang sangat setimpal dikenakan kepada pesalah atas perbuatan luar pemikiran normal manusia tu. Dan semoga ianya menjadi pengajaran kepada semua yang lain.

Share:

0 comments