Taman burung Melaka tiada promosi?

Taman burung Melaka tiada promosi? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama sangat aku tak menulis dekat blog mrejoy.com ni. Ahh, terlalu banyak cerita dan permasalahan yang timbul sejak dua menjak ni. Biasalahkan, kehidupan macam ini la. Ada masa kita rilek, ada masanya kita akan berhadapan dengan masalah. Oklah, aku nak cerita sedikit pengalaman aku bawa keluarga jalan-jalan dekat ayer keroh Melaka minggu lepas. Niat dalam hati tu memang nak bawa keluarga aku jalan jalan di taman burung Melaka.
Al-kisahnya, ini adalah kali pertama aku nak pergi taman
burung Melaka. Tahu lokasi ni pun daripada kawan-kawan yang pernah sampai dekat
sini. Taman burung Melaka ni letaknya dekat Melaka wonderland. Korang search je
Melaka wonderland, ha dekat situlah terletaknya taman burung ni.
Walaupun aku dah duduk Melaka daripada kecik lagi, dan
walaupun kedua-dua lokasi ni dah terbina lama dah, aku tak pernah sekali pun
sampai! Hahahha. Apa nak kata kan? Dan ahad lepas memang aku nak bawa keluarga
aku jalan-jalan dekat taman burung Melaka ni.
Waktu sampai area situ, jalan nak masuk ke taman burung ni
pada aku macam, hmm, tak tahu nak kata apa. Sampaikan rasa macam nak patah
balik pun ada. Sebab ke dalam sangat. Tapi wife aku kata, kita teruskan je
sampai hujung.
Bila jalan sampai hujung, baru aku Nampak 1 sangkar yang
sangat besar! Memang besar, dari atas bukit tu boleh Nampak taman burung Melaka. Anak-anak akulah
yang paling excited sebab, yelah, budak-budak kan? Memang suka berjalan.
Tapi, ha! Ada tapinya, perasaan teruja itu digantikan dengan
perasaan was-was. Adeh! Bila aku sampai dekat pintu masuk taman burung Melaka tu,
aku Cuma Nampak 2 buah kereta sahaja. Aku memang jenis, kalau Nampak kereta tak
banyak, aku tak akan turun. Memang banyak benda yang bermain dalam minda aku
waktu tu.
Dalam kepala aku waktu tu, terfikir juga. Kenapa tak ramai
yang datang taman ni. Yelah, lokasi ke dalam hutan, kemudian ada 2 buah kereta
je. Memang tak mahu lah aku turun kan? Anak-anak dah mula bising. Yelah , dah
sampai tapi taknak turun. Hahaha.
Disebabkan banyak benda yang bermain dalam fikiran aku, aku
batalkan terus rancangan nak bawa keluarga ke taman burung Melaka. Aku teruskan
jalan dan jumpa 1 lokasi baru, Melaka Skytrex. Ini 1 lokasi baru (pada aku). Lokasi
ini terletak betul-betul dekat sebelah taman burung Melaka tu.
Dekat sini ada banyak kereta. Ok, banyak kereta maknanya
ramai orang. Tapi aku tak tahu apa yang ada dekat sini dan sesuai tak dengan
anak-anak aku. Yelah, kalau aku dengan wife je yang seronok, anak-anak tengok
je, tak seronok lah kan?
Disebabkan kurang pasti lagi lokasi ini untuk apa, jadi kami
Cuma jalan-jalan je dekat sini dan buat keputusan untuk keluar daripada lokasi
tu. Disebabkan rancangan nak bawa
keluarga jalan jalan di taman burung Melaka batal, jadinya aku terpaksalah
bawa anak-anak ke Zoo Melaka.
Apa dah jadi dengan Zoo Melaka?
Walaupun aku dah banyak dengar cerita mengenai Zoo Melaka ni,
tapi aku gagahkan juga bawa anak-anak ke sini. Anak-anak memang riang, sebab
dapat tengok haiwan yang lebih besar daripada kucing! Yelah, dekat rumah ada
kucing je, sekali datang zoo Nampak badak sumbu, tak ke terperanjat diarang? Hahahha.
Tapi itulah, cerita yang aku dengar daripada rakan-rakan aku
sebenarnya tidak sama langsung dengan apa yang aku Nampak sendiri. Zoo Melaka kini
tak sama macam zoo Melaka yang pernah aku datang sewaktu aku sekolah rendah
dulu.
Banyak sangkar kosong. Kemudian, dahulunya ada sangkar besar
yang menempatkan burung, dan kita boleh masuk dalam sangkar tu, sekarang jangan
katakan burung, sangkarnya pun dah tiada. Yang ada Cuma semak samun je. Café pun
banyak dah tutup. Dan rasanya lokasi persembahan haiwan dekat bahagian bawah
pun dah hilang. Lapang je kawasan tu.
Sedih sebenarnya bila Nampak zoo Melaka jadi macam ni. Yelah,
kenangan kita waktu kecil datang sini. Kemudian kita datang lagi, kali ni bawa
anak-anak pula, dah tak sama. Rasa macam sedih sangat. Zoo Melaka ni dah macam
tempat wajib (dulu lah) kalau orang luar datang Melaka. Waktu cuti memang penuh,
tapi sekarang dah tak lagi.
Mungkin ada beberapa masalah yang berlaku, tapi kalau boleh, kembalikan lah zoo Melaka yang
dahulu tu. Penuhkan kembali haiwan-haiwan di dalamnya dan biarlah kenangan
terindah tu hadir dalam setiap pengunjung zoo Melaka ni.
Oklah, nak cerita tu je. Pengalaman ke taman burung Melaka,
skytrex dan zoo Melaka. Nanti aku sambung cerita pasal Hantu kak limah pula
yer. hehehe
2 Comments
If some one needs expert view regarding blogging and site-building after that i recommend him/her to
ReplyDeletego to see this webpage, Keep up the nice work.
Alahai... Sedihnya.. Baru ingat nak bawa ank pergi zoo melaka...
ReplyDelete