facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Buat duit mudah dengan facebook

Jangan asyik salahkan orang lain | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Awal pagi tadi terbaca 1 status otai blogger dekat facebook beliau. Aku memang suka follow otai ni sebab ayat dia biasa je (bukan jenis yang formal la bila bercakap). Ayat dia biasa tapi sampai. Maksudnya, bila kita baca tu, kita hadam. Bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Status dia panjang, tapi daripada apa yang aku faham, kita ni jangan asyik nak salahkan orang lain je. Post dia ada berbau politik sikit la. Yelah, dengan keadaan Malaysia baru sekarang ni. Memang ramai yang menyalahkan kerajaan. Kata itu ini dan bandingkan pula dengan kerajaan lepas. Itu salah ini salah.

Samada mereka perasan atau tak, benda ni macam dah lama sangat berlaku. Mereka terus terusan bercakap dan menyalahkan tanpa mereka sedari, mereka langsung tak ada usaha untuk berubah! Tak payah nak kata orang la, aku pun kadang-kadang macam itu juga. Tapi itu dulu.

Pendek kata, kalau berubah lagi kerajaan ni, mereka akan tetap sama macam sekarang ni, salah dan menyalahkan. Aku tak mahu la ulas panjang pasal benda ni. Lebih-lebih lagi pasal politik. Jadi jom kita terus pada focus utama, jangan asyik salahkan orang lain dan mula berubah sekarang!

Benda mudah je sebenarnya, daripada kita bercakap dan pasti memang tak ada kesudahan, ada baiknya kita berubah. Usaha untuk hasilkan pendapatan sendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Bunyi memang senang tapi nak buat susah kan?

Susah sebab kita sendiri yang fikir susah. Aku suka dengan ayat dia yang cakap, kalau korang ni jenis yang tak minat kerja dengan orang  dan memang suka hadap internet (atau layan FB ke, insta ke) pun sebenarnya boleh buat duit. Nak dengan tak nak je!

Buat duit mudah dengan facebook.


Aku mungkin bukan orang yang terbaik untuk tulis pasal benda ni, tapi inilah yang ramai buat untuk hasilkan income dengan facebook.

Korang minat apa? Itu soalan pertama. Katakan korang minat kucing. Korang buatlah 1 page pasal kucing. Dah nama pun minat kan? Kemudian, kongsikan pengetahuan dan ilmu mengenai kucing. Share page korang tu dengan pencinta kucing.

Bila page korang dikenali ramai, korang boleh jual produk kucing. Kalau tak ada produk sendiri, korang boleh join dropship. Ada banyak dropship barangan kucing ni. Atau korang boleh juga jual kucing. Itu terpulanglah pada korang, asalkan berkait rapat dengan kucing.

Atau korang juga boleh sediakan ruang iklan untuk mana-mana kedai atau orang persendirian yang nak jual produk mereka. Korang tetapkanlah berapa bayaran dia. Ha, daripada itu korang boleh hasilkan income dengan facebook. Tak susah pun kan?

Daripada minat hasilkan income!

Mungkin korang Nampak macam income dia tak best je kan? Tapi percayalah, aku dah jumpa ramai orang yang income dia lagi besar daripada orang yang makan gaji. Berapa besar? Eh! Ada yang dapat 10k sebulan tau! Hanya dengan buat benda ni je!

Benda ni sebenarnya mudah je tapi mindset kita yang buat dia jadi susah. Sebab apa? Sebab daripada kita kecik sampailah saat ini, kita di momokkan dengan ayat, nak Berjaya kena belajar rajin-rajin, kena kerja ini, kerja itu baru Berjaya.

Kita tak di ajar pun, kalau kau tidak Berjaya dalam pelajaran, kau masih mampu Berjaya. Kau masih mampu dapatkan income besar, yang penting kau tahu cara dan tak pernah mengalah. Budak sekolah rendah pun sekarang dah pandai buat duit dekat Instagram. Siap ada jenama sendiri lagi. Kalau kecil dah di didik macam ni, insyaAllah, jutawan dia kelak.

Apa pun, jangan pernah salahkan orang lain dan mula berubah sekarang. Kita semua ada pilihan. Samada nak terus Berjaya atau tetap dengan keadaan kita sekarang. Sebab kalau kita bercakap macamana pun, kita ajar buat macamana pun, kalau diri sendiri taknak berubah, tak boleh juga. Betul tak?

Tiada jalan mudah untuk Berjaya

Tiada jalan mudah untuk Berjaya! | Assalamualaikum dan selamat pagi. Sejak dua menjak ni, banyak tengok iklan dengan facebook tentang cara buat duit dengan mudah. Berniaga sehari boleh dapat income 1000 ringgit. Tak pun, seminggu boleh dapat income 5 angka dengan mudah dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu, aku pun terasa nak Tanya, tapi bila fikir balik, mana ada jalan mudah untuk kita Berjaya dalam hidup kita ni. Percayalah!

Aku nak share sikit pengalaman aku tentang benda ni. Walaupun taklah hebat mana pun pengalaman tu, tapi bolehlah untuk kita faham sama-sama benda ni. Aku ada berminat dengan 1 bisnes dropship ni. Bisnes beg-beg berjenama. Bukan original tau, tapi copy ori.

Aku pernah Tanya harga beg-beg yang owner ni jual. Boleh tahan jugalah harga dia, bermula RM1000-RM5,000! Satu hari aku ternampak 1 iklan dropship dekat IG dia. Aku yang memang dah minat dengan benda ni, teruslah whatsapp owner. Dah kita berminat kan?

Banyak jugalah yang aku Tanya. Dan dalam beberapa soalan yang aku Tanya, dapatlah aku beberapa tips macamana nak buat sales dengan mudah dekat facebook. Yang itu nanti lain masa aku kongsikan dekat blog mrejoy.com ni. Cuma ada beberapa benda yang aku nak share dengan korang. (dan sebelum itu, aku nak beritahu yang aku tak jadi join bisnes dropship dia)

Pertama sekali bab keuntungan. Pada aku tak berbaloi untuk aku join bisnes dia sebab, aku kena jual produk yang harganya RM1000> dan aku Cuma dapat untung RM70-RM120 sahaja. Mungkin korang akan fikir, eh! Banyaklah tu! Kau nak berapa banyak lagi untung? Cukuplah tu. Kenalah fikir modal yang owner keluarkan, masa dan sebagainya. Ha, betul tak korang ada fikir macam tu?

Mari sini aku cerita dengan korang. Aku sekarang tengah buat 1 bisnes dropship ni. Harga produk bermula RM100-RM300. Dan korang tahu berapa keuntungan yang aku dapat hasil daripada penjualan produk-produk ni? Bermula RM50-rm170! Apa bezanya dengan bisnes dropship dekat atas tu? Lebih kurang sama je keuntungan dia. Eh! Tak sama! Meh aku terangkan.

Bisnes yang pertama tu, harga produk bermula RM1000. Kena faham, nak jual produk dengan harga macam ni, bukan boleh main jual dengan orang biasa-biasa je. Ada target dia. Dan bukan boleh main jual setiap masa. Tengah bulan nak jual produk harga RM1000, mahu rasa nak stop je bisnes kita tu nanti. Tapi, kalau income yang aku dapat berbaloi, memang aku join bisnes ni!

Bisnes dropship yang aku buat sekarang ni, harga dia pada aku ok. Maksudnya mudah nak jual. RM100 sekarang ni Nampak macam kecil (pada kebanyakan orang). Tengah bulan pun masih boleh buat sales. Di tambah lagi dengan produk yang aku jual tu boleh jual pada semua orang.

Berbezalah dengan beg-beg berjenama ni. Bukan semua orang nak pakai kan? Siap ada ayat, daripada aku keluarkan RM1000 untuk beli beg kau, baik aku beli dekat pasar malam je. Beg Nampak sama je. Lepas tu, kau nak jual dekat budak sekolah? Dengan harga macam tu? Memang dia akan cakap, tunggu saya kerja nanti ya bang! Hahahahha.

Tiada jalan mudah untuk Berjaya!

Bila dengar untung 1 produk memang best. Pernah jugalah dapat untung sehari RM500. Pernah jugalah dapat income sebulan RM8,000. Tapi semua tu tak semudah yang kita sangka. Itu sebab bila aku terbaca, buat income 5 angka seminggu, buat income RM1000 sebulan dekat facebook, aku tergelak. Orang kalau baca memang menarik hati. Tak tunggu lama, terus PM.

Tapi lepas dapat tahu, kena buat itu ini, tak semua yang rasa nak join sesuatu bisnes tu. Dengar memang seronok abang-abang, kakak kakak semua. Tapi nak buat tu bukan mudah. Aku masih ingat kata-kata seorang guru pada aku. Dia cakap, sesuatu benda yang dibuat dengan cepat mesti akan hilang dengan cepat jugak.

Jadi, kalau korang terbaca buat income mudah 5 angka seminggu. Janganlah mudah percaya. Tak ada benda yang mudah dalam dunia ni. Mesti mencabar punya. Dan kena faham kenapa ianya susah. Sebab bila korang dah Berjaya capai sesuatu target tu (dengan keadaan yang payah) korang akan dengan mudahnya bangun bila korang berhadapan dengan masalah.

Lain kalau senang-senang je korang dapat. Bila berhadapan dengan masalah, confirm korang jatuh dan tak akan bangun-bangun lagi. Aku harap korang dapatlah apa yang cuba aku sampaikan dekat korang ni. Kalau kurang jelas lagi, komen je dekat bawah, insyaAllah aku akan jawab. Ok? See ya!

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ▼  September (2)
      • Jangan asyik salahkan orang lain
      • Tiada jalan mudah untuk Berjaya!
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • The Patriots
    Kesilapan Yang Membunuh Amelia Earhart?
  • VOCKET
    ‘Mujur Tak Digilis’ – Situasi Bayi Tercicir Atas Jalan Raya Undang Kerisauan Netizen
  • Aliff Channel
    15 Tempat Menarik Di Lumut Untuk Melancong
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Top 7 Reasons Why Wordpress Is Perfect for Bloggers In 2022
  • Bro Framestone
    Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding Benteras Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD)
  • MrEjoy
    Susahnya nak cari kerja sekarang ni
  • sayidahnapisahdotcom
    30++ background ucapan kad raya digital 2022 | edit letak gambar je nanti!
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • It's Poobritney!
    Apa Yang Menarik di Bird Park Kuala Lumpur?
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates