Jangan asyik salahkan orang lain

by - September 27, 2018

Buat duit mudah dengan facebook

Jangan asyik salahkan orang lain | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Awal pagi tadi terbaca 1 status otai blogger dekat facebook beliau. Aku memang suka follow otai ni sebab ayat dia biasa je (bukan jenis yang formal la bila bercakap). Ayat dia biasa tapi sampai. Maksudnya, bila kita baca tu, kita hadam. Bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Status dia panjang, tapi daripada apa yang aku faham, kita ni jangan asyik nak salahkan orang lain je. Post dia ada berbau politik sikit la. Yelah, dengan keadaan Malaysia baru sekarang ni. Memang ramai yang menyalahkan kerajaan. Kata itu ini dan bandingkan pula dengan kerajaan lepas. Itu salah ini salah.

Samada mereka perasan atau tak, benda ni macam dah lama sangat berlaku. Mereka terus terusan bercakap dan menyalahkan tanpa mereka sedari, mereka langsung tak ada usaha untuk berubah! Tak payah nak kata orang la, aku pun kadang-kadang macam itu juga. Tapi itu dulu.

Pendek kata, kalau berubah lagi kerajaan ni, mereka akan tetap sama macam sekarang ni, salah dan menyalahkan. Aku tak mahu la ulas panjang pasal benda ni. Lebih-lebih lagi pasal politik. Jadi jom kita terus pada focus utama, jangan asyik salahkan orang lain dan mula berubah sekarang!

Benda mudah je sebenarnya, daripada kita bercakap dan pasti memang tak ada kesudahan, ada baiknya kita berubah. Usaha untuk hasilkan pendapatan sendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Bunyi memang senang tapi nak buat susah kan?

Susah sebab kita sendiri yang fikir susah. Aku suka dengan ayat dia yang cakap, kalau korang ni jenis yang tak minat kerja dengan orang  dan memang suka hadap internet (atau layan FB ke, insta ke) pun sebenarnya boleh buat duit. Nak dengan tak nak je!

Buat duit mudah dengan facebook.


Aku mungkin bukan orang yang terbaik untuk tulis pasal benda ni, tapi inilah yang ramai buat untuk hasilkan income dengan facebook.

Korang minat apa? Itu soalan pertama. Katakan korang minat kucing. Korang buatlah 1 page pasal kucing. Dah nama pun minat kan? Kemudian, kongsikan pengetahuan dan ilmu mengenai kucing. Share page korang tu dengan pencinta kucing.

Bila page korang dikenali ramai, korang boleh jual produk kucing. Kalau tak ada produk sendiri, korang boleh join dropship. Ada banyak dropship barangan kucing ni. Atau korang boleh juga jual kucing. Itu terpulanglah pada korang, asalkan berkait rapat dengan kucing.

Atau korang juga boleh sediakan ruang iklan untuk mana-mana kedai atau orang persendirian yang nak jual produk mereka. Korang tetapkanlah berapa bayaran dia. Ha, daripada itu korang boleh hasilkan income dengan facebook. Tak susah pun kan?

Daripada minat hasilkan income!

Mungkin korang Nampak macam income dia tak best je kan? Tapi percayalah, aku dah jumpa ramai orang yang income dia lagi besar daripada orang yang makan gaji. Berapa besar? Eh! Ada yang dapat 10k sebulan tau! Hanya dengan buat benda ni je!

Benda ni sebenarnya mudah je tapi mindset kita yang buat dia jadi susah. Sebab apa? Sebab daripada kita kecik sampailah saat ini, kita di momokkan dengan ayat, nak Berjaya kena belajar rajin-rajin, kena kerja ini, kerja itu baru Berjaya.

Kita tak di ajar pun, kalau kau tidak Berjaya dalam pelajaran, kau masih mampu Berjaya. Kau masih mampu dapatkan income besar, yang penting kau tahu cara dan tak pernah mengalah. Budak sekolah rendah pun sekarang dah pandai buat duit dekat Instagram. Siap ada jenama sendiri lagi. Kalau kecil dah di didik macam ni, insyaAllah, jutawan dia kelak.

Apa pun, jangan pernah salahkan orang lain dan mula berubah sekarang. Kita semua ada pilihan. Samada nak terus Berjaya atau tetap dengan keadaan kita sekarang. Sebab kalau kita bercakap macamana pun, kita ajar buat macamana pun, kalau diri sendiri taknak berubah, tak boleh juga. Betul tak?



You May Also Like

0 Comments