Tiada jalan mudah untuk Berjaya!

Tiada jalan mudah
untuk Berjaya! | Assalamualaikum dan selamat pagi. Sejak dua menjak ni,
banyak tengok iklan dengan facebook tentang cara buat duit dengan mudah.
Berniaga sehari boleh dapat income 1000 ringgit. Tak pun, seminggu boleh dapat
income 5 angka dengan mudah dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu, aku pun
terasa nak Tanya, tapi bila fikir balik, mana ada jalan mudah untuk kita
Berjaya dalam hidup kita ni. Percayalah!
Aku nak share sikit pengalaman aku tentang benda ni.
Walaupun taklah hebat mana pun pengalaman tu, tapi bolehlah untuk kita faham
sama-sama benda ni. Aku ada berminat dengan 1 bisnes dropship ni. Bisnes
beg-beg berjenama. Bukan original tau, tapi copy ori.
Aku pernah Tanya harga beg-beg yang owner ni jual. Boleh
tahan jugalah harga dia, bermula RM1000-RM5,000! Satu hari aku ternampak 1
iklan dropship dekat IG dia. Aku yang memang dah minat dengan benda ni,
teruslah whatsapp owner. Dah kita berminat kan?
Banyak jugalah yang aku Tanya. Dan dalam beberapa soalan
yang aku Tanya, dapatlah aku beberapa tips macamana nak buat sales dengan mudah dekat facebook. Yang itu nanti lain masa
aku kongsikan dekat blog mrejoy.com ni. Cuma ada beberapa benda yang aku nak
share dengan korang. (dan sebelum itu, aku nak beritahu yang aku tak jadi join bisnes
dropship dia)
Pertama sekali bab keuntungan. Pada aku tak berbaloi untuk
aku join bisnes dia sebab, aku kena jual produk yang harganya RM1000> dan
aku Cuma dapat untung RM70-RM120 sahaja. Mungkin korang akan fikir, eh!
Banyaklah tu! Kau nak berapa banyak lagi untung? Cukuplah tu. Kenalah fikir
modal yang owner keluarkan, masa dan sebagainya. Ha, betul tak korang ada fikir
macam tu?
Mari sini aku cerita dengan korang. Aku sekarang tengah buat
1 bisnes dropship ni. Harga produk bermula RM100-RM300. Dan korang tahu berapa
keuntungan yang aku dapat hasil daripada penjualan produk-produk ni? Bermula
RM50-rm170! Apa bezanya dengan bisnes dropship dekat atas tu? Lebih kurang sama
je keuntungan dia. Eh! Tak sama! Meh aku terangkan.
Bisnes yang pertama tu, harga produk bermula RM1000. Kena
faham, nak jual produk dengan harga macam ni, bukan boleh main jual dengan
orang biasa-biasa je. Ada target dia. Dan bukan boleh main jual setiap masa.
Tengah bulan nak jual produk harga RM1000, mahu rasa nak stop je bisnes kita tu
nanti. Tapi, kalau income yang aku dapat berbaloi, memang aku join bisnes ni!
Bisnes dropship yang aku buat sekarang ni, harga dia pada
aku ok. Maksudnya mudah nak jual. RM100 sekarang ni Nampak macam kecil (pada
kebanyakan orang). Tengah bulan pun masih boleh buat sales. Di tambah lagi
dengan produk yang aku jual tu boleh jual pada semua orang.
Berbezalah dengan beg-beg berjenama ni. Bukan semua orang
nak pakai kan? Siap ada ayat, daripada aku keluarkan RM1000 untuk beli beg kau,
baik aku beli dekat pasar malam je. Beg Nampak sama je. Lepas tu, kau nak jual
dekat budak sekolah? Dengan harga macam tu? Memang dia akan cakap, tunggu saya
kerja nanti ya bang! Hahahahha.
Tiada jalan mudah
untuk Berjaya!
Bila dengar untung 1 produk memang best. Pernah jugalah
dapat untung sehari RM500. Pernah jugalah dapat income sebulan RM8,000. Tapi semua
tu tak semudah yang kita sangka. Itu sebab bila aku terbaca, buat income 5
angka seminggu, buat income RM1000 sebulan dekat facebook, aku tergelak. Orang kalau
baca memang menarik hati. Tak tunggu lama, terus PM.
Tapi lepas dapat tahu, kena buat itu ini, tak semua yang
rasa nak join sesuatu bisnes tu. Dengar memang seronok abang-abang, kakak kakak
semua. Tapi nak buat tu bukan mudah. Aku masih ingat kata-kata seorang guru
pada aku. Dia cakap, sesuatu benda yang dibuat dengan cepat mesti akan hilang
dengan cepat jugak.
Jadi, kalau korang terbaca buat income mudah 5 angka
seminggu. Janganlah mudah percaya. Tak ada benda yang mudah dalam dunia ni. Mesti
mencabar punya. Dan kena faham kenapa ianya susah. Sebab bila korang dah Berjaya
capai sesuatu target tu (dengan keadaan yang payah) korang akan dengan mudahnya
bangun bila korang berhadapan dengan masalah.
Lain kalau senang-senang je korang dapat. Bila berhadapan
dengan masalah, confirm korang jatuh dan tak akan bangun-bangun lagi. Aku harap
korang dapatlah apa yang cuba aku sampaikan dekat korang ni. Kalau kurang jelas
lagi, komen je dekat bawah, insyaAllah aku akan jawab. Ok? See ya!
1 Comments
Setuju dgn post ni. . Nak join dropship kena tengok target market kawan kita di media sosial... Tapi join affiliate lagi best kot bagi saya. . Hehe
ReplyDelete