.jpg.aspx)
Pulang dari Sepang
1000km endurance race 2018 dengan 1001 pengalaman! | Assalamulaikum dan
salam sejahtera. Baru ada peluang dan semangat nak menulis selepas 5 hari
habisnya event sepang 1000km endurance race 2018. Ah! Terlalu banyak yang nak
diceritakan sebenarnya, terlalu banyak yang nak dikongsikan, Cuma aku cuba
untuk kongsikan apa yang boleh di tulis dan apa yang aku rasa, tak perlu kita
tulis, ok?
Walaupun aku tidak berada dalam mereka yang “penting” tapi
aku boleh rasa bangga sebab aku berada dalam kelompok hadapan Honda Malaysia Racing Team (HMRT). Itu pada
aku cukup membanggakan. Mulanya, sewaktu interview, macam-macam posisi aku tanya,
sampaikan yang interview aku tu suruh aku duduk bahagian runner je, senang!
Tapi aku taknak! Aku cakap, aku nak duduk dekat bahagian
yang menonjol disebabkan ini adalah kali pertama aku join jadi crew untuk Sepang 1000km endurance race 2018. Tak best
lah kalau baru pertama kali masuk duduk bahagian belakang kan? Hehe. Itu mindset
aku la. Jadi, fikir punya fikir, aku mintak bahagian fuelman.
Bercerita pasal bahagian ini, ada mencabarnya juga. Kalau korang
ada tengok dekat youtube, waktu F1 race dekat mana tah, yang kereta tiba-tiba
terbakar tu, disebabkan minyak bocor. Ha, dari situ sebenarnya datang minat aku
nak join team fuelman! Hahaha. Sebab mencabar weh! Betul mencabar! Itu yang
wife aku bising tu, dia kata, la, sebab itu je nak masuk team fuelman?
Hahaha. Memang aku gelak panjang bila cerita keputusan aku
nak join team tu. Tapi aku tak mintaklah kereta terbakar time race. Cuma aku
suka bahagian ini. Sewaktu sampai sepang, ha, ni aku nak cerita pasal sepang
international circuit pulak.
Kalaulah aku tak join jadi crew Honda Malaysia Racing Team (HMRT) , agaknya tah bilalah aku nak ada
peluang masuk sepang paddock. Masuk dan bekerja! Ha! Waktu pertama kali masuk
tu, tak payah tanyalah macamana perasaannya. teruja! Semua ada!
Kami masuk paddock hari rabu, dan Sepang 1000km endurance race 2018 hari sabtu. Jadi 4 hari jugalah
berkampung dekat sepang. Dari pagi bawa ke malam. Macam-macam yang aku belajar
dekat sini. Apa yang seronoknya pasal team ni adalah, walaupun kau duduk
bahagian minyak, tapi kau boleh je nak masuk team mekanik untuk belajar
macam-macam benda. Kau boleh je duduk bahagian tire untuk belajar macam-macam
benda. Pendek kata, tiada sempadan untuk kau tambah ilmu.
Aku nak kata terus hebat tu takdelah. Tapi alhamdulilah,
banyak benda yang aku belajar. Daripada tak tahu apa-apa, alhamdulilah, ada
dapat ilmu racing. Apa yang perlu buat dekat kereta, macamana setting angin
tayar yang betul, minyak dan macam-macam lagi strategi.
Yang sebenarnya, daripada hari rabu sampai jumaat, aku
tunggu hari sabtu je. Sebab itu race day. Aku nak rasa macamana keadaannya
waktu hari sebenarnya, dan bila sampai hari kejadian! Punyalah nervous! Hahahaha.
Sepang 1000km
endurance race 2018 ini adalah untuk menguji ketahanan kereta jadi waktu
racenya panjang. Cuma ada beberapa syarat yang ditetapkan pihak sepang yang
buatkan kami sedikit kurang setuju. Antaranya syarat 3 minit kereta mesti
berada di dalam pit sebelum dibenarkan untuk masuk semula ke dalam race.
TEAM FUELMAN HONDA MALAYSIA RACING TEAM (HMRT)
Bila kereta masuk, kita akan isi minyak penuh, tukar 4 tayar
dan tukar driver. Buatlah laju mana pun, kereta mesti berada 3 minit dalam pit.
Jadi bila semua siap, kami akan tunggu dan tengok je kereta tu completekan masa
3 minit, baru jalan balik. Rasanya kalau tak ada set masa ni, pelumbaan akan
jadi lebih wow! (pada aku la).
Lihat tak sama macam buat. Itu yang aku rasa. Kita tengok
orang buat keje, rasa biasa je. Tapi bila kita buat, Aduh! Penat weh! Lagi-lagi
team mekanik, respek aku pada mereka sebab daripada awal race sampai habis,
sentiasa bersemangat! Tahniah lah aku ucapkan pada korang!
Apa pun, bukan rezeki Honda
Malaysia Racing Team (HMRT) untuk jadi juara tahun ini. Kita dah cuba yang
terbaik! Walaupun masa kita singkat untuk tubuhkan team, dan preparation, kita
semua dah berikan yang terbaik kita ada. Itu satu kebanggaan!
Dan driver Honda
Malaysia Racing Team (HMRT)¸ Aaron lim , Farriz Fauzy, tengku ezan ley dan
Afiq. Terima kasih untuk kata-kata semangat. Mulanya agak kecewa juga, tapi
bila driver pun positif, kami pun sama positif. Terngiang-ngiang juga ayat
mereka, “this is race bro”! hahaha.
Apa pun. Aku sebenarnya nak ucapkan rasa syukur
sangat-sangat. Ini kerana, dahlah kali pertama masuk, kemudian preparation
racing tahun ini agak lewat sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya, tetapi
team yang berkerja dah macam family! Daripada team manager sampailah kepada
mekanik! Semua macam family! Bergelak ketawa, bergurau senda, serius waktu
kerja, best gila lah! Hahaha.
Sepang 1000km
endurance race! Tunggu kami kembali dengan semangat yang lebih membara
tahun hadapan! Kami dah lama dahagakan kemenangan! Semangat tetap membara! Pasti!
Yoshhh!
Sumber : Sepang International Circuit
Sumber : Sepang International Circuit