Lama dah tak menulis! | MrEjoy

Lama dah tak menulis!

Image result for writing

Lama dah tak menulis! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh! Hampir-hampir dah nak terlupa pasal blog yang satu ni. Memang sekarang ni banyak focus pada hal-hal kehidupan hakiki, adeh! Sebenarnya memang dah terlalu banyak yang berubah sejak 2 menjak ni. Dengan emosi yang tak menentu, ditambah lagi dengan kehidupan yang semakin mencabar, tambah lagi dengan hobi baru, aduh! Macam-macam! Apa pun, kehidupan tetap juga perlu di teruskan, betul tak?

Aku sendiri pun tak pasti apa yang dah berlaku dengan diri aku. Banyak benda yang aku sendiri tak pernah buat pun sebelum ni, tapi sekarang aku terasa nak buat. Benda yang dulunya aku tak minat, sekarang dah jadi minat, kan pelik bunyinya tu! Tapi tak apalah, asal masih normal lagi, ok lah kan! Hahahaha.

Kita masuk sekejap bab politik. Aku terus teranglah, aku memang tak minat politik, tapi bila masuk bab yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni, aku terasa nak menulis pulak. Ala, isu pasal seorang menteri yang keluarkan kenyataan “berbaur perkauman”. Katanya, itu video lama, tapi memang memberi kesan kepada keseluruhan benda sekarang ni.

Memang dekat parlimen, dekat mana-mana pun orang tengah bercakap pasal benda ni. Aku tak mahulah ulas panjang. Tapi bila baca komen-komen dekat media social, jadi makin takut pulak! Takut keharmonian yang dah terbina selama ni, hancur macam tu je. Aku tak katalah aku tak sokong orang-orang kita dalam bab ni, cumanya aku harapkan, janganlah sampai benda yang terbina selama ni, hancur macam tu je.

Dahlah, malas nak cerita panjang pasal benda ni. Sekarang aku nak cerita pasal benda baru yang aku tak pernah terasa nak buat dan terasa nak join pun, tapi entah kenapa tiba-tiba aku terasa nak buat. Hahaha.

Join Sepang 1000km endurance race.


Pernah dengar pasal sepang 1000km endurance race? Ni event race kereta yang dibuat dekat sepang. Dulu panggil merdeka millennium endurance race (MME). Yang sebenarnya, tempat kerja aku memang dah lama join race ni. Kengkawan aku pun ramai yang dah join, jadi crew. Dulu, aku Cuma tengok je. Tak pernah langsung terasa nak join.

Orang sekeliling pun tahu yang aku ni tak minat (sebab tu diarang tak pernah ajak join). Sampaikan aku sendiri pun tak tahu aku minat apa! Hahahaha. Tapi entah kenapa, tiba-tiba! Ahha! Tiba-tiba aku boleh turut serta dalam race tahun ni! Weh! Aku jadi crew sepang 1000km endurance race!! Wahahahahha!

Percaya ke tak percaya ni?

Bayangkan bila aku buat keputusan nak join sepang 1000km endurance race tahun ni, orang sekeliling semua jadi pelik! Semua Tanya benda yang sama. Sampaikan aku dah boleh hafal setiap soalan kenkawan aku. Hahaha. Wife aku pun jadi pelik bila aku buat keputusan nak join tahun ni. Sebab semua orang tahu, aku ni jenis yang macamana.

Ada banyak sebab kenapa aku tiba-tiba terasa nak join race tahun ni. Salah satunya adalah, aku dah memang set nak buat satu-satu benda yang aku sendiri tak pernah buat pun selama ni. Aku nak jadi orang lain. Aku tak mahu jadi aku yang sebelum ni.

Dan cerita macamana aku “terjebak” nak join race sepang 1000km endurance ni, sebab aku tengok video formula 1. Waktu crew tukar tayar, isi minyak semua. Rasa macam wow! Gempak gila! Hahaha. Lepas tu, tiba-tiba datang minat. Lepas tu terus fikir, macamana aku nak join, nak ada pengalaman jadi crew! Dan waktu itulah ada email datang, kata ada kekosongan crew untuk sepang 1000km endurance race!

Aku pun apalagi, teruslah apply. Alhamdulilah! Rezeki, Allah nak bagi peluang join jadi crew. Apa pun, aku nak cerita banyak pasal benda ni pun aku tak ada pengalaman. Sebab event hari sabtu ni. insyaAllah, lepas habis race nanti, aku akan update balik pasal benda ni. Hehehe.

Oklah, dalam kesempatan ni, nak ajak korang datanglah ke sepang 1000km endurance race 2018 yang akan berlansung pada hari sabtu ini 24 November 2018. Masuk adalah percuma. Jadi boleh ajak ramai-ramai, adik beradik, sedara mara dan kengkawan ya! Jumpa ada di sepang!

Belanja sikit gambar aku yang tak terurus ni:

sepang 1000km endurance race 2018

Share:

1 comments