Pulang dari Sepang 1000km endurance race 2018 dengan 1001 pengalaman! | MrEjoy

Pulang dari Sepang 1000km endurance race 2018 dengan 1001 pengalaman!

Honda Malaysia Racing Team (HMRT)

Pulang dari Sepang 1000km endurance race 2018 dengan 1001 pengalaman! | Assalamulaikum dan salam sejahtera. Baru ada peluang dan semangat nak menulis selepas 5 hari habisnya event sepang 1000km endurance race 2018. Ah! Terlalu banyak yang nak diceritakan sebenarnya, terlalu banyak yang nak dikongsikan, Cuma aku cuba untuk kongsikan apa yang boleh di tulis dan apa yang aku rasa, tak perlu kita tulis, ok?

Walaupun aku tidak berada dalam mereka yang “penting” tapi aku boleh rasa bangga sebab aku berada dalam kelompok hadapan Honda Malaysia Racing Team (HMRT). Itu pada aku cukup membanggakan. Mulanya, sewaktu interview, macam-macam posisi aku tanya, sampaikan yang interview aku tu suruh aku duduk bahagian runner je, senang!

Tapi aku taknak! Aku cakap, aku nak duduk dekat bahagian yang menonjol disebabkan ini adalah kali pertama aku join jadi crew untuk Sepang 1000km endurance race 2018. Tak best lah kalau baru pertama kali masuk duduk bahagian belakang kan? Hehe. Itu mindset aku la. Jadi, fikir punya fikir, aku mintak bahagian fuelman.

Bercerita pasal bahagian ini, ada mencabarnya juga. Kalau korang ada tengok dekat youtube, waktu F1 race dekat mana tah, yang kereta tiba-tiba terbakar tu, disebabkan minyak bocor. Ha, dari situ sebenarnya datang minat aku nak join team fuelman! Hahaha. Sebab mencabar weh! Betul mencabar! Itu yang wife aku bising tu, dia kata, la, sebab itu je nak masuk team fuelman?

Hahaha. Memang aku gelak panjang bila cerita keputusan aku nak join team tu. Tapi aku tak mintaklah kereta terbakar time race. Cuma aku suka bahagian ini. Sewaktu sampai sepang, ha, ni aku nak cerita pasal sepang international circuit pulak.

Kalaulah aku tak join jadi crew Honda Malaysia Racing Team (HMRT) , agaknya tah bilalah aku nak ada peluang masuk sepang paddock. Masuk dan bekerja! Ha! Waktu pertama kali masuk tu, tak payah tanyalah macamana perasaannya. teruja! Semua ada!

Kami masuk paddock hari rabu, dan Sepang 1000km endurance race 2018 hari sabtu. Jadi 4 hari jugalah berkampung dekat sepang. Dari pagi bawa ke malam. Macam-macam yang aku belajar dekat sini. Apa yang seronoknya pasal team ni adalah, walaupun kau duduk bahagian minyak, tapi kau boleh je nak masuk team mekanik untuk belajar macam-macam benda. Kau boleh je duduk bahagian tire untuk belajar macam-macam benda. Pendek kata, tiada sempadan untuk kau tambah ilmu.

Aku nak kata terus hebat tu takdelah. Tapi alhamdulilah, banyak benda yang aku belajar. Daripada tak tahu apa-apa, alhamdulilah, ada dapat ilmu racing. Apa yang perlu buat dekat kereta, macamana setting angin tayar yang betul, minyak dan macam-macam lagi strategi.

Honda Malaysia Racing Team (HMRT)


Yang sebenarnya, daripada hari rabu sampai jumaat, aku tunggu hari sabtu je. Sebab itu race day. Aku nak rasa macamana keadaannya waktu hari sebenarnya, dan bila sampai hari kejadian! Punyalah nervous! Hahahaha.

Sepang 1000km endurance race 2018 ini adalah untuk menguji ketahanan kereta jadi waktu racenya panjang. Cuma ada beberapa syarat yang ditetapkan pihak sepang yang buatkan kami sedikit kurang setuju. Antaranya syarat 3 minit kereta mesti berada di dalam pit sebelum dibenarkan untuk masuk semula ke dalam race.

TEAM FUELMAN HONDA MALAYSIA RACING TEAM (HMRT)

TEAM FUELMAN HONDA MALAYSIA RACING TEAM (HMRT)


Bila kereta masuk, kita akan isi minyak penuh, tukar 4 tayar dan tukar driver. Buatlah laju mana pun, kereta mesti berada 3 minit dalam pit. Jadi bila semua siap, kami akan tunggu dan tengok je kereta tu completekan masa 3 minit, baru jalan balik. Rasanya kalau tak ada set masa ni, pelumbaan akan jadi lebih wow! (pada aku la).

Lihat tak sama macam buat. Itu yang aku rasa. Kita tengok orang buat keje, rasa biasa je. Tapi bila kita buat, Aduh! Penat weh! Lagi-lagi team mekanik, respek aku pada mereka sebab daripada awal race sampai habis, sentiasa bersemangat! Tahniah lah aku ucapkan pada korang!

Honda Malaysia Racing Team (HMRT)


Apa pun, bukan rezeki Honda Malaysia Racing Team (HMRT) untuk jadi juara tahun ini. Kita dah cuba yang terbaik! Walaupun masa kita singkat untuk tubuhkan team, dan preparation, kita semua dah berikan yang terbaik kita ada. Itu satu kebanggaan!

Dan driver Honda Malaysia Racing Team (HMRT)¸ Aaron lim , Farriz Fauzy, tengku ezan ley dan Afiq. Terima kasih untuk kata-kata semangat. Mulanya agak kecewa juga, tapi bila driver pun positif, kami pun sama positif. Terngiang-ngiang juga ayat mereka, “this is race bro”! hahaha.

Apa pun. Aku sebenarnya nak ucapkan rasa syukur sangat-sangat. Ini kerana, dahlah kali pertama masuk, kemudian preparation racing tahun ini agak lewat sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya, tetapi team yang berkerja dah macam family! Daripada team manager sampailah kepada mekanik! Semua macam family! Bergelak ketawa, bergurau senda, serius waktu kerja, best gila lah! Hahaha.

Sepang 1000km endurance race! Tunggu kami kembali dengan semangat yang lebih membara tahun hadapan! Kami dah lama dahagakan kemenangan! Semangat tetap membara! Pasti! Yoshhh!

Honda Malaysia Racing Team (HMRT)

Sumber : Sepang International Circuit

Honda Malaysia Racing Team (HMRT)

Sumber : Sepang International Circuit

Share:

0 comments