
Tahniah harimau Malaya
layak ke Final Piala AFF 2018 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh! Nak
menulis pasal bola pun takut memandangkan aku ni tak minat bola sebenarnya. Tapi
betullah orang kata, kita ada dengan siapa kita berkawan. Dah majority kawan
aku minat bola, jadi tahulah aku serba sedikit tentang bola (Nampak tak aku
tulis tahu serba sedikt, maknanya tetap juga aku tak minat bola) hahaha.
Kalau ikutkan, boleh jer aku tulis segalanya tentang bola,
sebab bukan orang tahu pun aku minat apa kan? Tapi, nampaklah dekat situ yang
aku tak ikhlas dengan apa yang aku tulis dan yang keduanya, Nampak sangat aku
ni menipu. Kenapa takut sangat? Sebab rupa-rupanya, ramai silent reader blog
mrejoy.com ini adalah daripada kalangan kawan-kawan aku termasuklah bos aku! Hahahaha.
Jadi nak taknak, kenalah tulis yang elok-elok belaka. Tapi,
kalau dah panas sangat, memang aku tulis je semua cerita dekat sini tanpa ada
berselindung. Blog aku, suka aku lah kan nak tulis apa? Hahaha. Oklah, balik
semula pada cerita bola. Malaysia menewaskan Thailand sekaligus layak ke
perlawanan akhir Piala AFF 2018!
Aku nak kata tengok bola malam tadi pun tak sangat. Tapi lepak
mamak la sebab nak COD barang. Hahahaha. Nampak tak yang aku macam tak layak
nak menulis pasal bola dekat sini. Dah alang-alang tunggu orang sampai tu, aku
layanlah game Malaysia lawan Thailand malam tadi.
Duduk dekat mamak ni tak sama macam dekat rumah. Feel dia
lain. Semangat dia lain. Sebab ramai! Kalau duduk dekat rumah, kita jerit
sorang-sorang, kalau dekat mamak, dah macam dekat stadium dah rasanya. Tapi aku
tak jerit pun, ini serius cakap ni. Hahahaha.
Keseluruhan game malam tadi memang best Cuma part last
semalam tu yang mendebarkan! Part sepakan penalty tu. Ohh! Kau tak minat bola
tapi kalau kau tengok, kau pun sama debar! Eh! Mulut penjaga gol Malaysia tu
semalam baca apa? Terkumat kamit. Mesti baca doa macam-macam kan? Yelah,
nervous kut!
Alhamdulilah, bola tu khabarnya sampai ke saat ini tak
jumpa! Katanya dah sampai bulan (hahahaha, ok aku tipu) biasalah orang kita,
memang kreatif. Macam-macam mereka edit! Tapi itulah, yang paling viral
sekarang ni, ayat-ayat “mimpi ngeri”. Adeh!
Apa pun, aku nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada skuad
harimau Malaya kerana layak ke Final
Piala AFF 2018. Jom kita sama-sama memberikan sokongan penuh kepada team Malaysia!
Juga tak lupa kepada penyokong harimau Malaysia yang sanggup terbang ke tanah
thai untuk memberikan sokongan kepada team Malaysia! Korang memang terbaik lah!
Padu!