Tahniah harimau Malaya layak ke Final Piala AFF 2018 | MrEjoy

Tahniah harimau Malaya layak ke Final Piala AFF 2018

Final Piala AFF 2018

Tahniah harimau Malaya layak ke Final Piala AFF 2018 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh! Nak menulis pasal bola pun takut memandangkan aku ni tak minat bola sebenarnya. Tapi betullah orang kata, kita ada dengan siapa kita berkawan. Dah majority kawan aku minat bola, jadi tahulah aku serba sedikit tentang bola (Nampak tak aku tulis tahu serba sedikt, maknanya tetap juga aku tak minat bola) hahaha.

Kalau ikutkan, boleh jer aku tulis segalanya tentang bola, sebab bukan orang tahu pun aku minat apa kan? Tapi, nampaklah dekat situ yang aku tak ikhlas dengan apa yang aku tulis dan yang keduanya, Nampak sangat aku ni menipu. Kenapa takut sangat? Sebab rupa-rupanya, ramai silent reader blog mrejoy.com ini adalah daripada kalangan kawan-kawan aku termasuklah bos aku! Hahahaha.

Jadi nak taknak, kenalah tulis yang elok-elok belaka. Tapi, kalau dah panas sangat, memang aku tulis je semua cerita dekat sini tanpa ada berselindung. Blog aku, suka aku lah kan nak tulis apa? Hahaha. Oklah, balik semula pada cerita bola. Malaysia menewaskan Thailand sekaligus layak ke perlawanan akhir Piala AFF 2018!

Aku nak kata tengok bola malam tadi pun tak sangat. Tapi lepak mamak la sebab nak COD barang. Hahahaha. Nampak tak yang aku macam tak layak nak menulis pasal bola dekat sini. Dah alang-alang tunggu orang sampai tu, aku layanlah game Malaysia lawan Thailand malam tadi.

Duduk dekat mamak ni tak sama macam dekat rumah. Feel dia lain. Semangat dia lain. Sebab ramai! Kalau duduk dekat rumah, kita jerit sorang-sorang, kalau dekat mamak, dah macam dekat stadium dah rasanya. Tapi aku tak jerit pun, ini serius cakap ni. Hahahaha.

Keseluruhan game malam tadi memang best Cuma part last semalam tu yang mendebarkan! Part sepakan penalty tu. Ohh! Kau tak minat bola tapi kalau kau tengok, kau pun sama debar! Eh! Mulut penjaga gol Malaysia tu semalam baca apa? Terkumat kamit. Mesti baca doa macam-macam kan? Yelah, nervous kut!

Alhamdulilah, bola tu khabarnya sampai ke saat ini tak jumpa! Katanya dah sampai bulan (hahahaha, ok aku tipu) biasalah orang kita, memang kreatif. Macam-macam mereka edit! Tapi itulah, yang paling viral sekarang ni, ayat-ayat “mimpi ngeri”. Adeh!

Apa pun, aku nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada skuad harimau Malaya kerana layak ke Final Piala AFF 2018. Jom kita sama-sama memberikan sokongan penuh kepada team Malaysia! Juga tak lupa kepada penyokong harimau Malaysia yang sanggup terbang ke tanah thai untuk memberikan sokongan kepada team Malaysia! Korang memang terbaik lah! Padu!

Share:

0 comments