facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Kena tipu dengan peniaga online dan Apa yang perlu dibuat.

Kena tipu dengan peniaga online? Apa perlu buat? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Al kisahnya, aku memang sedang mencari 1 produk ni. Jenis aku, aku akan buat perbezaan harga terlebih dahulu. Yelah, kalau kita boleh dapat produk yang sama dengan harga yang lebih murah, apa salahnya kalau kita memilihkan. Tapi itulah, dalam pada memilihnya itu, aku tetap juga tertipu dengan peniaga online. Jadi ini kisahnya Kena tipu dengan peniaga online dan Apa yang perlu dibuat.

Rasanya ini bukan kali pertama la aku kena tipu dengan peniaga online. Dah banyak kali dah. Mungkin rezeki mereka. Atau mungkin ada rezeki orang lain dalam rezeki aku yang membuatkan aku “terpaksa” keluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada  orang lain. Fikir aku macam itulah.

Cuma kali ini agak berbeza sedikit trick yang aku kena. Peniaga online ini pada aku mengaburi mata dan fikiran kami sebagai pembeli. Mari aku terangkan apa yang mereka lakukan.

Kena Tipu Dengan Peniaga Online.


Aku nak beli 1 produk ni. Rata rata peniaga online jual RM100 macam itu. Lama jugalah aku mencari dan hari ini, aku terjumpa dengan seorang peniaga yang jual lebih murah daripada nilai ini! Bayangkan ramai peniaga yang jual RM100, dan hari ini aku jumpa dengan seorang peniaga yang jual Cuma dengan harga RM30 sahaja!

Nampak banyak sangat untung dekat situ kan?

Kemudian aku hubungi peniaga tersebut. Lama juga aku tanyakan pada beliau, berapa harga produk tersebut. Dan ini jawapannya:

Terima kasih kerana menghubungi kami. Kamu terpilih 10 paling awal yang akan mendapat promosi potongan diskaun! Hanya RM30 untuk bos! Harga asal RM100 + penghantaran percuma.

Aku memang suka mendengarnya. Kemudian aku tanyakan lagi, betul ke sebotol RM30? Jawabnya: Ya bos, promosi diskaun RM30 dan percuma postage 1 malaysia.

Aku memang tak fikir panjanglah. Terus minta no akaun dan bankin. Waktu ini aku memang tak rasa yang aku sebenarnya dah Kena Tipu Dengan Peniaga Online ni. Dah bankin semua kemudian berikan detail lengkap, dapat 1 mesej berbunyi:

Eh bos! Kenapa bos bankin RM30 sahaja. Saya rasa bos dah salah faham ini. RM30 itu harga promosi diskaun. Harga asal RM100 – (Promosi diskaun RM30) jadi harga RM70.

Kemudian aku Tanya, kenapa tak tulis sahaja RM70? Kenapa nak tulis promosi diskaun la, harga sebenarlah. Nak berniaga, tulis sahaja nilai sebenar. Tak perlu kelirukan pelangan. Bila dia guna ayat yang macam ini, nampak sangat yang dia cuba kelirukan kita sebagai pelangan ini.

Ini adalah kerana, bila dia sebut harga nilai sebenar tu, aku minta refund semula. Tapi jawapan dia sangat menarik.

Saya minta maaf bos. Duit dah masuk dalam akaun company. Kalau bos nak refund, perlu ambil masa dalam 3-5 bulan.

Bayangkan RM40. Nak tunggu sampai 5 bulan? Ini kelakar. Hahaha.

Apa perlu buat bila Kena Tipu Dengan Peniaga Online?


Kesudahannya, aku tetap memikirkan, ada hikmah ni kenapa aku kena macam ini. Mungkin ada rezeki orang lain dalam rezeki aku. Dalam kes ini, duit aku tu aku bagi “hadiah” sahaja pada peniaga itu. Cumanya banyak nasihat yang aku beri pada dia la.

Nak meniaga, biar jujur. Jangan buat pelangan pening. Kalau harga RM70, beritahu harga sebenar. Jangan menipu. Entah berapa ramailah yang Di Tipu Peniaga Online dengan cara dan trick macam ini.

Apa pun, aku doakan agar peniagaan dia terus maju. Agar anak bangsa kita terus maju dan maju. Ok! Itu sahaja cerita Kena Tipu Dengan Peniaga Online ni. Harap korang pun tak terkenalah dengan trick ini ya!


Musim batuk dan selsema menyerang

Musim batuk dan selsema menyerang! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umum dah tahu, hujung tahun di Malaysia adalah musim tengkujuh. Hujan turun tak berhenti dalam beberapa hari ini. Ada sesetengah negeri dalam Malaysia di landa banjir dan rakan rakan kita ramai yang ditempatkan di pusat penempatan sementara. Alhamdulilah, untuk kawasan rumah aku dan daerah tempat aku tinggal ini masih bebas banjir. Alhamdulilah. Dan biasanya, dalam musim hujan lebat ini, ramailah yang kena batuk dan selsema termasuklah aku dan keluarga aku.

Alhamdulilah, rumah yang aku tinggal sekarang ni terletak atas bukit. Cumanya, dalam beberapa hari ini, memang kami tak pasang kipas langsung! Sejuknya tu mencucuk cucuk. Belum cerita nak mandi lagi. Boleh rasa sampai ke tulang lah sejuknya tu. Kesian dekat anak anak la. Tapi memang ada sediakan air panas jugalah pada mereka (Cuma kadang kadang, suruh juga mereka mandi air sejuk tu sebab air dekat kampung, lagi sejuk daripada ini).

Biasa hujan turun tak berhenti ni,antara penyakit yang mudah kena memang batuk dan selsema. Anak anak aku rasanya dalam beberapa hari ini, selsema tak berhenti. Belum kira badan kejap ok, kejap kang panas. Kemudian ok balik.

Jadi, memang kena lebihkan pemantauan lebih daripada biasa bila keadaan macam ini berlaku. Anak anak memang tak boleh sejuk sangat. Kalau tidak memang cepat selsema. Kena sentiasa pastikan mereka pakai baju tebal. Pakai stokin sebab kalau kaki sejuk, memang mudah betul kena sakit. Kemudian isteri pula selalu sapukan minyak pada mereka (sebab nak tubuh sentiasa panas).

Kalau boleh, kena elakkan berada dekat kawasan luar. Sebab bila kita bercampur dengan ramai orang. Kemungkinan untuk kena sakit demam itu lagi tinggi (mungkin dalam ramai ramai itu, ada yang batuk & selsema).

Musim batuk dan selsema menyerang

Cumanya, dalam musim hujan ini, kami sekeluarga memang banyak makan sup sahaja. Makan nasi panas dengan sup daging ke sup ayam ke. Itu pun bagus untuk badan sentiasa panas. Dan waktu waktu inilah terbayang, teringin nak ada rumah yang ada tempat bakar kayu untuk haba panas tu. Memang sangat sangat berguna betul waktu ini. Hehehe.

Apa pun, kita kena sama sama jaga kesihatan diri dan keluarga. Sebab memang kita dah tahu kan, hujung tahun negara kita memang musim hujan. Jadi kena siapkan apa yang patut. Pakaian , ubat ubatan dan diri. Aku doakan semua sihat sihatlah hendaknya dan dijauhkan daripada segala macam perkara yang tidak diingini. insyaAllah. Aminn.

Review penuh Filem Ejen Ali: The Movie

Review penuh Filem Ejen Ali: The Movie| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ahad lepas, aku berkesempatan bawa keluarga menonton Filem Ejen Ali: The Movie. Secara jujurnya, aku pada awalnya rasa yang filem ini biasa biasa sahaja. Sebab kalau tengok pada rancangan di TV, pada aku macam biasa biasa. Namun, selepas baca beberapa review, aku jadi sangat teruja! Jadi, inilah Review penuh Filem Ejen Ali: The Movie.

Kami sekeluarga mulanya sampai agak lewat juga. Di tambah lagi dengan adanya mascot Ejen Ali dekat pintu masuk. Dekat situ je anak anak dah habiskan sedikit masa. Tapi kita layankan jugalah sebab anak anak kan. Cuma apa yang aku suka tentang mascot Ejen Ali tu adalah kerana perincian pada setiap anggota mascot itu pada aku sempurna.

Daripada rambut, kepala, badan, tangan, kaki, pendek kata semuanya sempurna. Tidak seperti mascot mascot yang lain. Kadang rambutnya ada sedikit tak sama atau dibuat biasa biasa sahaja. Atau aksesori lain nampak biasa biasa sahaja.

Review penuh Filem Ejen Ali: The Movie

Sumber : google

Review penuh Filem Ejen Ali: The Movie.


Orait! Filem Ejen Ali: The Movie tentulah cerita pasal Ali kan. Cuma yang menarik perhatian aku adalah jalan cerita filem ini tidak sama dengan jalan cerita yang biasa kita lihat di televisyen tu. Ini adalah kerana, bukan sahaja Ejen Ali yang memakai iris. Malah ada beberapa orang lagi turut sama menggunakan Iris dalam versi baharu iaitu Iris Neo. Bayangkan, bila ramai ejen yang menggunakan Iris. Hehe.

Kemudian, Filem Ejen Ali: The Movie juga ada banyak watak baru antaranya adalah Niki. Niki ini datangnya daripada pinggiran. Macam sebuah kawasan pinggir bandar yang di tindas la jugak. Jalan cerita filem ini banyaknya dekat kawasan pinggiran ni. Dan menariknya lagi adalah, bila ejen Ali bekerjasama dengan mereka dan tidak berpihak kepada MATA.

Dalam filem Ejen Ali ini juga, ada banyak ejen yang masuk. Jadi keterujaan kita tu tak berhenti di tengah-tengah. Lepas satu, satu babak yang keluar. Tapi yang paling menarik hati aku dan keluarga adalah babak sewaktu dekat kedai mamak. Itu memang kelakar habis lah! Mamak maju! Hahaha.

Tapi dalam pada kelakar itu, barulah tahu yang lokasi rahsia tempat ejen berkumpul rupa rupanya dekat bawah kedai mamak tu je rupanya.

Kemudian, dalam Filem Ejen Ali: The Movie ini juga ada diceritakan kisah sebenar Ejen Alicia. Dan cerita sebenar Ibu kepada Ejen Ali. Ini pada aku sangat menarik kerana daripada kisah sebenar inilah baru kita dapat tahu kenapa Iris itu dicipta.

Dan kemuncak filem ini yang pada aku sangat menarik. Bila semua ejen berpihak kepada team jahat dan yang tinggal waktu itu adalah Ejen Ali sahaja. Rasa macam puas hati betul bila tengok Ejen Ali lawan sorang sorang tu dengan “kuasa” baru dia. Perghh!

Review penuh Filem Ejen Ali: The Movie

Sumber : google

Apa pun, aku beri 5 bintang untuk Filem Ejen Ali: The Movie ni sebab jalan dia sangat menarik. Kau tak akan sempat rasa mengantuk. Di tambah lagi dengan kualiti animasi yang sangat cantik dan kemas. Kemudian, kostum setiap ejen dalam filem ini juga nampaknya dibuat dengan sangat teliti. Nampak yang filem ini dibuat bukan sekadar ingin menjadikan ianya filem.

Tahniah sekali lagi buat team Primework Studio di atas penghasilan Filem Ejen Ali: The Movie ini. Ianya sememangnya sebuah filem anak tempatan yang boleh kita banggakan kerana setaraf dengan filem filem animasi luar negara! Ayuh! Kita sama sama support dengan menonton filem ini di pawagam berdekatan kita!

beautiful nusa penida bali indonesia

Cantiknya Nusa penida! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah hujung hujung tahun ni, memang banyaklah cerita pasal lokasi lokasi percutian menarik sama ada di dalam Malaysia mahupun luar negara. Aku memang dah lama nak jalan jalan ke Bali, Indonesia. Daripada bujang dulu sampailah sekarang dah beranak pinak ni. Tapi tak juga sampai sampai ke sana. Hehehe.

Ada je yang cakap cakap, punyalah lama, kalau menyimpan dah tentu boleh pergi. Memang betul tuan tuan dan puan puan semua. Tapi kena faham, keluarga nak kena jaga. Adik beradik ada yang masih sekolah dan belum kerja lagi pun ada. Lepas nikah, nak kena jaga keluarga pula. Anak anak nak sekolah lagi. Semua tu lebih penting daripada segalanya. Betul tak? Hehehe.

Tapi semalam aku terbaca 1 cerita tentang Nusa penida. Buat mereka yang tak tahu, lokasi ini terletak di sebuah pulau bersebelahan bali, Indonesia. Ahh, Indonesia memang terkenal dengan pulau pulaunya yang sangat cantik!

Apa yang menarik di Nusa Penida?


Kalau Tanya aku, aku akan jawab, pantai. Yelah, dah kat pulau kan, mestilah cerita pasal pantai. Tapi yang membuatkan ianya berbeza dengan lokasi yang lain adalah, tebing tebing yang tinggi serta airnya yang cukup bersih!

Melihat pada gambar gambar yang di kongsikan pun dah cukup menyegarkan mata inikan pula melihat keadaan sebenarnya kan? Sungguh indah bumi Allah ini. Bagaimana pula rupa syurga kan?

Cuba lihat gambar di bawah ini:

beautiful nusa penida bali indonesia

beautiful nusa penida bali indonesia

Kalau yang pertama kali tengok macam aku ni, mesti ingat lokasi ini dekat negara eropah. Tapi sangkaan aku meleset kerana ianya terletak di Nusa Penida, Indonesia. Nama lokasi ini adalah kelingking beach.

Tengok tebing dia, tinggi kan? Boleh turun ke bawah untuk mandi manda, tapi bersemangatkah anda untuk turun mandi dan panjat semula? Kalau yang jenis cepat semput tu, elok tengok jelah daripada atas ya! Hahaha.

beautiful nusa penida bali indonesia

Ok. Sebelum itu, untuk sampai ke Nusa Penida ni, kena naik speedboat ya! Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. Kemudian, dah sampai ke jeti, boleh ambil van sewa. Dan disinilah cabarannya bermula!

Daripada bacaan dan tontonan video di youtube. Perjalanan daripada 1 lokasi ke 1 lokasi di Nusa Penida ni sangat mencabar. Kena lalu hutan belukar! Lalu semak samun! Lalu bukit bukau! Dengan laluan yang rosak dan tidak lurus! Boleh membuatkan kepala kita terhantuk pada cermin,kiri dan kanan. Hahaha.

Ulps. Sebelum terlupa. Laluan dengan cabaran seperti di atas mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Lama kan? Kalau jenis yang cepat mual tu, eloklah bawa bersama plastik kosong ya!

Tapi jangan risaulah! Perjalanan itu bakal memberikan kepuasan semula. Seperti yang aku ada cerita awal tadi, pantai pantai disini sangat cantik. Selain kelingking beach, kita boleh ke Angel's Billabong.

beautiful nusa penida bali indonesia

Dekat sini ada 1 kolam semulajadi. Memang cantik dan memang ada orang mandi dekat sini. Tapi daripada tontonan aku dekat youtube, ramai yang nasihatkan supaya jangan mandi dekat sini sebab ombak besar boleh datang bila bila masa sahaja.

beautiful nusa penida bali indonesia

Dan selain daripada 2 lokasi ini, ada 1 lagi lokasi yang menarik dekat Nusa Penida iaitu Broken Beach. Dekat sini ada lokasi yang memang menjadi misteri sampai sekarang. Ada cerita sebenarnya tentang lokasi ini. Info itu kenalah cari sendiri ya. Hehe.

Oklah. Rasanya memang berbaloilah kalau nak datang ke Nusa Penida, Bali Indonesia ni kan? Tak jauh pun. Negara jiran kita je. Bolehlah rancang percutian sama ada bersama pasangan mahupun keluarga. Buat mereka yang cintakan alam semulajadi, lokasi ini tersangatlah berbaloi untuk korang.

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari sabtu lepas aku berpeluang bawa keluarga ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019. Ini pun sebab kes dah janji nak bawa mereka datang. Sebabnya dah penuh poster dekat tepi tepi jalan. Asal bawa mereka keluar, setiap kali nampak, mereka akan ingatkan. Jadi, untuk tidak mengecewakan anak anak, kami bawalah juga mereka.

Ingatkan masuk Karnival Upin & Ipin Melaka 2019 ini percuma.

Al kisahnya, aku ada baca juga dekat facebook. Ada komen yang mengatakan ada tempat tempat yang tak perlu bayar tiket pun. Tapi secara umumnya, memang kena beli tiket kalau nak masuk (sebab ini baru pertama kali datang ke karnival ini). Jadi, mindset aku, memang kena beli tiket.

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Aku sampai awal pagi juga. Waktu itu pun dah ramai yang berbaris. Ikutkan, bila tengok ramai ramai macam ini, memang rasa macam nak pergi tempat lain dah. Tapi mengenangkan anak anak nak sangat datang, terpaksalah berbaris juga.

Orait. Ada 2 dewan berbeza. Satu pentas utama dan satu lagi Inderaloka. Bayaran masuk pentas utama bagi dewasa adalah RM15.00 (anak anak percuma sebab bawah 7 tahun) dan bayaran bagi Inderaloka adalah RM35.00 (anak anak percuma sebab bawah 7 tahun). Jadi jumlah keseluruhan adalah RM100.00. (Kalau anak anak aku kena bayar, maka mahal lagilah harga tiket ini,hehehe).

Apa yang ada dalam Pentas utama Karnival Upin & Ipin Melaka 2019?

Untuk pentas utama ini, kita boleh keluar masuk. Maksudnya sekali bayar tiket sahaja. Nak keluar pergi mana mana kemudian masuk balik pun boleh. Dekat dalam ada pentas utama yang mana adalah mascot menari. Budak budak memang terhiburlah. Tapi ada je aku Nampak orang dewasa yang sama sama menari.

Sama ada mereka melayankan anak anak mereka atau memang mereka ini peminat Upin & ipin. Eleh, malu nak mengaku la tu.

Selain itu, ada juga aktiviti aktiviti lain yang sangat sesuai untuk anak anak macam mewarna, kemudian ada lah sikit sikit games. Ada replica rumah opah. Ada replica istana puteri. Dan macam macam lagi lah. Ada banyak aktiviti dalam pentas utama ini.

Aku sejujurnya lupa nak ambil gambar sebab orang ramai ditambah lagi nak jaga anak anak. Jadi memang terlupa.

Kemudian kami masuk ke dewan Inderaloka.

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019


Kami di sambut dengan tayangan Filem Upin Ipin keris siamang tunggal. Besar jugalah screen dekat bahagian hadapan ini. Untuk dewan Inderaloka ini berbeza sedikit dengan pentas utama. Dalam dewan ini banyak replica dalam Filem Upin Ipin keris siamang tunggal.

Graphic pada aku memang cantik. Kita boleh rasa macam berada dalam inderaloka. Ada juga persembahan silat dan tarian dekat dalam dewan ini. Jom layan gambar gambar yang sempat aku ambil.

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019
 
Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019


Rumusan Karnival Upin & Ipin Melaka 2019.

Baik. Untuk karnival ini, anak anak aku memang sukalah. Sampaikan mereka ajak datang lagi hari ahad. Jawapan aku, memang tidaklah. Hahaha. Cukuplah seharian aku dekat sana hari sabtu tu.

Kemudian, ya! Bagi aku, ruang untuk beli tiket dekat bahagian hadapan tu macam sempit. Orang ramai. Jadi memang sesak betul. Kemudian, ramai juga yang aku nampak, macam terperanjat bila dapat tahu kena bayar/beli tiket. Kesian jugalah ada yang balik sebab hmm, mungkin kekurangan bajet kut, itu tak pastilah.

Sebab sewaktu aku keluar dewan inderaloka, ada satu keluarga ini Tanya aku, apa yang ada dekat dalam, sebab katanya takut tak berbaloi nak masuk sebab agak mahal juga tiket yang kena bayar. Anak dia dalam 4 orang jugalah.

Kemudian, dalam pentas utama, nak masuk kita kena beli tiket. Kemudian, nak main aktiviti yang ada dalam dewan ini, kita kena bayar lagi. Jadi, nak masuk, kena bayar, nak join aktiviti, kena bayar lagi. adeh.

Apa pun, secara keseluruhannya, kami rasa sangat puas hati dengan Karnival Upin & Ipin Melaka 2019 ini. Semoga ada banyak lagi event event macam ini dekat Melaka. Anak anak pun tak bosanlah asyik mengadap benda yang sama je. Hehehe.

perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)

Berjaya tamatkan perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) baru sahaja selesai pada sabtu lepas. Penatnya masih lagi terasa sehingga saat aku tulis artikel ini. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang kami, pasukan Honda Malaysia Racing Team (HMRT) berkampung selama seminggu di Sepang International Circuit.

Untuk Perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) kali ini, aku tidak ditugaskan pada bahagian Fuel man (walhal asalnya posisi ini juga yang aku terima pada awalnya) tapi aku minta ditukarkan kerana aku nak rasa posisi lain. Dan aku ditempatkan pada bahagian Pit wall.

Peranan Pit wall.

Mereka yang berada dalam posisi ini boleh dikatakan agak penting juga. Kerana mereka yang menyusun strategi perlumbaan. Perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) merupakan perlumbaan yang sangat panjang. 181 lap. Selama 8 jam. Jadi, bukan sahaja jentera yang di uji malah pemandu juga diuji ketahanan mereka.


perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)

Jadi bila di tempatkan dalam posisi ini, aku memang rasa seronok sangat! Memang rasa tak sabar nak tunggu perlumbaan berlangsung. Sebab ini pengalaman baru kan. Tahun lepas dah dapat pengalaman sebagai fuel man.

Tapi, segala posisi telah di ubah pada saat akhir, sehari sebelum perlumbaan. Aku ditukarkan pula pada bahagian Tyreman! Ahh! Aku tak kisah pun sebenarnya, janji bukan duduk fuel man. Dan shh, jangan beritahu sesiapa, dan aku berharap yang team member Honda Malaysia Racing Team (HMRT) tak baca la kenyataan aku ni.

Aku bukan tak nak duduk Fuel man, tapi letih dia tu lain macam. Mula daripada awal, sampai habis race. Sebab posisi ini sama penting dengan posisi mekanik. Kiranya orang penting dalam perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) ini lah. Hehehe.

Peranan Tyreman.

Tyreman ini kerja dia adalah sediakan tayar untuk kereta. Bunyi macam senang kan? Sebenarnya tak senang weh! Susah! Pertama sebab kena pastikan tayar sentiasa cukup. Sebab kereta akan sentiasa masuk untuk tukar tayar.

Keduanya pula, keadaan tayar kena betul. Kena pastikan rotation kena betul. Sebab kadang kadang, benda yang kecil inilah boleh buat kereta jadi tak betul. Dan ketiga, ini yang agak sukar sebenarnya, untuk pastikan kuantiti angin dalam tayar adalah betul mengikut kehendak pemandu. Ahha!

Setting angin pada setiap tayar berbeza tau. Tak sama. Tayar depan kanan, setting dia lain. Sebelah kiri, lain. Belakang, kiri kanan lain. Jadi dekat situ cabaran dia. Kena pastikan setting angin pada tayar betul dan sentiasa ada.

Kenapa aku sebut sentiasa ada. Sebab setiap kali tukar tayar baru, tayar yang dah digunakan tu kena biarkan dahulu sebab panas ya amat. Jadi tayar yang nak digunakan kenalah banyak. Kalau stok ada sikit, memang tak bergeraklah kereta tu nanti. Hehehe.


perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)

perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)


Apa pun, Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) boleh dikatakan sebagai pengalaman menyeronokkan buat aku kerana aku pertama kali dapat bekerja dengan Tengku Djan. Satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia pemotoran Malaysia.

Ya! Tengku djan, walaupun nama cukup gah tapi cukup humble. Dia tak kisah pun nak bergaul dengan kitarang ni. Hisap rokok, lepak sesama, berborak macam tak ada apa. Hahaha. Jadi memang rasa seronoklah. Nak bekerja pun rasa gembira je.

perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)

perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)


Apa pun, tahun ini Honda Malaysia Racing Team (HMRT) Berjaya menamatkan perlumbaan di posisi ketiga keseluruhan bagi kereta jazz bernombor 27 dan keenam keseluruhan bagi kereta City bernombor 26. Tahniah buat semua crew dan team untuk Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)!

rahsia lulus temuduga dengan mudah

7 Tips rahsia pasti lulus temuduga! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Al kisah, semalam terbaca 1 post dekat facebook, cerita rakan yang pergi temuduga dan pelbagai pengalaman yang dia kongsikan. Agak menarik juga perkongsian beliau tentang Tips Lulus Temuduga Kerajaan ni. Tapi dalam banyak banyak yang dikongsikan, ada tips yang buat aku tersenyum iaitu, mesti ada “orang dalam”. Itu kita tak boleh nak kata apa la kan. Apa pun, aku kongsikan beberapa tips ini, yang kalau korang buat, korang pasti akan lulus temuduga!

7 Tips rahsia pasti lulus temuduga!


Ok. Yang sebenarnya, tips ini bukan untuk temuduga Jawatan Kerajaan sahaja, tapi boleh sahaja di gunakan untuk apa kerja sekalipun. Orait, jom ketahui rahsia pasti lulus temuduga ini!

#1. Ketahui semua tentang pekerjaan tersebut.

Contoh, kalau korang minta bahagian perubatan. Kena tahu nama pengarahnya siapa. Kena tahu skop kerja jawatan yang korang minta tu macamana. Kena tahu cara kerjanya macamana. Ibarat, kita macam dah kerja pun. Dah tahu semua. Macamana nak tahu? Boleh je google atau lebih baik kalau korang ada kawan yang kerja dekat situ.  Boleh tahu lebih detail. Kalau tak ada kawan, cari kawan baru. Ha!

#2. Penampilan haruslah kemas!

Datang temuduga, pastikan kemas. Baju kemas. Pakai pakaian yang bersesuaian. Rambut pendek. Muka kasi bersih. Kasut bersih dan sesuai. Lihat semua yang ada pada diri, pastikan ianya kemas! Aku pernah dengar dari seorang rakan yang biasa temuduga orang ni. Katanya, dia pernah reject seseorang yang datang temuduga hanya kerana orang itu pakai seluar jeans!

Jadi nak Lulus Temuduga dengan Berjaya? Pastikan semuanya kemas!

#3. Datang awal.

Ini paling penting. Dan ianya di lihat dekat mana mana sahaja yang ada temuduga ini. Tak kiralah temuduga kerajaan atau swasta. Pemikiran mereka yang mahu mengambil kita kerja ini mudah sahaja. Kalau temuduga pun kita datang lewat, tak mustahil, bila dapat kerja nanti pun kita akan datang lewat. Jadi, plan masa kita dengan baik. Datang awal.

#4. Pakai wangi wangian.

Tolonglah. Maaf. Buat mereka yang mengalami masalah bau badan, pakailah wangian. Ini juga beri factor kepada Berjaya atau tidak korang lulus temuduga ini. Tak jadi masalah kalau korang spray minyak wangi banyak banyak. Yang jadi masalah kalau badan berbau.

Dan satu lagi tips pasti lulus temuduga adalah, pastikan mulut kita tidak berbau. Ahh! Si penemuduga pasti akan terganggu kalau mulut kita berbau. Kena pula kalau tempat temuduga itu kecil. Pasti berkali ganda terganggu. Boleh sahaja kita makan gula gula sebelum temuduga. Jangan makan waktu temuduga ya!

#5.  Gunakan bahasa dan ton suara yang sopan.

Bahasa sangat penting. Sebab kita datang nak minta kerja. Jangan gunakan bahasa yang kasar. Sentiasa bercakap dengan sopan. Ton suara juga sangat penting. Jangan menjerit ketika bercakap. Ini akan memberikan 1 persepsi tidak baik kepada korang. Tapi janganlah pula korang cakap perlahan sangat. Cakap biasa biasa sudah. Ok?

#6. Perlihatkan apa yang mampu kita berikan pada syarikat.

Ini tips kalau korang buat, aku berani jamin, korang akan dapat kerja tu. Beritahu apa yang korang mampu berikan pada syarikat jika mereka ambil korang berkerja di sana. Sebagai contoh, korang mampu gandakan keuntungan syarikat berkali ganda. Korang mampu minimunkan perbelanjaan tahunan syarikat. Itu bagus tu. Dan apa sahaja yang memberi keuntungan pada syarikat.

Nak lulus dengan Berjaya dalam temuduga? Buat tips #6 ini!

#7. Buat syarikat rasa sangat rugi kalau tak ambil kita bekerja.

Ahh! Tips rahsia pasti lulus temuduga yang terakhir ini kalau kena dengan caranya, mereka tak boleh kata tidak pada kita melainkan akan Tanya, bila kita boleh mula bekerja. Nyatakan sebab-sebab yang kukuh kenapa mereka perlu ambil kita bekerja dan nyatakan juga sebab mereka akan sangat rugi kalau tak ambil kita.

Kena ingat ya, nyatakan sebab sebab yang kukuh. Bukan paksaan untuk mereka ambil kita bekerja ya! Kena faham betul betul konsep itu.

malaysia bakal tengelam tahun 2050

Persiapkan diri kerana Malaysia Bakal tengelam! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih di berikan kesempatan untuk menulis. Agak mengusarkan beberapa hari ini selepas terbaca 1 artikel mengenai beberapa lokasi di dalam Malaysia yang dikatakan bakal tengelam sepenuhnya menjelang 2050! Ini bermaksud, Malaysia bakal menjadi pulau dalam masa 30 tahun daripada sekarang.

Melihat kepada keadaan sekarang, paras air laut semakin meningkat setiap tahun. Ini disebabkan oleh pencairan ais di kutub utara akibat daripada pemanasan global! Salah siapa? Ya! Salah kita juga penduduk bumi ini. Dan dikatakan juga, kadar pencairan ini sangat laju dan semakin meningkat setiap tahun.

Dan akibat daripada ini, mereka yang berada di persisiran pantai akan menerima kesan yang lebih teruk.

Namun apa yang merisaukan aku adalah, beberapa bandar besar di Malaysia akan berubah menjadi pulau! Antaranya adalah Alor Setar, terenganu dan Kuching. Cuba bayangkan, pulau. Macam pulau pinang tu. Alor setar jadi macam pulau pinang. Terenganu dan Kuching pun jadi macam itu. Merisaukan bukan?

Dan lebih menakutkan aku adalah, muar, pekan (Pahang), Port klang dan beberapa tempat lagi di Malaysia bakal tengelam sepenuhnya. Tengelam itu maksudnya hilang daripada peta la kan? Dan semua ini bakal terjadi menjelang tahun 2050 nanti.

Dan ini bukan terjadi pada negara kita sahaja. Malah terjadi pada banyak negara negara lain. Melihat kepada negara jiran kita, Indonesia. Mereka telah pun memindahkan bandaraya mereka ke kalimatan kerana Jakarta dikatakan bakal tengelam 1 hari nanti.

China, Bangladesh, India, Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun juga akan mengalami nasib yang sama. Samada bandar bandar besar mereka tengelam atau negaranya terus tengelam. Itu tidak pasti, tapi melihat kepada paras air laut yang semakin meningkat ini, tak mustahil perkara ini pasti terjadi.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah persiapkanlah diri bagi menghadapi perkara ini. Ada yang mencadangkan agar mula mencari penempatan di kawasan tinggi. Namun, apa pun, mulalah kita menjaga bumi ini bersama sama. Dan berdoalah agar dijauhkan kita semua daripada perkara perkara yang tidak diingini ini.

mudahnya menjemput rezeki

Mulai hari ini kalau nak kaya raya, jangan keluar mencari rezeki | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis dan terus menulis. Awal pagi tadi, aku ada mengikuti 1 ceramah agama. Sebenarnya bukan secara terus la, cumanya aku dah lama mengikuti ceramah seorang ustaz ni di youtube. Boleh di katakan setiap pagi, sebelum aku ke tempat kerja, aku akan dengar ceramah dia. Dan hari ini aku belajar 1 lagi konsep rezeki.

Berhentilah daripada keluar mencari rezeki!


Biasakan, kita setiap awal pagi mesti sebut, aku keluar awal pagi ini dengan niat mencari rezeki. Biasakan? Atau mungkin kita selalu sebut, aku nak keluar cari rezeki ni. Mungkin pada keluarga, isteri, anak anak atau pada sesiapa sahaja.

Aku sendiri pun selalu guna ayat ini, keluar cari rezeki. Tapi selepas dengar ceramah ini, aku mula faham dengan ayat yang sebenarnya. Katanya, bilamana kita guna ayat cari, ini bermaksud, kita seolah olah mencari benda yang hilang. Yelah, kalau benda itu kita tak tahu dekat mana, mestilah kita cari kan?

Ada masanya kita mudah je jumpa semula. Ada masanya kita jadi stress. Cari cari tak jumpa. Walhal benda ada depan mata je. Penah tak jadi benda macam ini dalam hidup kita? Mestilah pernah kan? Dan itulah yang dinamakan cari.

Samalah bila kita sebut cari rezeki ini tadi. Kita ibarat mencari sesuatu yang tiada. Memang benar, mungkin kita ada kerja tetap, yang mana setiap bulan gaji masuk. Tapi perasaan itu pasti tak sama. Mungkin pada kerja, atau mungkin ada masanya kita jadi malas je nak kerja.

Jadi apa konsep yang sebenar?

Kata ustaz, mulai hari ini, ubah kata kata kita. Daripada mencari rezeki kepada menjemput rezeki. Nampak macam kecil sahaja kan? Tapi besar maknanya. Rezeki kita ini semuanya sudah ditetapkan. Maknanya rezeki itu dah ada. Tunggu masa nak ambil sahaja.

Jadi, bila rezeki dah ada, kita tinggal jemput sahaja rezeki masuk ke dalam hidup kita. Ibarat, ada family kita baru sampai dari kampung. Dan kita nak jemput mereka datang ke rumah kita. Saat kita keluar rumah, kita dah tahu family kita dah ada, tinggal kita datang jemput sahaja.

Sama juga halnya dengan rezeki. Jika kita yakin, rezeki kita dah ditetapkan oleh yang maha kuasa. Maka niat kita, haruslah menjemput sahaja rezeki itu masuk ke dalam hidup kita ini. Tak usah di cari malah menjemput sahaja masuk ke dalam hidup kita.

InsyaAllah, selepas ini, kita semua menjadi kaya raya dan dapat membantu lebih ramai lagi untuk keluar daripada kesusahan mereka. Jadi, mulai hari ini, jom sama sama kita menjemput rezeki!

pelayaran merentas laut ke luar negara

Alhamdulilah, dapat mengikuti pelayaran merentas laut ke luar negara! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang tak mahu kan, dapat naik kapal dan belayar merentas laut ke luar negara. Ini dah pasti jadi impian pada semua orang. Tapi apa yang aku inginkan ini bukanlah percutian atas kapal, sebaliknya, ini adalah impian atau target 2020 aku, iaitu, mengikuti pelayaran merentas laut ke luar negara dengan kapal!

Aku selalu inginkan atau bayangkan, aku berada di atas kapal, membelah lautan ke negara negara eropah. Mungkin sebab ramai kawan kawan yang kerja atas kapal, bila dengar cerita mereka, dapat singgah ke bermacam macam negara, aku jadi seronok. Tapi seronok aku tu, tak mampu juga membawa aku kerja atas kapal pun, hahaha.

Yelah, kalau nak sangat rasa macam itu, kenalah bekerja atas kapal kan? Barulah dapat rasa berlayar merentas lautan!

Tapi kata orang tak guna menoleh ke belakang. Kalau aku “terlepas” peluang untuk bekerja atas kapal, aku Cuma inginkan satu lagi peluang untuk “mengikuti” mana mana kapal yang belayar ke luar negara. Itu target aku! Dapat sekali peluang dan merakam kan semua kenangan atas tu, dah cukup bermakna buat aku.

Aku teringin nak rasa sendiri kehidupan di atas kapal untuk satu tempoh yang lama. Aku nak rakamkan kehidupan dan “reality” sebenar mereka yang bekerja atas kapal ini. Aku nak rakamkan semua berkaitan emosi dan keadaan di atas kapal tu. Macamana keadaan sewaktu ombak tenang, atau mungkin bergelora. Atau mungkin sewaktu hujan (ribut mungkin?) Ini memang salah satu kenangan terhebat untuk aku ni!

Cumanya, aku kena cari peluang untuk merealisasikan di antara impian 2020 aku ini. Harapnya adalah mana mana pihak yang sudi beri aku peluang untuk turut serta dalam mana mana pelayaran mereka. Dapat sekali pun jadilah. Sampai bila bila pun aku ingat. Harapnya adalah yang baca ya! Hehehe. Amin.

Motogp Malaysia Rider

Motogp Sepang 2019 di cemari insiden memalukan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Motogp Malaysia 2019 baru sahaja habis minggu lepas. Peminat motogp khususnya daripada Malaysia sudah pasti ternanti nantikan kemunculan Motogp Malaysia Rider iaitu Hafizh Syahrin. Tak kami nafikan, sejak beliau berpindah ke KTM, prestasinya ada sedikit menurun. Tapi bukan itu yang aku nak kongsikan hari ini, sebaliknya cerita cerita insiden yang memalukan dalam Motogp Sepang 2019!

Ah! Nak menulis pun rasa malas je, tapi inilah hakikatnya. Pertama sekali insiden kecurian barang. Pasukan yang terlibat adalah Pasukan Moto3 Gaviota Angel Nieto. Ini team yang akan disertai Hafizh Syahrin dalam kelas Moto2 tahun hadapan. Cuba bayangkan, nak berlumba, tapi barang semua kena curi? Apa perasaan team ni? Dan berlaku pula sewaktu Motogp Malaysia.

Jumlah kecurian bukan sedikit. Kerugian di anggarkan dalam RM200,000 juga tu. Dan mereka yang membuat onar ni pun dah pun di tahan pihak polis. Khabarnya mereka yang bekerja di sana juga (pekerja keselamatan). Apa pun, siasatan masih di jalankan pihak polis untuk memastikan samada mereka benar benar terlibat ataupun tidak.

Namun bukan itulah yang aku nak sampaikan. Tapi pandangan dunia pada kita. Mereka pasti akan mengangap peribadi kita agak teruk walhal yang melakukan itu Cuma segelintir sahaja. Rakyat Malaysia aku sangat percaya tidak seperti itu. Kami sangat menghormati sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Insiden seterusnya adalah pergaduhan di pintu masuk. Aku belum pasti apakah punca sebenar. Namun daripada bacaan, hampir kesemuanya mengatakan, pengunjung tersebut beli tiket hillstand, tapi beliau berkeras untuk masuk ke grandstand (harga tiket bagi kedua dua tempat duduk ini adalah berlainan).

Bila di larang untuk masuk. Maka berlakulah pergaduhan. Aduhai. Apalah agaknya pandangan mereka yang berada di situ. Video mengenai pergaduhan ini juga dah tersebar di dalam media social. Tak tahulah siapa yang mulakan pergaduhan, tapi melihat daripada situasi, memang agak tegang juga waktu itu, mungkin keadaan cuaca yang panas juga membuatkan ramai yang tak mampu bersabar.

Apa pun, kedua dua perkara ini memberi tanggapan yang agak kurang senang kepada penganjur iaitu negara kita. Hanya kerana segelintir, jangan di anggap semua kita sama. Kami bukanlah seperti itu ya. Hanya segelintir sahaja.

Dan takziah juga kepada keluarga Afridza Munandar daripada Indonesia. Pelumba ini terlibat dalam kemalangan sewaktu perlumbaan sokongan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2019. Awalnya mendapat rawatan awal di trek pelumbaan kemudian dikejarkan ke hospital kuala lumpur. Segala usaha telah dilakukan, namun Afridza tidak dapat diselamatkan. Ianya suatu berita yang amat menyedihkan.

Apa pun, semoga insiden seperti kecurian dan pergaduhan ini tak akan berulang lagi pada masa hadapan. Bersatulah sukan untuk semua.

Temperature Kereta Naik Mendadak

Berhadapan dengan masalah Temperature Kereta Naik Mendadak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru 2 ke 3 hari lepas, aku berhadapan dengan masalah Temperature Kereta Naik Mendadak! Waktu tu memang tak perasan yang temperature tu dah naik, sedar sedar waktu tengok meter, dah naik sampai 5 bar! Fuh! Kenapa Temperature Kereta Naik Mendadak ni? Tiba -tiba! Waktu tu memang dah fikir macam macam dah. Paling utama, takut kereta jammed je, dah la rumah jauh lagi kan.

Kesan Temperature Kereta Naik.

Mungkin ada yang tak tahu apa akan jadi kalau kita tetap teruskan perjalanan walaupun temperature kereta kita naik. Standard temperature adalah 3 bar ye. Kalau naik satu pun, aku dah rasa takut sangat dah. Inikan pulak naik sampai 5 bar. Ok, apa Kesan kalau Temperature Kereta Naik? Ada banyak, salah satunya adalah Head atau block boleh bengkok (ianya menjadi sebab kepada masalah minyak dan air bercampur) dan yang paling kritikal adalah engine jammed (ini yang aku paling risau).

Sebelum ini aku pernah kena sekali Temperature Kereta Naik Mendadak ni. Bila aku dapatkan info, puncanya adalah masalah thermostat. Macamana nak tahu Punca Temperature Kereta Naik adalah disebabkan item ini? Caranya adalah:

Periksa kedua dua hose besar yang ada pada radiator. Satu dekat atas dan satu lagi dekat bawah. Kalau hose bahagian atas panas dan hose bahagian bawah sejuk, itu maknanya thermostat kereta bermasalah. Bawa kereta ke bengkel dan beritahu, thermostat rosak. Lepas tukar, confirm suhu kereta tak naik lagi (kes aku la) hehehe.

Tapi kali ini, aku check kedua dua hose panas! Ah sudah! Kenapa Temperature Kereta Naik ni? Dan apa yang aku perasan, suhu kereta ni naik bila aku buka aircond. Daripada info lepas, ada banyak sebab kenapa temperature kereta ni naik. Antaranya adalah:


  1. Thermostat rosak
  2. Pressure cap rosak (spring dan rubber seal rosak
  3. Radiator bocor
  4. Radiator tersumbat
  5. Hose radiator bocor
  6. Water pump rosak

Dalam kes ini, aku cuba check Pressure cap. Waktu aku nak bukak tu, memang ada masalah. Jadinya aku suspek yang benda ni Punca Temperature Kereta Naik waktu Buka Aircond. Jadi malas nak fikir panjang, aku bawa je kereta ke bengkel.

Macam biasa, mekanik akan check semua benda. Hose atas dan bawah panas atau sejuk, kondisi radiator, kondisi semua hose yang berkaitan dan pressure cap. Dan setelah periksa semua benda, maka tahulah aku punca sebenar kenapa presure kereta aku naik.

Radiator tersumbat dan hose bocor. Adeh! Waktu periksa hose tu, memang nampak ada kesan bocor dan macamana nak tahu radiator kereta tersumbat? Boleh tengok melalui lubang pressure cap,dah berkeladak dalam tu! Dan pressure cap aku pun dah rosak! Adeh!

Punca kenapa radiator boleh tersumbat pulak sebab pakai air paip. Itupun salah juga tu. Sepatutnya kena pakai coolant campur dengan air paip. Tapi disebabkan lama tak servis, asyik masuk air paip je, terus berkarat. Terus tersumbat radiator tu.

Jadinya, terus aku servis radiator dan tukar hose baru atas dan bawah, tukar pressure cap dan masukkan coolant. Siap semua. Kos bawah RM200 sahaja. Masih murah la kan kalau dibandingkan enjin jammed! Pening juga memikirkan kos nak repair tu nanti.

Apa pun, alhamdulilah. Kereta dah kembali normal. Lama juga dia berkhidmat untuk aku dan keluarga. Kereta pertama beli pula tu. Sesekali dia usik, risau juga kan. Apa pun, Semoga info mengenai Punca Temperature Kereta Naik Mendadak ini menjadi panduan untuk semua ya!
Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ▼  2019 (50)
    • ▼  December (5)
      • Kena tipu dengan peniaga online? Apa perlu buat?
      • Musim batuk dan selsema menyerang!
      • Review penuh Filem Ejen Ali: The Movie
      • Cantiknya Nusa Penida!
      • Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019
    • ►  November (6)
      • Berjaya tamatkan perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1...
      • 7 Tips rahsia pasti lulus temuduga!
      • Persiapkan diri kerana Malaysia Bakal tengelam!
      • Mulai hari ini kalau nak kaya raya, jangan keluar ...
      • Alhamdulilah, dapat mengikuti pelayaran merentas l...
      • Motogp Sepang 2019 di cemari insiden memalukan!
    • ►  October (13)
      • Berhadapan dengan masalah Temperature Kereta Naik ...
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates