Tak percaya sistem pendidikan punca tak hantar anak sekolah?

Tak percaya sistem pendidikan
punca tak hantar anak sekolah? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni
saja-saja lah nak menulis pasal cerita seorang artis ni, cerita pasal dia buat
pilihan tak nak hantar anak dia ke sekolah sebab tak percaya dengan sistem
pendidikan negara kita. Hmm, aku tak berani nak share lebih-lebih pasal benda
ni sebab ianya dah melibatkan 1 benda besar. Aku Cuma nak share
pandangan/pendapat aku sahaja. Ok? Hehe.
Ok. Sistem pendidikan negara. Aku ada terbaca dekat
facebook, perkongsian daripada seorang guru mengenai sistem pendidikan dekat
negara kita ni. Semua ni sebabnya ramai orang membandingkan sistem pendidikan
negara kita dengan negara luar. Katanya negara luar lebih bagus caranya. Itu kata
mereka. Aku nak kata lebih, aku sendiri pun tak pernah sampai negara eropah
sana. Paling jauh sampai pun, Thailand. Hehehe.
Orait! Nak berborak pasal sistem pendidikan tak pandai, jadi
kita cerita pasal keputusan untuk tidak hantar anak ke sekolah. Kalau tanya
aku, aku akan jawab tak setuju la. Kalau aku, aku nak anak aku sekolah. Macamana
pun, kena masuk sekolah. Sebab, meh aku huraikan kenapa aku pilih untuk hantar
anak aku ke sekolah.
#1. Sekolah tempat dia belajar untuk bergaul. Beza kalau
dekat rumah, dia sama-sama adik beradik. Yang kita tahu perangai dia. Dekat sekolah
dia akan jumpa macam-macam perangai. Itulah kehidupan sebenar. Betul dekat
tempat lain pun anak-anak boleh jumpa perangai manusia ni, tapi dekat sekolah,
masa diarang tu lama. Jadi dia akan belajar segalanya tentang perangai manusia
ni.
#2. Banyak benda anak-anak boleh belajar. Sekolah pada aku,
bukan setakat masuk kelas, belajar, ambil ujian kemudian sambung belajar lagi. Dekat
sekolah, pasti ada mereka yang sama minat dengan anak-anak kita. Jadi dekat
situ, mereka boleh belajar lebih banyak benda.
#3. Mereka ada hari sukan yang teratur. Kita ni mak ayah,
bukan selalu sangat luangkan masa bersukan dengan anak-anak. Yang ada masa tu
baguslah. Yang tak ada masa? Dekat sekolahlah mereka buat semua ni. Kadang kita
nak anak kita jadi pelajar pandai, tapi sebaliknya, mereka lebih minat sukan. Jadi
dekat sekolah, mereka boleh focus pada sukan (tapi pelajaran kena juga focus ya,
jangan tingal terus).
#4. Mereka tahu tahap pencapaian mereka. Cuba bayangkan kalau
dekat rumah, adik beradik ada 3 orang. Beza umur. Macamana nak tahu tahap
pencapaian mereka dah sampai tahap mana? Kalau dekat sekolah, umur sama. Ada ujian,
dekat situ boleh tahu tahap pencapaian mereka. Dan dekat situ jugak boleh tahu
dekat mana kelemahan anak-anak kita yang boleh kita sebagai ibubapa perbaiki.
#5. Pengalaman hidup. Benda ni percayalah cakap aku. Bila anak-anak
dah besar, diarang mesti akan bercakap punya. Kena pulak bila berbual dengan
rakan-rakan sebaya bercerita pasal pengalaman sekolah. Rasa-rasa apa yang
anak-anak dia akan cakap? Maaf la, kami tak sekolah. Dan tahu apa yang
kawan-kawan dia akan cakap? Dekat situ, samada anak-anak ini akan terus
berbangga atau merendah diri dan menyalahkan ibubapa sebab tak hantar mereka
pergi sekolah.
Ada banyak lagi sebenarnya point kenapa kita kena hantar
anak ke sekolah, tapi aku malas la nak tulis. Kang ada pula yang cakap, anak
dia, dia punya suka lah. Kan? Betul lah
tu. Suka dia lah. Tapi janganlah kerana keputusan dia macam tu, dia salahkan
benda lain. Tak percaya dekat itu, tak percaya dengan ini. Tapi percaya pada
bidang nyanyian. Ohh la! Tepuk dada, tanya hati masing-masing ya.
0 Comments