Jangan malu kalau nak Berjaya! | MrEjoy

Jangan malu kalau nak Berjaya!

tips mudah untuk berjaya

Jangan malu kalau nak Berjaya! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya aku dah selalu sangat dengar ayat ni, kalau kita nak Berjaya/nak jadi orang yang Berjaya dalam bisnes (khususnya), kena buang jauh-jauh perasaan malu dalam diri kita tu. Ada orang, impian dia tinggi melangit, keyakinan dia ada, tapi malu. Malu nak berniaga! Dah kalau malu, memang tak akan kemana la kan?

Hari ini aku terbaca satu post dari blog seorang top blogger Malaysia. Al-kisahnya aku dah lama sangat, sungguh lama tak blogwalking ke blog rakan-rakan blogger Malaysia ni. Awal pagi tadi, waktu tengah godek-godek FB, aku ternampak post dia. Aku memang pantang sikit kalau ada post yang berkaitan dengan nilai 1m ni. Memang nak baca je! Hahahaha.

Dalam keseluruhan post dia, 1 benda je yang menarik perhatian aku, “tak tahu malu!”. Hahahaha. Ayat tu, walaupun pendek, tapi maksud dia mendalam. Aku yang baca ni, terasa sampai ke lubuk hati sanubari aku, eh! Hahahaha.

Ayat tak tahu malu tu memang sesuai kalau kita gunakan pada mereka yang baru nak mula menjadi usahawan. Termasuklah aku! Ayat tu hari-hari aku baca dalam group bisnes dropship yang aku join. Jangan malu untuk berniaga! Jangan malu untuk berniaga! Hari-hari baca, tapi aku tetap jugak malu! Hahahaha.

Aku kalau boleh, taknak orang sekeliling tahu, aku buat bisnes apa. Kalau boleh family pun aku taknak diarang tahu. Tapi apakan daya, wife aku dah cerita semua kat family mertua aku, jadinya mereka tahulah aku buat bisnes apa. Semuanya sebab aku malu! Hahaha. Mungkin juga bisnes yang aku buat ni, aku rasa macam tak sesuai untuk orang sekeliling aku tahu, mungkin juga la.

Kalau kau nak Berjaya, kau jangan malu!



Aku sekarang ni focus pada bisnes online. Kenapa aku pilih bisnes ni? Ha! Pandai! Sebab aku malu nak menjual pada orang secara offline. Kalau kita buat bisnes offline, kan kita kena berhadapan dengan pembeli. Aku ni dahlah jenis yang kurang bercakap dengan orang yang aku tak berapa rapat. Kalau dah rapat tu lain, tergelak sambil menjerit pun ada.

Tapi bila dah lama buat bisnes online ni, aku Nampak satu benda. Aku tak boleh terus maju ke depan kalau aku masih ada sifat pemalu ni. Nak Berjaya, kau jangan ada sifat pemalu! Dari apa yang aku Nampak, tak kisah lah apa jenis perniagaan yang kau buat, kau kena berani ke depan! Kau kena berani berjumpa dengan orang, kau kena berani bercakap dengan orang, kau kena berani, buat sesuatu yang kau sendiri takut nak buat sebelum ni, tak kisahlah kau jenis yang macamana.

Bila kau Berjaya hadap ni semua, insyaAllah, kejayaan pasti ada akhirnya. Yang penting berani la. Ha, satu lagi lupa nak kasitau. Kau kena berani berfikiran besar! Kau kena fikir satu benda yang kau sendiri tak berani nak fikir sebelum ni, aku kasi contoh sikit.

Berapa jumlah paling besar yang kau mampu fikir, yang kau rasa kau mampu buat setahun? Contoh, kau rasa kau mampu buat RM100,000 dalam masa 12 bulan. Ada sesetengah orang akan fikir, banyak tu! Mustahil aku boleh dapat simpanan banyak tu dalam masa setahun! Kerja seumur hidup pun belum tentu ada.

Dekat sini Nampak tak yang kita sendiri dah set minda kita, benda tu mustahil, jadinya sampai ke sudahlah kita tak akan mampu dapat jumlah tu. Dalam erti kata lainnya, kita tak berani berfikir.
So, apakata, jom kita sama-sama ubah cara kita berfikir. Contoh target setahun nak dapatkan RM100,000. Kita ubah! Target setahun nak dapatkan RM500,000! Kalau target setahun RM500,000! Kita ubah! Target setahun, kena dapatkan RM1,000,000! Ha! Amacam?

Cakap memang senang kan? Menulis memang senang kan? Memang lah. Dah nama pun kita nak belajar berfikiran besar! Tapi kalau target je tinggi tapi dalam diri masih ada perasaan malu, memang sampai ke sudahlah tak dapat apa-apa. Kena ingat, nak Berjaya, nak jadi orang yang hebat, jangan ada perasaan malu. Ok?

Dapat sesuatu dari post ini?

Share:

0 comments