2 Berita Kematian berbeza dalam 1 masa

2 Berita Kematian
berbeza dalam 1 masa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah,
kembali bertugas setelah bercuti panjang sempena cuti tahun baru cina. Ada banyak
perkara yang berlaku dalam cuti tahun baru cina ni, yang mana semua benda tu
masih ligat bermain dalam minda aku sekarang ni. Tak apa lah, insyaAllah, aku
harap ianya selesai dalam masa terdekat ni, amin. Baik! Hari ni nak story pasal
2 Berita Kematian berbeza dalam 1 masa yang
telah sedang berlaku dalam negara kita. 1 mengenai kisah pemuda yang lemas
kerana ingin menyelamatkan orang lain dan 1 lagi kisah tragis kanak-kanak
berusia 11 tahun.
Aku mulakan dengan kisah pemuda yang lemas kerana ingin
menyelamatkan sekeluarga yang mana kereta yang mereka naiki tu, terbabas masuk
ke dalam sungai. Besar sungguh pengorbanan pemuda ini, kerana semua mangsa
tersebut selamat namun dia kembali bertemu dengan yang maha esa.
Aku terbaca 1 post dekat FB, yang mana ada seorang rakan
post, lebih kurang macam ini lah ayatnya:
Siapa sangka, disaat sekeluarga yang rasa nyawa mereka dah sampai ke akhirnya, tetapi masih diberikan peluang untuk terus hidup di muka bumi Allah. Dan tak siapa sangka, orang lain yang melihat itu, yang akhirnya kembali kepada sang pencipta.
Dalam erti kata lainnya, tak siapa tahu bila ajal kita akan
sampai. Dalam keadaan yang macamana. Macam cerita dekat atas, mungkin mereka
rasa ajal mereka dah sampai, tapi tak siapa tahu, yang nyawa mereka masih
panjang. Persoalan sekarang, bersediakah kita menghadapi ajal kita 1 hari
nanti?
Bila terbaca kisah pemuda ini, teringat kisah anggota bomba
yang maut ketika kejadian rusuhan yang berlaku di sebuah kuil. Sewaktu hidupnya,
tiada yang tahu siapa dia. Tapi di pengakhiran hidup dia, seluruh Malaysia kenal
dia dan memanjatkan doa pada dia.
Kisah kedua, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di temui
maut dengan keadaan yang tragis! Bahagian kepala terpisah dengan badan dan
kedua-dua tangan terikat! Allahurabbi! Aku masih tak mampu berfikir, apa
perasaan manusia yang buat macam tu. Mana pergi perasaan dalam diri dia??
Dalam tahun yang serba maju ni, kita sebenarnya di kelilingi
dengan manusia gila rasanya!
Aku sangat pasti ini bukan pembunuhan bersifat dendam. Ini pasti
pembunuhan kerana wang! Ya! Kerana wang, manusia boleh hilang pertimbangan. Mereka
hilang sifat perikemanusian! Boleh jadi samada tekanan hidup atau jenis manusia
pemalas!
Kita berbangga dengan adanya pemuda-pemuda hebat yang
sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Tapi dalam
masa yang sama, hidup kita semakin menakutkan bila memikirkan kita dikelilingi
manusia zalim! Manusia yang tak punya hati dan perasaan! Yang sanggup buat apa
sahaja demi kelangsungan hidup mereka sendiri.
Semoga kita dijauhkan daripada manusia-manusia kejam macam
ni.
0 Comments