Menang sekali, bersorak sebulan | MrEjoy

Menang sekali, bersorak sebulan

Menang sekali, bersorak sebulan

Menang sekali, bersorak sebulan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku rasa ramai sebenarnya dari kalangan kita yang ada pengalaman macam yang aku akan kongsikan sekejap lagi. Sebab benda ni sama je. Maksud aku, dalam 10 orang kawan-kawan kita, mesti akan ada 2-3 orang yang berperangai macam ni. Mesti punyalah! Hahaha.

Al-kisahnya, cerita pasal menang sekali bersorak sebulan ni. Ada event yang aku join. Dan aku “kalah” dalam event tu. Kalah sebab apa? Sebab aku malas nak fikir. Hahaha. Aku ni memang jenis yang malas nak ambil port. Walhal aku mampu, tapi ahh, malas lah! Ha, korang faham tak apa yang aku nak sampaikan ni?

Aku tahu aku boleh buat satu2 benda tu. Tapi bila aku Nampak “cabaran demi cabaran”, ahh, surrender lah! Mesti korang ingat aku ni cepat mengalahkan? Hahaha. Salah! Ada benda yang aku malas nak ambil port, ada benda yang walau susah macamana pun, aku tetap akan buat! Mereka yang rapat dengan aku tahulah perangai aku macamana.

Dan al kisahnya, bila kalah dalam event tu, ramailah yang bersorak. Macam-macam yang mereka bandingkan. Itu ini,macam-macam. Aku? Senyum jelah. Sebab aku tahu cerita sebenar mereka yang bersorak ni.

Kita ni, bila dah “Berjaya”, kita akan lupa terus apa yang berlaku. Bersembang pun jadi lain macam. Sebab apa? Sebab dah Berjaya. Walhal hakikatnya, ramai je tahu apa yang berlaku, macamana mereka ni Berjaya, tapi tak apalah, biarkan. Kita layan je. Hehehe.

Jenis aku, biarlah mereka dengan cerita mereka. Tapi, ha, ada tapinya. Aku ada rangka beberapa plan untuk pecahkan “sorakan” tak berpenghujung tu. Tapi dengan cara yang sihat la. Bukan main yang gelap-gelap ni eh.

Pada aku mudah je, kalau mereka menang sekali, ko kena menang berkali-kali. Dan secara automatiknya, mereka sendiri akan diam. Tak perlu nak marah ke, bertekak ke, tak perlu. Yang penting, ko tunjuk result je.

Benda ni mudah je sebenarnya. Apa-apa yang kau nak buat, kau kena tunjuk result, baru orang percaya. Kalau setakat bercakap, budak-budak sekolah rendah pun lagi hebat bercakap sekarang ni. So, nantikan keputusan yang aku akan sampaikan dalam blog ini tak lama lagi. Wahahahahahaha (gelak jahat)

Share:

1 comments

  1. Situasi yang biasa nampak juga tapi selalunya kalau berlaku kat diri sendiri....abaikan saja.

    ReplyDelete