facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Bantuan Sara Hidup Fasa Kedua

Duit Bantuan Sara Hidup (MyBSH) masuk bila? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ha, aku rasa mereka yang layak dapat duit Bantuan Sara Hidup Rakyat mesti tak henti-henti check online banking kan? (bagi yang ada online bankin la) Semuanya sebab kalau diikutkan lah, hari ini merupakan hari pembayaran bagi Bantuan Sara Hidup Fasa Kedua. Alhamdulilah dan syukurlah kepada mereka yang dah lulus permohonan mereka.

Syarat Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019.


Mungkin masih ada yang tertanya-tanya apakah Syarat Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 ni. Mungkin korang boleh lawati laman web ini : . Dekat situ ada menerangkan secara terperinci apakah korang ini layak atau tidak untuk dapat duit Bantuan Sara Hidup Rakyat ni.

Aku ada juga terbaca dekat media social yang ada orang cerita, mereka yang ada syarikat sendiri atau enterprise pun ada yang tak layak dapat duit bantuan ni. Bab itu korang kena tanya sendiri dekat LHDN berdekatan rumah korang ye. Sebabnya setahu aku, kalau setakat ada 1 syarikat kecil yang register atas nama korang, tak menjadi masalah kut.

Yang menjadi masalah bila mana korang ada banyak syarikat dan berkongsi pula nama dengan orang lain. Mungkin itu yang menyebabkan permohonan korang untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup Rakyat ni gagal.

Dan di antara punca lain yang menyebabkan permohonan korang tak di terima adalah korang tak update detail diri dan keluarga korang. Bagi permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 ni, korang kena update semula semua data diri dan keluarga. Ada yang sewaktu BRIM dulu dia dapat, tapi bantuan sara hidup ni dia tak dapat.

Apa pun, bagi mereka yang dapat duit Bantuan Sara Hidup Fasa Kedua ni, gunakanlah dengan berhemah ye. Ni nak raya ni, dapatlah bantu sikit buat beli kuih raya ke, baju raya ke, kasut raya ke (ehh) hahaha. Terpulanglah. Ok. Semoga Ramadhan kali ni, memberi seribu makna buat kita semua. Dan semoga insyaAllah, dipertemukan kita semua dengan malam lailatulqadar, insyaAllah, aaminnn.

Buffet ramadhan 2019

Buffet ramadhan : Hanya untuk mereka yang kuat makan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik, alhamdulilah. Korang semua macamana? Puasa ok tak tu? Hahahaha. Orait. Harini nak cerita sikit pasal buffet ramadhan. Amacam? Dah berapa banyak buffet ramadhan yang korang dah singgah? Tak kisahlah berbuka dekat mana pun kan, asalkan kita masih diberikan rezeki dari yang maha esa. Amin.

Orait! Al-kisahnya, aku dalam beberapa tahun kebelakangan ni, lebih banyak berbuka puasa dekat rumah je. Samada member-member taknak ajak aku berbuka dekat hotel (yang menyediakan buffet ramadhan yang best-best) atau aku yang malas nak join, hahaha.

Bekerja dekat syarikat yang aku kerja sekarang ni, memang bulan puasa di antara bulan-bulan yang dinantikan, sebab dalam bulan ni lah, kami banyak makan dekat hotel. Ada je jemputan makan dekat situ lah, dekat sini lah. Kiranya inilah masanya kami nak rasa makanan hotel, wahahaha.

Tapi macam yang aku ada cakap tadi, sejak dua menjak ni, aku dah tak pergi lagi makan dekat tempat-tempat macam tu, yelah, dulu bujang, senanglah. Kemudian berdua, pun boleh lagi. Tapi sekarang dah berlima, uii! Itu kalau aku bawak semua, mengundang kejian orang je nanti. Hehehe.

Aku sebenarnya bukanlah kata tak boleh nak makan tempat-tempat macam tu, alhamdulilah, rezeki tu ada je kalau nak bawa keluarga aku makan dekat tempat-tempat macam tu, cumanya, macam yang aku ada tulis dekat atas tu, Buffet ramadhan : Hanya untuk mereka yang kuat makan!

Aku ni memang tak kuat makan weh! Serius cakap ha. Kalau nasi sepingan aku makan, dah kenyang dah. Nak makan lagi memang tak boleh dah. Samalah macam anak-anak aku. Tapi wife aku memang kuat makan! Wahahaha. Jenis perut stokin ni, selagi boleh masuk, dia akan masuk. Wahahaha

Jadi bila tak kuat makan, nak keluarkan sekepala RM70> untuk makan tu tambah wife dengan anak-anak tu, eh! Dah berapa kan? Macam tak berbaloi la rasanya. Baik aku makan dekat restoran biasa je. Makan 1 keluarga tak sampai pun RM100, kenyang pun kenyang kan? Hahaha.

Jadi, kalau korang jenis yang makan tak henti tu, memang sesuailah makan jenis buffet ni. Kalau jenis macam aku ni, yang makan sikit pun dah kenyang ni, makan dekat restoran biasa jelah dah cukup. Kenapa perlu bayar lebih kalau yang biasa pun dah cukup kenyang kan? Hehehe.

Tapi kalau sesekali nak rasa makan dekat hotel (kira nak ubah enviroment la) boleh je. Ikut korang lah. Mesti korang dah siap asing-asingkan bajet korang kan. Mana tahu, sempena bulan puasa, korang nak makan yang special-special dekat lokasi yang lain daripada yang lain, tak salah pun.

Cuma, nasihat aku, berjimat cermatlah. Kadang kita terlalu kenyang sampai lupa ada yang berlapar. Lagipun, dalam bulan yang baik ni, kita nak kena rehatkan perut kita yang 11 bulan tanpa henti makan je (kecuali time tidur la kan) hehe. Apa pun, aku doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dapat terus terusan mengejar pahala dalam bulan yang mulia ni, aminnn.

donut bomboloni viral dekat bazaar ramadan peringit melaka

Mencari gerai donut bomboloni viral dekat bazaar ramadan peringit melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh, panjang betul tajuk post aku harini. Tapi memang itulah ceritanya siang tadi. Al-kisahnya, aku ada terbaca mengenai sebuah gerai yang menjual donut bomboloni yang kisahnya, kata orang, donut mereka mahal. Harga sebiji donut RM4 tak silap, 3 biji dalam RM10 (Kalau tak silap la) dan lokasi gerai yang menjual donut bomboloni viral ini dekat bazaar ramadan peringit melaka.

Bila baca komen orang dekat laman sosial ni, macam-macam. Yang kata sedap sangat la, tak kurang yang komen negatif. Akibat aku sendiri tak pernah rasa macamana rasa donut ni, aku pun bawalah keluarga aku ke sana. Al-kisahnya hari ni cuti wesak kan, jadinya, banyaklah masa terluang tu.

Misi aku untuk cari kedai donut bomboloni viral ini dekat bazaar ramadan peringit melaka nampaknya tak kesampaian. Bazaar ni tak adalah besar mana pun, dah jalan sampai hujung tapi tak jumpa maksudnya samada mereka tak buka gerai harini atau aku yang datang terlalu awal. Tapi, ha, ada tapinya, masih ada gerai lain yang jual dan sebiji dalam RM1.80 macam tu, murah sikit, hehehe.

Punyalah teruja nak rasa, sebab nampak macam sedap. Beli perisa peanut, coklat, dengan 2 perisa lain yang aku pun lupa dah perisa apa. Hahaha. Nampak macam sedap, sampai rasa nak makan dekat bazaar tu je, tapi agak-agak la kan bulan puasa ni, kang tak pasal-pasal naik van jenazah aku kang.

Orait. Apa pandangan aku tentang donut bomboloni ni?

Sedap untuk coklat dan peanut. Mungkin sebab aku suka perisa ni kut. Tambah pulak peanut yang dia letak dalam donut tu penuh! Jadi cepat kenyang. Anak aku pun suka dengan perasa coklat. Sampai dekat pipi pun penuh coklat. Hahaha.

Untuk 2 rasa lagi, aku kurang berkenan. Donut ni la kan, tak kisahlah perisa apa pun, kalau dah letak pewarna (maksudnya berubah bentuk warna dia) terus rasa tak sedap. Tekstur dia rasa kasar. Kalau yang tepung semata tu, rasa lembut je walaupun dia buat sebesar-besar tidak.

Tapi yang aku rasa ni bukanlah donut bomboloni viral yang jual dekat bazaar ramadan peringit melaka tu, tapi kedai lain yang jual. Jadinya aku tak bolehlah nak tulis lebih-lebih. Aku kena datang balik dan cari kedai tu. Aku nak jugak rasa donut yang dia jual sebab dari apa yang baca dekat IG pemilik kedai tu, katanya mereka hanya gunakan bahan premium. Jadi, faham-faham jelah rasa dia macamana kan?

Orait. Nantikan aku tulis pasal donut bomboloni viral dekat bazaar ramadan peringit melaka bila aku dah dapat beli daripada kedai mereka. Nasihat aku, kita janganlah mudah kongsi benda yang tak berapa elok tentang sesuatu kedai tu walhal kita sendiri pun tak pernah rasa. Nak komen apa-apa, rasa dulu, lepastu komenlah. Tapi janganlah sampai menjatuhkan, biarlah yang membina ya! Jumpa lagi.

Cara buat blog automatik buka tab baru

Cara buat blog automatik buka tab baru | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku nak share salah satu strategi SEO untuk blog dan untuk kurangkan nilai bounce rate blog korang. Cara ni jugak boleh naikkan page views blog korang, hehehe. Sebenarnya ramai blogger yang tak tahu apa tu kepentingan bounce rate. Ada macam-macam cara untuk dapatkan nilai bounce rate yang rendah, nantilah aku rajin, aku tulis pasal cara nak turunkan bounce rate blog ya. Kalau rajin, hahaha.

Orait! Apa kelebihan Cara buat blog automatik buka tab baru ni? Kelebihan dia adalah, pengunjung blog korang akan tetap dekat main page blog korang. Kalau dia klik cerita terbaru atau lama dekat blog korang, dia automatik akan buka tab baru. Ha, faham ke tak faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni? Hahaha. Kalau tak faham, korang kenalah buat dulu dekat blog korang ye.

Cara buat blog automatik buka tab baru.

Orait. Langkah pertama yang korang kena buat adalah:

1. Klik pada bahagian Theme blog korang (ada pada bahagian kiri blog).
2. Kemudian klik Edit HTML.
3. Kemudian cari code </head> (cara paling mudah dengan klik ctrl+f)
4. Langkah seterusnya adalah, letakkan code di bawah dekat atas </head>

<base target='_blank' />

5. Save template dan lihat hasilnya.

Ha, amacam? Mudahkan tutorial Cara buat blog automatik buka tab baru ni? Lepas ni, kalau ada pengunjung yang singgah ke blog kita, bila diarang nak baca post terbaru kita, blog kita akan automatik buka tab baru. Mereka pun boleh buka tab banyak-banyak sebab main page blog kita masih ada. Orait. Selamat mencuba ya!

Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan?

Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hahaha, dah berapa lama puasa baru aku nak menulis tajuk ni. Aku bukan apa, semuanya sebab borak-borak dengan rakan aku lah, plan asalnya, kami nak mencari beberapa “side income” lain. Yelah, dalam zaman sekarang ni, kita tak boleh nak mengharapkan income daripada gaji kita semata. Kena ada side income yang lain. Kena pula sekarang kita dalam bulan ramadan 2019, jadi bazaar ramadan adalah medium terbaik untuk cari side income.

Yang sebenarnya, bukan aku sahaja yang tertanya-tanya soalan ni, mesti ramai lagi yang fikir, nak meniaga apa dekat bazaar ramadan kan? Bagi mereka yang dah lama meniaga, memang tak jadi masalah, ni cerita mereka yang baru nak memulakan perniagaan ni. Kiranya ini soalan paling susahlah nak jawab.

Benda paling mudah bila nak berniaga dekat bazaar ramadan ni adalah jual air. Ni paling mudah. Beli balang besar, lepas tu meniaga air. Biasa orang jual teh bunga, air soya, air milo, dan beberapa jenis air yang mudahlah. Paling mudah jual je air kotak! Eh, jual air kotak pun boleh untung tau. Ni bukan jual air kotak RM1 tu tau, tapi jual air kotak susu+kurma tu. Aku lupa brand apa, tapi memang aku ada perasan orang jual air ni dekat bazaar ramadan.

Berbalik pada tajuk utama aku, Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan?. Biasa ramai yang sangkut dekat sini, lama fikir akhirnya tak jadi meniaga sebab tak tahu nak jual apa. Aduh, janganlah macam ni ye. Ada banyak benda kita boleh jual. Aku bagi contoh je, boleh ikut atau korang boleh je cari menu lain ye.

Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan?


Daripada pemerhatian aku, antara benda yang orang cari dekat bazaar ramadan adalah:

1. Air. Ini memang orang akan cari. Nak buat air pun mudah je. Ada banyak resepi dekat internet. Tinggal nak google je. Cuma nasihat aku, cuba cari kelainan. Buat air lain daripada yang lain. Tapi janganlah lain sangat ye. Ala, korang boleh je buat air lemon pudina (ini contoh) lepas tu letak ais banyak-banyak supaya balang air tu basah je. Kenapa mesti basah? Weh, orang puasa ke tak puasa ke, bila tengok bekas balang tu berair je, memang tarik selera betul. Tapi pastikan air tu sedap lah kan. Confirm orang akan datang balik beli air korang. Hehehe.

2. Kuih. Ha, ni pun orang cari jugak. Kalau aku, aku suka kuih kampung, kuih lama. Contoh macam kuih dagai. Tengok dia bakar lepas tu bau dia, memikat sungguh! Confirm beli. Lepas tu popiah basah. Aduh ni pun menarik hati jugak ni.

3. Lauk pauk. Korang pandai memasak? Atau pasangan pandai memasak. Tak pun sedara mara ke jiran ke pandai memasak, apa lagi, jual lah lauk pauk. Eh, kena orang bujang, duduk rumah sewa, balik kerja confirm cari lauk pauk. Menu ni paling dapat sambutan dekat bazaar ramadan tau. Lepas tu, aduh, maaf cakap la ye. Kalau boleh payung janganlah guna payung warna merah. Kena orang macam aku, sakit mata nak tengok lauk bila cuaca panas. Merah je semua.

4. Mee kawah. Ha, ni pun menu orang cari jugak ni. Lagi pulak korang goreng dekat situ. Orang tengok terus rasa nak beli. Aku peminat mee. Sangatlah minat. Kalau tengok orang goreng mee tu, aduh, terus mintak bungkus. Cuma ada lah beberapa kali aku tertipu. Tertipu dengan apa? Tertipu dengan mata. Nampak sedap weh! Sekali bawak balik makan, adeh, takda rasa. Tapi baguslah peniaga tu sebab dia menang dekat mata.

Nak meniaga ni, korang kena menang dekat mata pelangan. Biar makanan yang korang jual tu nampak sedap. Bukan susah pun nak nampak sedap, contoh mee tadi, lepas korang goreng, korang tabur daun bawang atas tu, gabungan warna hijau dengan mee tu pun dah buat dia nampak sedap sangat. Haa.

5. Roti john. Ni pun menu yang aku nampak banyak permintaan. Samalah dengan roti murtabak. Beratur orang nak beli. Nasi lemak, bubur dan macam-macam lagilah yang kita boleh jual dan banyak sebenarnya permintaan.

Apa pun, berbalik pada kelebihan kita. Maksud aku, korang hebat dekat mana (bahagian masakan la). mungkin korang ada resepi rahasia. Korang buat la jadi menu utama korang dekat bazaar ramadan. insyaAllah, rezeki Allah tu luas. Selagi mana kita berusaha, insyaAllah, Allah akan bantu kita. Ok?


Juadah-juadah menarik di bazaar ramadan 2019

Juadah-juadah menarik di bazaar ramadan 2019 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang masih belum menjejakkan kaki ke bazaar ramadan? Rasanya semua dah sampai kan. Bazaar ramadan 2019 ni di antara yang di tunggu-tunggu bila masuk bulan puasa. Kalau bagi aku, bila masuk bulan puasa je, aku automatik akan tercari-cari ayam golek! Tak tahu kenapa, tapi memang kerap sangat beli ayam golek bazaar ramadan. Huh?

Ok! Di antara yang menjadi perhatian bila dekat bazaar ramadan 2019 ni adalah menu-menu yang ditawarkan. Menu yang aku maksudkan ni, bukan menu-menu biasa yang kita biasa jumpa dekat pasar malam tu, tak! Tapi menu yang hanya hadir bila masuk bulan puasa je.

Mungkin disebabkan ramai yang berniaga benda yang sama, jadi mereka (peniaga) perlu cari kelainan. Yelah, kalau sama nanti tak menarik perhatian mata pengunjung. Jadi kena ada kelainan. Kelainan yang di maksudkan tu bukanlah kena ubah resepi makanan tu 100%. Tapi ubah nama pun boleh jadi kelainan.

Contoh, teh tarik mak kau hijau, Sirap selasih janda, milo kaw tak ingat, dan macam-macam lagi. Ni bukan saja-saja aku nak taip tau! Tapi memang ada gerai-gerai yang meniaga macam ni. Lebih teruk dan lebih lawak daripada itu pun ada, tapi malas lah aku nak taip dekat sini, hahaha.

Tapi dalam pada mencari kelainan tu, ada 1 benda yang aku kurang setuju. Juadah bazaar ramadan 2019, kopi cendol! Bila kau dalam puasa, memang semua benda nampak menarik. Sejujurnya, aku belum pernah nampak lagi orang jual kopi cendol, memang tak pernah nampak. Bila pertama kali jumpa, aku jadi teruja!

Memang sangat teruja sebab aku ni peminat kopi! Kena pulak kopi ais! Perghh! Mengacam! Tapi dalam hati terdetik jugak, apa rasanya kopi cendol ni? Kalau teh ais letak cendol tu dah banyak sangat orang jual. Ini kopi cendol, haruslah kita cuba kan!

Jujur ya, jujur aku tulis dalam blog mrejoy.com ni, Kopi cendol yang aku minum tu tak sedap (sedih), malah aku tak habis minum pun. Buang saja. Memang dari awal aku dah rasa, yang gabungan ni tak kena. Mana boleh cendol minum dengan kopi. Tak kena. Tak kena. Tak kena.

Tapi, yelah, mungkin pada tekak aku tak kena tapi tekak orang lain sedap je. Aku tak salahkan peniaga tu pun, mungkin dia rasa kopi cendol tu adalah yang paling sedap. Mungkin juga menu ni ada peminat dia yang tersendiri (jangan nanti lepas ni ada yang marah-marah aku pulak ya). Tapi untuk aku, aku tak boleh terima, maaf.

Apa pun, aku doakan semoga rezeki peniaga-peniaga di bazaar ramadan diluaskan, seluas lautan terbentang. Dan semoga kita semua menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya ya! insyaAllah, aminn. 

Jangan mudah percaya pada mereka

Jangan mudah percaya pada mereka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku tak tahu macam mana aku nak mulakan cerita aku ni, tapi aku nak sangat tulis pasal benda ni. Jangan mudah sangat percaya pada mereka. Siapa mereka yang aku maksudkan tu? Merekalah orang-orang yang berada dekat sekeliling kita. Semua ke yang ada dekat sekeliling kita? Eh! Tak semua, tapi segelintir.

Hari ini aku ada pengalaman yang agak tak menyeronokkan. Pengalaman kerja dengan mereka. Al kisahnya aku takde kaitan pun dengan mereka. Lain bahagian kut! Tapi sebab ada beberapa masalah yang tak dapat di elakkan, jadi terpaksalah bekerja bersama.

Niat dekat hati memang nak membantu. Bila kita bantu mudahkan orang, insyaAllah, urusan kita pun akan di mudahkan. Jadi datanglah kami membantu. Waktu awal tu, rasa seronoknya. Tapi bila masalah semua dah selesai, datang satu benda yang memang tak sedaplah nak dengar!

Korang bayangkan, kau di paksa untuk datang bantu orang. Terpaksa tinggalkan kerja yang sepatutnya kau buat. Tapi bila masalah orang lain selesai, tiba-tiba datang satu suara yang katakan, semua masalah yang terjadi adalah disebabkan kau. Ehh?

Tak ke semacam je bunyinya tu? Dahlah kena bantu selesaikan masalah orang, sekali orang cakap, masalah tu berpunca daripada kau. Itu satu hal. Mereka kata kau ni takda kerja sebenarnya sebab dapat datang bantu selesaikan masalah orang lain.

Nampak tak dekat situ yang aduh, boleh tak aku tulis nada kemarahan aku dekat sini?

Sebab tu lah aku nak pesan dekat sini, jangan sesekali mudah percaya pada mereka ni. Time susah, mereka manis mulut weh. Bila dah senang, mereka nampak peluang untuk jatuhkan kita dan naikkan mereka. Seolah-olah mereka ni sangat bernilai. Dan kita akan jatuh tersungkur!

Dah banyak sebenarnya benda ni berlaku dan cara dia berlaku lebih kurang sama je. Tak kisahlah dekat peringkat tertinggi ataupun dekat bahagian bawah macam kita ni, sama je halnya. Dah lah panggil kita bantu, lepas tu cakap masalah sebenarnya datang daripada kita dan cakap pulak kita ni tak ada kerja.

Sungguh melampau betul puak puak ni! Sekarang ni aku memang dah malas nak layan masalah orang. Kalau ada lagi masalah dengan mereka-mereka ni, memang aku buat tak tahu je lepas ni, nak kata apa, katalah, memang aku buat tak tahu je.

Jenis suka ambil kesempatan atas orang lain ni memang patut kena biarkan je kut?

Nak beli kamera atau gopro?

Nak beli kamera atau gopro? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik di dalam bulan puasa, bulan ramadan 2019 ini, syukur alhamdulilah. Baik, aku dalam beberapa minggu kebelakangan ini, masih dalam perhitungan (bukan main perhitungan lagi..) samada ! nak beli kamera ( DSLR atau mirrorless ) atau nak beli Gopro Hero 7 Black!

Banyak juga blog yang aku singgah. Jadinya ada banyak info yang aku dapat. Tapi sejenis Mrejoy kan, tetap juga ragu-ragu nak beli yang mana satu. Kalau ikut pada kegunaan, aku lebih kepada Gopro Hero 7 Black. Sebab action cam ni terbukti lasak. Boleh pakai untuk konvoi, boleh pakai waktu masuk hutan, boleh pakai waktu dalam air, pendek kata boleh pakai dalam semua keadaan.

Gopro Hero 7 Black ni jugak boleh dikatakan, terbaik di dalam merakam video dan gambar. Ada banyak fungsi terbaru dan terkini daripada model sebelumnya. Korang boleh je tengok video-video yang terhasil daripada action cam ni di youtube ( nantikan juga channel youtube aku ya! ) dan gambar gambar yang terhasil di google.

Jadi kalau ikut pada kegunaan, aku lebih kepada gopro. Tapi, ha ada tapinya. Masalahnya sekarang, bukan selalu pun nak masuk hutan kan? Bukan selalu pun nak masuk air dan bukan selalu pun nak konvoi. Kalau aku ni vlogger motor, lainlah. Kalau selalu buat review kenderaan, memang aku tak ada pilihan lah.

Berbalik pada kegunaan harian pulak, aku fikir ada baiknya aku beli kamera DSLR atau mirrorless. Sebabnya aku boleh kerap guna. Contoh keluar makan dengan family. Boleh ambil gambar makanan. Atau keluar jalan-jalan hujung minggu, atau buat aktiviti bersama keluarga dekat rumah, semua tu aku boleh gunakan kamera.

DJI RONIN S Malaysia

Ini di tambah lagi dengan gambar kamera yang menggunakan DJI RONIN S. Wah, terus teranglah, aku ni tengok pada mata je. Nampak macam gempak, terus aku minat! Hahaha. Orang sepatutnya tengok pada apa yang kita nak guna atau apa yang kita perlukan. Tapi macam yang aku ada cakap tadi la, sejenis mrejoy ni, dia ada pelik sikit. Asal nampak gempak, itu yang dia minat! Wahahaha.

Tapi minat tak mengatasi segalanya kalau bajet kau kurang! Adeh! Aku ada tanya member tempat kerja aku. Kamera DSLR ni ada jenis yang terbaik untuk buat video. Tapi bila kita sebut terbaik, tak mungkin lah dengan harga yang murah kan! Barang terbaik pasti datang dengan harga yang terbaik juga!

Bajet untuk dapatkan kamera DSLR ( Macam yang kawan aku cakap la) dalam lingkungan RM5xxx ( ini yang terbaik untuk buat video). Uii, kalau Gopro Hero 7 Black, harga dia dalam RM1800 la. Kan jauh larinya tu. Itu yang buat aku fikir panjang jugak tu. Tapi dia kata boleh je kalau kita nak cari yang 2nd punya. Harga dia pun jauh lebih rendah.

Dan sekali lagi, sejenis mrejoy, dia suka benda baru. Wahahaha. Aku lagi suka benda baru weh. Sebab suka je bila bukak plastik. Bau dia fresh! Macam kita beli buku sekolah la. Awal-awal tu mesti kita kerap je bukak buku sebab bau dia, fresh! Ala, korang pun mesti pernah buat waktu sekolah dulu kan? Hehehe.

Apa pun, aku masih dalam dilema sekarang ni, samada nak beli kamera ( DSLR atau mirrorless ) atau nak beli Gopro Hero 7 Black! Hati tu kuat sebenarnya nak beli gopro, tapi dalam masa yang sama, nak beli kamera. Atau, aku kena beli dua2 sekali? Supaya senang. Dalam keadaan yang macam ni, aku pakai gopro. Dalam keadaan lain, aku guna kamera.

Tapi kalau nak beli dua-dua, kena menyimpan lagilah gamaknya. Adehhh!

Tips kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan

Tips kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan (Baca TIPS #5) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, esok kita akan memasuki bulan ramadan, bulan yang penuh berkah! Alhamdulilah juga kita ditemukan sekali lagi dengan bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam, alhamdulilah. Ok! Dah berapa umur korang tahun ni? Dan dah berganti ke puasa-puasa sebelum-sebelum ni? Kalau dah alhamdulilah, kalau puasa penuh, alhamdulilah. Kalau ada yang tinggal je tu, insyaAllah, tahun ni belajarlah berpuasa penuh ya! Sebab banyak kelebihan bagi mereka yang berpuasa ni.

Hari ni aku bukan nak bercerita mengenai kelebihan-kelebihan berpuasa, tapi aku nak kongsikan dengan korang beberapa tips untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan ni, insyaAllah, semoga perkongsian ini, dapatlah korang berpuasa penuh tahun ni ( malu aih dengan anak-anak kecil yang puasa penuh tu ) hehehehe.

Tips kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan 

#1. Minum banyak air.

Orait, tips yang pertama adalah minum banyak air. Air yang dimaksudkan tu bukan air buah, bukan air khatira, tapi air mineral. Air memang sangat penting untuk tubuh manusia. Dan bukan maksudnya minum banyak air tu korang minum jugak waktu siang! Itu dah terbatal puasa dah tu. Tapi kena cukupkan minum air mineral sewaktu malam.

Contoh semasa berbuka puasa. Kemudian selepas itu, minumlah lagi. Kemudian sewaktu sahur, minumlah lagi air mineral. Perasan tak, sewaktu bulan ramadan ni, kita jarang minum air mineral. Nak air sedap je. Pergi bazaar, macam-macam air nampak, berselera sungguh!

Waktu ni, air mineral tak dapat perhatian langsung. Yelah, air kosong kan. Tapi cuba waktu puasa tu, air kosong tu korang letak dalam gelas. Lepas tu gelas tu pulak letak ais banyak-banyak. Nantikan berair je dekat gelas tu, ha waktu tu, korang tahulah berapa nilai air kosong! Hahahahahhaha.

#2. Jangan tidur selepas sahur.

Aku pun memang tidur selepas sahur. Ini aku akui. Tapi aku nak tulis juga. Tahu kenapa jangan tidur? Makanan yang kita makan sewaktu sahur tu akan diproses menjadi tenaga dan tenaga itu akan dibazirkan sewaktu kita tidur! Ha. Kena tahu juga ya, korang kena pastikan tidur korang cukup setidaknya 6 jam untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan!

#3. Jangan lewatkan sahur.

Ini pun penting juga ni. Bila korang bangun cukup-cukup je masa, korang akan makan dengan cepat (silap-silap, 2-3 kali kunyah dah telan!). Korang tahu tak, bila korang kunyah makanan terlalu cepat, kadar gula dalam darah akan terganggu. Bila ini berlaku, korang akan cepat terasa lapar. Badan kita ni akan bekerja lebih keras untuk serap semua nutrisi makanan. Dan bila ini terjadi, proses tu akan kurang sempurna dan kita akan mudah letih. Jadinya, makan dengan perlahan dan bangun awal, ok?

#4. Makan kurma sewaktu sahur.

Ha, lepas ni korang mesti tak akan skip makan kurma waktu sahur sebabnya kurma mampu memberikan tenaga sepanjang hari kepada kita. Kandungan dalam kurma tu akan bagi kita penuh tenaga sepanjang puasa. Nampak tak kelebihan kurma? Lagi satu, cuba korang rendam kurma dalam segelas air sewaktu malam (kopek la, buang biji) kemudian, esok, sewaktu sahur, korang minum air rendaman kurma tu, insyaAllah, korang akan rasa bertenaga sepanjang hari, tak percaya? Cuba buat!

#5. Jangan anggap ianya sebagai beban.

Eh! Puasa je pun! Janganlah lemah sangat! Hahaha. Ini ada yang lemah, sampai tak larat nak berjalan, nak bercakap, uii! Puasa tu sebenarnya bagus! Tambah pula, sekali je setahun. Kalaulah agama islam suruh umat dia puasa banyak kali dalam setahun, macamanalah agaknya kan? Hahaha. Umat terdahulu, puasa pun siap pergi perang. Kita ni yang hidup dalam zaman aman damai ni, janganlah lemah sangat ya! Hahaha.

Oklah, sekali lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam dan juga rakan-rakan non muslim yang turut sama berpuasa tahun ni. Semoga bulan ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua, insyaAllah, aminn.

Selamat datang bulan penuh keberkatan

Selamat datang bulan penuh keberkatan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas lagi dan kesihatan yang baik, alhamdulilah. Tinggal 4 hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah. 1 bulan yang pastinya di tunggu-tunggu seluruh umat islam seluruh dunia.

Aku sebenarnya suka dengan bulan may ni sebab ada banyak tarikh-tarikh penting untuk aku. Tambahan pula tahun ni 2019, bulan ramadhan jatuh pada bulan may. Ini menjadikan bulan ini jadi lebih bermakna untuk aku dan keluarga, alhamdulilah.

Mohon doakan kesihatan untuk Ayah aku.

Dalam kesempatan ini juga, aku memohon jasa baik korang untuk doakan kesihatan ayah aku. Sekarang dia berada di hospital alor setar, sakit kencing manis. Yang mana penyakit dia dah merosakkan jari kaki dia. Tunggu masa nak bedah je. Sebenarnya hari isnin hari tu dah patut kena bedah, tapi tertangguh atas beberapa masalah. Aku mohon jasa baik korang untuk doakan kesihatan ayah aku ya. Aminn.

Orait. Apa azam bulan ramadhan korang tahun ni? Kalau tanya aku, dah tentulah nak buat kebaikan banyak-banyak kan? Lepas tu, nak rajin pergi terawih. Aduh, bercerita bab terawih ni, teringat waktu kecik-kecik dulu, rajin sungguh datang masjid. Sebab selain terawih, kitarang berebut nak moreh. Hahaha.

Aku waktu kecik, duduk kem. Moreh ni pulak ikut unit. Hari isnin unit lain, hari selasa unit lain, ikut hari. Aku paling suka kalau hari tu, unit RAMD (Askar melayu). memang berebutlah kitarang, siap pergi dekat medan selera mintak plastik sebab nak bawak balik rumah, hahaha. Ala, bihun goreng je, tapi sedap dia lain macam ooo. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat kalau askar melayu masak bihun goreng.

Lepas tu, terawih dia ramai. Yang duduk kem semua datang situ kut. Memang lah ramai kan, memang seronok betul time tu. Macam sekarang aku duduk taman, jadi dalam taman ada surau, orangnya tak berapa ramai. Nak ke masjid agak jauh. Kena lalu 2-3 buah surau jugaklah. Jadi macam tak berapa selesa pulak rasanya kalau aku kena lalu banyak surau untuk sampai ke masjid. Nanti surau kat taman aku kurang orang.

Tahun ni juga, ada banyak perkara gembira dan sedih. Gembiranya sebab anak-anak dah besar. Dah seronok sikit nak puasa sama-sama dan jalan beraya. Yang sedihnya ayah aku pulak jatuh sakit. Dekat situ je dah kurang rasa gembira tu. Semoga semuanya dipermudahkan Allah, aminn.

Apa pun, syukur alhamdulilah, kita masih diberikan kesihatan dan izin Allah untuk menyambut lagi bulan ramadhan. Tinggal-tinggalkanlah perkara yang tidak elok dan marilah kita buat amal kebajikan banyak-banyak. Dunia dah hampir ke penghujung. Tanda dah banyak. Semua sebab nak sedarkan kita dan beri kita banyak peluang buat amal kebajikan. Kalau masih berdegil, tak tahulah nak kata apa.

Selamat menyambut bulan ramadhan 2019!
Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ▼  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ▼  May (10)
      • Duit Bantuan Sara Hidup (MyBSH) masuk bila?
      • Buffet ramadhan : Hanya untuk mereka yang kuat makan!
      • Mencari gerai donut bomboloni viral dekat bazaar r...
      • Cara buat blog automatik buka tab baru
      • Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan?
      • Juadah-juadah menarik di bazaar ramadan 2019
      • Jangan mudah percaya pada mereka
      • Nak beli kamera atau gopro?
      • Tips kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ra...
      • Selamat datang bulan penuh keberkatan!
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates