Buffet ramadhan : Hanya untuk mereka yang kuat makan! | MrEjoy

Buffet ramadhan : Hanya untuk mereka yang kuat makan!

Buffet ramadhan 2019

Buffet ramadhan : Hanya untuk mereka yang kuat makan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik, alhamdulilah. Korang semua macamana? Puasa ok tak tu? Hahahaha. Orait. Harini nak cerita sikit pasal buffet ramadhan. Amacam? Dah berapa banyak buffet ramadhan yang korang dah singgah? Tak kisahlah berbuka dekat mana pun kan, asalkan kita masih diberikan rezeki dari yang maha esa. Amin.

Orait! Al-kisahnya, aku dalam beberapa tahun kebelakangan ni, lebih banyak berbuka puasa dekat rumah je. Samada member-member taknak ajak aku berbuka dekat hotel (yang menyediakan buffet ramadhan yang best-best) atau aku yang malas nak join, hahaha.

Bekerja dekat syarikat yang aku kerja sekarang ni, memang bulan puasa di antara bulan-bulan yang dinantikan, sebab dalam bulan ni lah, kami banyak makan dekat hotel. Ada je jemputan makan dekat situ lah, dekat sini lah. Kiranya inilah masanya kami nak rasa makanan hotel, wahahaha.

Tapi macam yang aku ada cakap tadi, sejak dua menjak ni, aku dah tak pergi lagi makan dekat tempat-tempat macam tu, yelah, dulu bujang, senanglah. Kemudian berdua, pun boleh lagi. Tapi sekarang dah berlima, uii! Itu kalau aku bawak semua, mengundang kejian orang je nanti. Hehehe.

Aku sebenarnya bukanlah kata tak boleh nak makan tempat-tempat macam tu, alhamdulilah, rezeki tu ada je kalau nak bawa keluarga aku makan dekat tempat-tempat macam tu, cumanya, macam yang aku ada tulis dekat atas tu, Buffet ramadhan : Hanya untuk mereka yang kuat makan!

Aku ni memang tak kuat makan weh! Serius cakap ha. Kalau nasi sepingan aku makan, dah kenyang dah. Nak makan lagi memang tak boleh dah. Samalah macam anak-anak aku. Tapi wife aku memang kuat makan! Wahahaha. Jenis perut stokin ni, selagi boleh masuk, dia akan masuk. Wahahaha

Jadi bila tak kuat makan, nak keluarkan sekepala RM70> untuk makan tu tambah wife dengan anak-anak tu, eh! Dah berapa kan? Macam tak berbaloi la rasanya. Baik aku makan dekat restoran biasa je. Makan 1 keluarga tak sampai pun RM100, kenyang pun kenyang kan? Hahaha.

Jadi, kalau korang jenis yang makan tak henti tu, memang sesuailah makan jenis buffet ni. Kalau jenis macam aku ni, yang makan sikit pun dah kenyang ni, makan dekat restoran biasa jelah dah cukup. Kenapa perlu bayar lebih kalau yang biasa pun dah cukup kenyang kan? Hehehe.

Tapi kalau sesekali nak rasa makan dekat hotel (kira nak ubah enviroment la) boleh je. Ikut korang lah. Mesti korang dah siap asing-asingkan bajet korang kan. Mana tahu, sempena bulan puasa, korang nak makan yang special-special dekat lokasi yang lain daripada yang lain, tak salah pun.

Cuma, nasihat aku, berjimat cermatlah. Kadang kita terlalu kenyang sampai lupa ada yang berlapar. Lagipun, dalam bulan yang baik ni, kita nak kena rehatkan perut kita yang 11 bulan tanpa henti makan je (kecuali time tidur la kan) hehe. Apa pun, aku doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dapat terus terusan mengejar pahala dalam bulan yang mulia ni, aminnn.

Share:

0 comments