Mencari gerai donut bomboloni viral dekat bazaar ramadan peringit melaka | MrEjoy

Mencari gerai donut bomboloni viral dekat bazaar ramadan peringit melaka

donut bomboloni viral dekat bazaar ramadan peringit melaka

Mencari gerai donut bomboloni viral dekat bazaar ramadan peringit melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh, panjang betul tajuk post aku harini. Tapi memang itulah ceritanya siang tadi. Al-kisahnya, aku ada terbaca mengenai sebuah gerai yang menjual donut bomboloni yang kisahnya, kata orang, donut mereka mahal. Harga sebiji donut RM4 tak silap, 3 biji dalam RM10 (Kalau tak silap la) dan lokasi gerai yang menjual donut bomboloni viral ini dekat bazaar ramadan peringit melaka.

Bila baca komen orang dekat laman sosial ni, macam-macam. Yang kata sedap sangat la, tak kurang yang komen negatif. Akibat aku sendiri tak pernah rasa macamana rasa donut ni, aku pun bawalah keluarga aku ke sana. Al-kisahnya hari ni cuti wesak kan, jadinya, banyaklah masa terluang tu.

Misi aku untuk cari kedai donut bomboloni viral ini dekat bazaar ramadan peringit melaka nampaknya tak kesampaian. Bazaar ni tak adalah besar mana pun, dah jalan sampai hujung tapi tak jumpa maksudnya samada mereka tak buka gerai harini atau aku yang datang terlalu awal. Tapi, ha, ada tapinya, masih ada gerai lain yang jual dan sebiji dalam RM1.80 macam tu, murah sikit, hehehe.

Punyalah teruja nak rasa, sebab nampak macam sedap. Beli perisa peanut, coklat, dengan 2 perisa lain yang aku pun lupa dah perisa apa. Hahaha. Nampak macam sedap, sampai rasa nak makan dekat bazaar tu je, tapi agak-agak la kan bulan puasa ni, kang tak pasal-pasal naik van jenazah aku kang.

Orait. Apa pandangan aku tentang donut bomboloni ni?

Sedap untuk coklat dan peanut. Mungkin sebab aku suka perisa ni kut. Tambah pulak peanut yang dia letak dalam donut tu penuh! Jadi cepat kenyang. Anak aku pun suka dengan perasa coklat. Sampai dekat pipi pun penuh coklat. Hahaha.

Untuk 2 rasa lagi, aku kurang berkenan. Donut ni la kan, tak kisahlah perisa apa pun, kalau dah letak pewarna (maksudnya berubah bentuk warna dia) terus rasa tak sedap. Tekstur dia rasa kasar. Kalau yang tepung semata tu, rasa lembut je walaupun dia buat sebesar-besar tidak.

Tapi yang aku rasa ni bukanlah donut bomboloni viral yang jual dekat bazaar ramadan peringit melaka tu, tapi kedai lain yang jual. Jadinya aku tak bolehlah nak tulis lebih-lebih. Aku kena datang balik dan cari kedai tu. Aku nak jugak rasa donut yang dia jual sebab dari apa yang baca dekat IG pemilik kedai tu, katanya mereka hanya gunakan bahan premium. Jadi, faham-faham jelah rasa dia macamana kan?

Orait. Nantikan aku tulis pasal donut bomboloni viral dekat bazaar ramadan peringit melaka bila aku dah dapat beli daripada kedai mereka. Nasihat aku, kita janganlah mudah kongsi benda yang tak berapa elok tentang sesuatu kedai tu walhal kita sendiri pun tak pernah rasa. Nak komen apa-apa, rasa dulu, lepastu komenlah. Tapi janganlah sampai menjatuhkan, biarlah yang membina ya! Jumpa lagi.

Share:

2 comments

  1. Oo. Kiranya bomboloni ni memang donut ke. Alahai macam-macam menu sekarang ni ye. Tapi nanti nk cuba jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a. dia donut sebenarnya. tapi takde lubang dekat tengah-tengah n ada isi kat dalam. hehehe

      Delete