Jangan mudah percaya pada mereka | MrEjoy

Jangan mudah percaya pada mereka

Jangan mudah percaya pada mereka

Jangan mudah percaya pada mereka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku tak tahu macam mana aku nak mulakan cerita aku ni, tapi aku nak sangat tulis pasal benda ni. Jangan mudah sangat percaya pada mereka. Siapa mereka yang aku maksudkan tu? Merekalah orang-orang yang berada dekat sekeliling kita. Semua ke yang ada dekat sekeliling kita? Eh! Tak semua, tapi segelintir.

Hari ini aku ada pengalaman yang agak tak menyeronokkan. Pengalaman kerja dengan mereka. Al kisahnya aku takde kaitan pun dengan mereka. Lain bahagian kut! Tapi sebab ada beberapa masalah yang tak dapat di elakkan, jadi terpaksalah bekerja bersama.

Niat dekat hati memang nak membantu. Bila kita bantu mudahkan orang, insyaAllah, urusan kita pun akan di mudahkan. Jadi datanglah kami membantu. Waktu awal tu, rasa seronoknya. Tapi bila masalah semua dah selesai, datang satu benda yang memang tak sedaplah nak dengar!

Korang bayangkan, kau di paksa untuk datang bantu orang. Terpaksa tinggalkan kerja yang sepatutnya kau buat. Tapi bila masalah orang lain selesai, tiba-tiba datang satu suara yang katakan, semua masalah yang terjadi adalah disebabkan kau. Ehh?

Tak ke semacam je bunyinya tu? Dahlah kena bantu selesaikan masalah orang, sekali orang cakap, masalah tu berpunca daripada kau. Itu satu hal. Mereka kata kau ni takda kerja sebenarnya sebab dapat datang bantu selesaikan masalah orang lain.

Nampak tak dekat situ yang aduh, boleh tak aku tulis nada kemarahan aku dekat sini?

Sebab tu lah aku nak pesan dekat sini, jangan sesekali mudah percaya pada mereka ni. Time susah, mereka manis mulut weh. Bila dah senang, mereka nampak peluang untuk jatuhkan kita dan naikkan mereka. Seolah-olah mereka ni sangat bernilai. Dan kita akan jatuh tersungkur!

Dah banyak sebenarnya benda ni berlaku dan cara dia berlaku lebih kurang sama je. Tak kisahlah dekat peringkat tertinggi ataupun dekat bahagian bawah macam kita ni, sama je halnya. Dah lah panggil kita bantu, lepas tu cakap masalah sebenarnya datang daripada kita dan cakap pulak kita ni tak ada kerja.

Sungguh melampau betul puak puak ni! Sekarang ni aku memang dah malas nak layan masalah orang. Kalau ada lagi masalah dengan mereka-mereka ni, memang aku buat tak tahu je lepas ni, nak kata apa, katalah, memang aku buat tak tahu je.

Jenis suka ambil kesempatan atas orang lain ni memang patut kena biarkan je kut?

Share:

0 comments