Juadah-juadah menarik di bazaar ramadan 2019 | MrEjoy

Juadah-juadah menarik di bazaar ramadan 2019

Juadah-juadah menarik di bazaar ramadan 2019

Juadah-juadah menarik di bazaar ramadan 2019 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang masih belum menjejakkan kaki ke bazaar ramadan? Rasanya semua dah sampai kan. Bazaar ramadan 2019 ni di antara yang di tunggu-tunggu bila masuk bulan puasa. Kalau bagi aku, bila masuk bulan puasa je, aku automatik akan tercari-cari ayam golek! Tak tahu kenapa, tapi memang kerap sangat beli ayam golek bazaar ramadan. Huh?

Ok! Di antara yang menjadi perhatian bila dekat bazaar ramadan 2019 ni adalah menu-menu yang ditawarkan. Menu yang aku maksudkan ni, bukan menu-menu biasa yang kita biasa jumpa dekat pasar malam tu, tak! Tapi menu yang hanya hadir bila masuk bulan puasa je.

Mungkin disebabkan ramai yang berniaga benda yang sama, jadi mereka (peniaga) perlu cari kelainan. Yelah, kalau sama nanti tak menarik perhatian mata pengunjung. Jadi kena ada kelainan. Kelainan yang di maksudkan tu bukanlah kena ubah resepi makanan tu 100%. Tapi ubah nama pun boleh jadi kelainan.

Contoh, teh tarik mak kau hijau, Sirap selasih janda, milo kaw tak ingat, dan macam-macam lagi. Ni bukan saja-saja aku nak taip tau! Tapi memang ada gerai-gerai yang meniaga macam ni. Lebih teruk dan lebih lawak daripada itu pun ada, tapi malas lah aku nak taip dekat sini, hahaha.

Tapi dalam pada mencari kelainan tu, ada 1 benda yang aku kurang setuju. Juadah bazaar ramadan 2019, kopi cendol! Bila kau dalam puasa, memang semua benda nampak menarik. Sejujurnya, aku belum pernah nampak lagi orang jual kopi cendol, memang tak pernah nampak. Bila pertama kali jumpa, aku jadi teruja!

Memang sangat teruja sebab aku ni peminat kopi! Kena pulak kopi ais! Perghh! Mengacam! Tapi dalam hati terdetik jugak, apa rasanya kopi cendol ni? Kalau teh ais letak cendol tu dah banyak sangat orang jual. Ini kopi cendol, haruslah kita cuba kan!

Jujur ya, jujur aku tulis dalam blog mrejoy.com ni, Kopi cendol yang aku minum tu tak sedap (sedih), malah aku tak habis minum pun. Buang saja. Memang dari awal aku dah rasa, yang gabungan ni tak kena. Mana boleh cendol minum dengan kopi. Tak kena. Tak kena. Tak kena.

Tapi, yelah, mungkin pada tekak aku tak kena tapi tekak orang lain sedap je. Aku tak salahkan peniaga tu pun, mungkin dia rasa kopi cendol tu adalah yang paling sedap. Mungkin juga menu ni ada peminat dia yang tersendiri (jangan nanti lepas ni ada yang marah-marah aku pulak ya). Tapi untuk aku, aku tak boleh terima, maaf.

Apa pun, aku doakan semoga rezeki peniaga-peniaga di bazaar ramadan diluaskan, seluas lautan terbentang. Dan semoga kita semua menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya ya! insyaAllah, aminn. 

Share:

0 comments