Nak beli kamera atau gopro? | MrEjoy

Nak beli kamera atau gopro?

Nak beli kamera atau gopro?

Nak beli kamera atau gopro? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik di dalam bulan puasa, bulan ramadan 2019 ini, syukur alhamdulilah. Baik, aku dalam beberapa minggu kebelakangan ini, masih dalam perhitungan (bukan main perhitungan lagi..) samada ! nak beli kamera ( DSLR atau mirrorless ) atau nak beli Gopro Hero 7 Black!

Banyak juga blog yang aku singgah. Jadinya ada banyak info yang aku dapat. Tapi sejenis Mrejoy kan, tetap juga ragu-ragu nak beli yang mana satu. Kalau ikut pada kegunaan, aku lebih kepada Gopro Hero 7 Black. Sebab action cam ni terbukti lasak. Boleh pakai untuk konvoi, boleh pakai waktu masuk hutan, boleh pakai waktu dalam air, pendek kata boleh pakai dalam semua keadaan.

Gopro Hero 7 Black ni jugak boleh dikatakan, terbaik di dalam merakam video dan gambar. Ada banyak fungsi terbaru dan terkini daripada model sebelumnya. Korang boleh je tengok video-video yang terhasil daripada action cam ni di youtube ( nantikan juga channel youtube aku ya! ) dan gambar gambar yang terhasil di google.

Jadi kalau ikut pada kegunaan, aku lebih kepada gopro. Tapi, ha ada tapinya. Masalahnya sekarang, bukan selalu pun nak masuk hutan kan? Bukan selalu pun nak masuk air dan bukan selalu pun nak konvoi. Kalau aku ni vlogger motor, lainlah. Kalau selalu buat review kenderaan, memang aku tak ada pilihan lah.

Berbalik pada kegunaan harian pulak, aku fikir ada baiknya aku beli kamera DSLR atau mirrorless. Sebabnya aku boleh kerap guna. Contoh keluar makan dengan family. Boleh ambil gambar makanan. Atau keluar jalan-jalan hujung minggu, atau buat aktiviti bersama keluarga dekat rumah, semua tu aku boleh gunakan kamera.

DJI RONIN S Malaysia

Ini di tambah lagi dengan gambar kamera yang menggunakan DJI RONIN S. Wah, terus teranglah, aku ni tengok pada mata je. Nampak macam gempak, terus aku minat! Hahaha. Orang sepatutnya tengok pada apa yang kita nak guna atau apa yang kita perlukan. Tapi macam yang aku ada cakap tadi la, sejenis mrejoy ni, dia ada pelik sikit. Asal nampak gempak, itu yang dia minat! Wahahaha.

Tapi minat tak mengatasi segalanya kalau bajet kau kurang! Adeh! Aku ada tanya member tempat kerja aku. Kamera DSLR ni ada jenis yang terbaik untuk buat video. Tapi bila kita sebut terbaik, tak mungkin lah dengan harga yang murah kan! Barang terbaik pasti datang dengan harga yang terbaik juga!

Bajet untuk dapatkan kamera DSLR ( Macam yang kawan aku cakap la) dalam lingkungan RM5xxx ( ini yang terbaik untuk buat video). Uii, kalau Gopro Hero 7 Black, harga dia dalam RM1800 la. Kan jauh larinya tu. Itu yang buat aku fikir panjang jugak tu. Tapi dia kata boleh je kalau kita nak cari yang 2nd punya. Harga dia pun jauh lebih rendah.

Dan sekali lagi, sejenis mrejoy, dia suka benda baru. Wahahaha. Aku lagi suka benda baru weh. Sebab suka je bila bukak plastik. Bau dia fresh! Macam kita beli buku sekolah la. Awal-awal tu mesti kita kerap je bukak buku sebab bau dia, fresh! Ala, korang pun mesti pernah buat waktu sekolah dulu kan? Hehehe.

Apa pun, aku masih dalam dilema sekarang ni, samada nak beli kamera ( DSLR atau mirrorless ) atau nak beli Gopro Hero 7 Black! Hati tu kuat sebenarnya nak beli gopro, tapi dalam masa yang sama, nak beli kamera. Atau, aku kena beli dua2 sekali? Supaya senang. Dalam keadaan yang macam ni, aku pakai gopro. Dalam keadaan lain, aku guna kamera.

Tapi kalau nak beli dua-dua, kena menyimpan lagilah gamaknya. Adehhh!

Share:

0 comments