Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan? | MrEjoy

Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan?

Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan?

Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hahaha, dah berapa lama puasa baru aku nak menulis tajuk ni. Aku bukan apa, semuanya sebab borak-borak dengan rakan aku lah, plan asalnya, kami nak mencari beberapa “side income” lain. Yelah, dalam zaman sekarang ni, kita tak boleh nak mengharapkan income daripada gaji kita semata. Kena ada side income yang lain. Kena pula sekarang kita dalam bulan ramadan 2019, jadi bazaar ramadan adalah medium terbaik untuk cari side income.

Yang sebenarnya, bukan aku sahaja yang tertanya-tanya soalan ni, mesti ramai lagi yang fikir, nak meniaga apa dekat bazaar ramadan kan? Bagi mereka yang dah lama meniaga, memang tak jadi masalah, ni cerita mereka yang baru nak memulakan perniagaan ni. Kiranya ini soalan paling susahlah nak jawab.

Benda paling mudah bila nak berniaga dekat bazaar ramadan ni adalah jual air. Ni paling mudah. Beli balang besar, lepas tu meniaga air. Biasa orang jual teh bunga, air soya, air milo, dan beberapa jenis air yang mudahlah. Paling mudah jual je air kotak! Eh, jual air kotak pun boleh untung tau. Ni bukan jual air kotak RM1 tu tau, tapi jual air kotak susu+kurma tu. Aku lupa brand apa, tapi memang aku ada perasan orang jual air ni dekat bazaar ramadan.

Berbalik pada tajuk utama aku, Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan?. Biasa ramai yang sangkut dekat sini, lama fikir akhirnya tak jadi meniaga sebab tak tahu nak jual apa. Aduh, janganlah macam ni ye. Ada banyak benda kita boleh jual. Aku bagi contoh je, boleh ikut atau korang boleh je cari menu lain ye.

Nak meniaga apa dekat bazaar ramadan?


Daripada pemerhatian aku, antara benda yang orang cari dekat bazaar ramadan adalah:

1. Air. Ini memang orang akan cari. Nak buat air pun mudah je. Ada banyak resepi dekat internet. Tinggal nak google je. Cuma nasihat aku, cuba cari kelainan. Buat air lain daripada yang lain. Tapi janganlah lain sangat ye. Ala, korang boleh je buat air lemon pudina (ini contoh) lepas tu letak ais banyak-banyak supaya balang air tu basah je. Kenapa mesti basah? Weh, orang puasa ke tak puasa ke, bila tengok bekas balang tu berair je, memang tarik selera betul. Tapi pastikan air tu sedap lah kan. Confirm orang akan datang balik beli air korang. Hehehe.

2. Kuih. Ha, ni pun orang cari jugak. Kalau aku, aku suka kuih kampung, kuih lama. Contoh macam kuih dagai. Tengok dia bakar lepas tu bau dia, memikat sungguh! Confirm beli. Lepas tu popiah basah. Aduh ni pun menarik hati jugak ni.

3. Lauk pauk. Korang pandai memasak? Atau pasangan pandai memasak. Tak pun sedara mara ke jiran ke pandai memasak, apa lagi, jual lah lauk pauk. Eh, kena orang bujang, duduk rumah sewa, balik kerja confirm cari lauk pauk. Menu ni paling dapat sambutan dekat bazaar ramadan tau. Lepas tu, aduh, maaf cakap la ye. Kalau boleh payung janganlah guna payung warna merah. Kena orang macam aku, sakit mata nak tengok lauk bila cuaca panas. Merah je semua.

4. Mee kawah. Ha, ni pun menu orang cari jugak ni. Lagi pulak korang goreng dekat situ. Orang tengok terus rasa nak beli. Aku peminat mee. Sangatlah minat. Kalau tengok orang goreng mee tu, aduh, terus mintak bungkus. Cuma ada lah beberapa kali aku tertipu. Tertipu dengan apa? Tertipu dengan mata. Nampak sedap weh! Sekali bawak balik makan, adeh, takda rasa. Tapi baguslah peniaga tu sebab dia menang dekat mata.

Nak meniaga ni, korang kena menang dekat mata pelangan. Biar makanan yang korang jual tu nampak sedap. Bukan susah pun nak nampak sedap, contoh mee tadi, lepas korang goreng, korang tabur daun bawang atas tu, gabungan warna hijau dengan mee tu pun dah buat dia nampak sedap sangat. Haa.

5. Roti john. Ni pun menu yang aku nampak banyak permintaan. Samalah dengan roti murtabak. Beratur orang nak beli. Nasi lemak, bubur dan macam-macam lagilah yang kita boleh jual dan banyak sebenarnya permintaan.

Apa pun, berbalik pada kelebihan kita. Maksud aku, korang hebat dekat mana (bahagian masakan la). mungkin korang ada resepi rahasia. Korang buat la jadi menu utama korang dekat bazaar ramadan. insyaAllah, rezeki Allah tu luas. Selagi mana kita berusaha, insyaAllah, Allah akan bantu kita. Ok?


Share:

0 comments