Selamat datang bulan penuh keberkatan! | MrEjoy

Selamat datang bulan penuh keberkatan!

Selamat datang bulan penuh keberkatan

Selamat datang bulan penuh keberkatan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas lagi dan kesihatan yang baik, alhamdulilah. Tinggal 4 hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah. 1 bulan yang pastinya di tunggu-tunggu seluruh umat islam seluruh dunia.

Aku sebenarnya suka dengan bulan may ni sebab ada banyak tarikh-tarikh penting untuk aku. Tambahan pula tahun ni 2019, bulan ramadhan jatuh pada bulan may. Ini menjadikan bulan ini jadi lebih bermakna untuk aku dan keluarga, alhamdulilah.

Mohon doakan kesihatan untuk Ayah aku.

Dalam kesempatan ini juga, aku memohon jasa baik korang untuk doakan kesihatan ayah aku. Sekarang dia berada di hospital alor setar, sakit kencing manis. Yang mana penyakit dia dah merosakkan jari kaki dia. Tunggu masa nak bedah je. Sebenarnya hari isnin hari tu dah patut kena bedah, tapi tertangguh atas beberapa masalah. Aku mohon jasa baik korang untuk doakan kesihatan ayah aku ya. Aminn.

Orait. Apa azam bulan ramadhan korang tahun ni? Kalau tanya aku, dah tentulah nak buat kebaikan banyak-banyak kan? Lepas tu, nak rajin pergi terawih. Aduh, bercerita bab terawih ni, teringat waktu kecik-kecik dulu, rajin sungguh datang masjid. Sebab selain terawih, kitarang berebut nak moreh. Hahaha.

Aku waktu kecik, duduk kem. Moreh ni pulak ikut unit. Hari isnin unit lain, hari selasa unit lain, ikut hari. Aku paling suka kalau hari tu, unit RAMD (Askar melayu). memang berebutlah kitarang, siap pergi dekat medan selera mintak plastik sebab nak bawak balik rumah, hahaha. Ala, bihun goreng je, tapi sedap dia lain macam ooo. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat kalau askar melayu masak bihun goreng.

Lepas tu, terawih dia ramai. Yang duduk kem semua datang situ kut. Memang lah ramai kan, memang seronok betul time tu. Macam sekarang aku duduk taman, jadi dalam taman ada surau, orangnya tak berapa ramai. Nak ke masjid agak jauh. Kena lalu 2-3 buah surau jugaklah. Jadi macam tak berapa selesa pulak rasanya kalau aku kena lalu banyak surau untuk sampai ke masjid. Nanti surau kat taman aku kurang orang.

Tahun ni juga, ada banyak perkara gembira dan sedih. Gembiranya sebab anak-anak dah besar. Dah seronok sikit nak puasa sama-sama dan jalan beraya. Yang sedihnya ayah aku pulak jatuh sakit. Dekat situ je dah kurang rasa gembira tu. Semoga semuanya dipermudahkan Allah, aminn.

Apa pun, syukur alhamdulilah, kita masih diberikan kesihatan dan izin Allah untuk menyambut lagi bulan ramadhan. Tinggal-tinggalkanlah perkara yang tidak elok dan marilah kita buat amal kebajikan banyak-banyak. Dunia dah hampir ke penghujung. Tanda dah banyak. Semua sebab nak sedarkan kita dan beri kita banyak peluang buat amal kebajikan. Kalau masih berdegil, tak tahulah nak kata apa.

Selamat menyambut bulan ramadhan 2019!

Share:

0 comments