Tips kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan (TIPS #5 PALING PENTING) | MrEjoy

Tips kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan (TIPS #5 PALING PENTING)

Tips kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan

Tips kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan (Baca TIPS #5) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, esok kita akan memasuki bulan ramadan, bulan yang penuh berkah! Alhamdulilah juga kita ditemukan sekali lagi dengan bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam, alhamdulilah. Ok! Dah berapa umur korang tahun ni? Dan dah berganti ke puasa-puasa sebelum-sebelum ni? Kalau dah alhamdulilah, kalau puasa penuh, alhamdulilah. Kalau ada yang tinggal je tu, insyaAllah, tahun ni belajarlah berpuasa penuh ya! Sebab banyak kelebihan bagi mereka yang berpuasa ni.

Hari ni aku bukan nak bercerita mengenai kelebihan-kelebihan berpuasa, tapi aku nak kongsikan dengan korang beberapa tips untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan ni, insyaAllah, semoga perkongsian ini, dapatlah korang berpuasa penuh tahun ni ( malu aih dengan anak-anak kecil yang puasa penuh tu ) hehehehe.

Tips kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan 

#1. Minum banyak air.

Orait, tips yang pertama adalah minum banyak air. Air yang dimaksudkan tu bukan air buah, bukan air khatira, tapi air mineral. Air memang sangat penting untuk tubuh manusia. Dan bukan maksudnya minum banyak air tu korang minum jugak waktu siang! Itu dah terbatal puasa dah tu. Tapi kena cukupkan minum air mineral sewaktu malam.

Contoh semasa berbuka puasa. Kemudian selepas itu, minumlah lagi. Kemudian sewaktu sahur, minumlah lagi air mineral. Perasan tak, sewaktu bulan ramadan ni, kita jarang minum air mineral. Nak air sedap je. Pergi bazaar, macam-macam air nampak, berselera sungguh!

Waktu ni, air mineral tak dapat perhatian langsung. Yelah, air kosong kan. Tapi cuba waktu puasa tu, air kosong tu korang letak dalam gelas. Lepas tu gelas tu pulak letak ais banyak-banyak. Nantikan berair je dekat gelas tu, ha waktu tu, korang tahulah berapa nilai air kosong! Hahahahahhaha.

#2. Jangan tidur selepas sahur.

Aku pun memang tidur selepas sahur. Ini aku akui. Tapi aku nak tulis juga. Tahu kenapa jangan tidur? Makanan yang kita makan sewaktu sahur tu akan diproses menjadi tenaga dan tenaga itu akan dibazirkan sewaktu kita tidur! Ha. Kena tahu juga ya, korang kena pastikan tidur korang cukup setidaknya 6 jam untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan ramadan!

#3. Jangan lewatkan sahur.

Ini pun penting juga ni. Bila korang bangun cukup-cukup je masa, korang akan makan dengan cepat (silap-silap, 2-3 kali kunyah dah telan!). Korang tahu tak, bila korang kunyah makanan terlalu cepat, kadar gula dalam darah akan terganggu. Bila ini berlaku, korang akan cepat terasa lapar. Badan kita ni akan bekerja lebih keras untuk serap semua nutrisi makanan. Dan bila ini terjadi, proses tu akan kurang sempurna dan kita akan mudah letih. Jadinya, makan dengan perlahan dan bangun awal, ok?

#4. Makan kurma sewaktu sahur.

Ha, lepas ni korang mesti tak akan skip makan kurma waktu sahur sebabnya kurma mampu memberikan tenaga sepanjang hari kepada kita. Kandungan dalam kurma tu akan bagi kita penuh tenaga sepanjang puasa. Nampak tak kelebihan kurma? Lagi satu, cuba korang rendam kurma dalam segelas air sewaktu malam (kopek la, buang biji) kemudian, esok, sewaktu sahur, korang minum air rendaman kurma tu, insyaAllah, korang akan rasa bertenaga sepanjang hari, tak percaya? Cuba buat!

#5. Jangan anggap ianya sebagai beban.

Eh! Puasa je pun! Janganlah lemah sangat! Hahaha. Ini ada yang lemah, sampai tak larat nak berjalan, nak bercakap, uii! Puasa tu sebenarnya bagus! Tambah pula, sekali je setahun. Kalaulah agama islam suruh umat dia puasa banyak kali dalam setahun, macamanalah agaknya kan? Hahaha. Umat terdahulu, puasa pun siap pergi perang. Kita ni yang hidup dalam zaman aman damai ni, janganlah lemah sangat ya! Hahaha.

Oklah, sekali lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam dan juga rakan-rakan non muslim yang turut sama berpuasa tahun ni. Semoga bulan ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua, insyaAllah, aminn.

Share:

0 comments