Maksud simbol-simbol huruf network pada smartphone | MrEjoy

Maksud simbol-simbol huruf network pada smartphone

Maksud simbol-simbol huruf network pada smartphone

Maksud simbol-simbol huruf network pada smartphone | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mesti korang ada perasan dekat line telefon korang (dekat bahagian atas tu) atau korang pernah tanya dengan kawan-kawan ke bila ada masalah line telefon korang perlahan, eh, line telefon aku “E” la. Kemudian kawan korang pun jawablah, eh! Telefon aku “H+”. Ha, korang tahu tak apa maksudnya huruf-huruf tu? Kalau tak tahu, meh aku terangkan.

Yang sebenarnya, semua yang keluar tu ada maksudnya. Bukan saja-saja je dia keluar “E”, “H” atau “H+” tu. Bukan saja-saja melainkan ada maksudnya yang tersendiri. Oklah, jom kita fahamkan maksud-maksud huruf ni dan bila korang dah tahu nanti, korang bolehlah berlagak dengan kawan-kawan korang. Tak main la sebut huruf-huruf pendek lagi. Wahahaha.

Maksud simbol-simbol huruf network pada smartphone


G = GPRS (General Packet Radio Service)
(purata kelajuan muat turun 56-114 kbit/s)

E = EDGE (Enhanced Data rates for GSM Evolution)
(purata kelajuan muat turun 400 kbit/s)

3G = Basic 3G (purata kelajuan muat turun 384-512 kbit/s)

H = HSDPA (High-Speed Downlink Packet Access)
(kelajuan muat turun boleh capai sehingga 1.8 Mbit/s)

H+ = HSPA+ (High Speed Packet Access)
(kelajuan muat turun boleh capai sehingga 337 Mbit/s)

Orait! Sekarang korang dah faham kan Maksud simbol-simbol huruf network pada smartphone ni? Cuba tengok pada handphone korang sekarang, keluar huruf apa? Haip! Tak main la sebut huruf, kita sebut penuh la! Handphone aku High Speed Packet Access. Amacam? Power tak? Hahahaha. Selamat mencuba ya!

Share:

1 comments