facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih di berikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Orait! Biasa tak baca kenapa manusia yang Berjaya akan bangun awal pagi. Awal pagi tu dalam pukul 0430 ke 0530 la (lebih kurang). Biasa dengar tak atau pertama kali dengar? Ok. Tak apa, aku kongsi la ye. Hampir kesemua manusia Berjaya termasuklah mereka yang kaya raya tu, akan bangun pada awal pagi. Dan kenapa mereka bangun seawal ini, ha ada sebabnya, bukan saja-saja ye!



5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi.



Aku sebenarnya, dah lama juga tahu pasal benda ni. Sebab aku seorang yang suka sangat baca dan kongsikan “quote” tentang jutawan dan manusia Berjaya. Dan banyak quote yang ayatnya lebih kurang macam ni:


“Only a legend wake up at 0530 am”


Ayat lebih kurang macam itulah ye. Sebenarnya panjang lagi, tapi aku tak berapa ingat. Baik! Berbalik dengan cerita 5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi ni. Aku sendiri tertanya-tanya, kenapa dan apa kelebihannya. Kenapa mesti bangun awal pagi. Kalau bangun tidur macam biasa tetapi kita bekerja luar biasa, tak boleh Berjaya ke? Kenapa awal pagi kan? Ha, ini rahsianya:


1) Mereka yang bangun awal pagi ni akan rasa lebih bersemangat. Sebab apa, mereka sentiasa nak berada di depan. Yelah, orang lain sedang enak di buai mimpi, mereka dah bangun dah. Ada yang dah siap sarapan, ada yang dah siap baca buku, ada yang dah siap bersukan, kalau suri rumah, ada yang dah siap kemaskan rumah. Orang lain? Masih dalam mimpi lagi.


2) Positif dan tidak tergesa-gesa. Mereka yang bangun awal pagi, mereka ada banyak masa untuk susun semua perkara yang nak di buat hari tersebut. Mereka dah siap awal untuk ke tempat kerja. Mereka dah pastikan semua kelengkapan ke tempat kerja cukup. Jika semua dah siap, kenapa nak tergesa-gesa kan? Jadi emosi pasti positif. Cuba bayangkan kalau lambat ke tempat kerja, mesti rasa nak marah je kan?


5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

3) Mereka ambil udara “termahal” terlebih dahulu. Ini yang baru aku belajar dan dapat tahu. Inilah mungkin rahsia terbesar mereka yang Berjaya ni. Awal pagi, di saat ramai sedang tidur (dan hanya kelompok ini yang bangun awal) udara tersangat bersih dan segar! Mereka menghirup udara mahal! Udara yang sangat memberi mereka ini tenaga alam semesta ini! Benar udara itu cukup untuk semua. Tapi tersangat beza udara pada awal pagi dengan udara selepas itu, tak percaya? Cuba bangun awal pagi!


4) Energy positif dan sentiasa ingin Berjaya bertebaran di atas muka bumi! Ini yang ramai tak tahu. Manusia ni ada lepaskan frekuensi. Sama macam frekuensi radio tu. Macam vibration juga la. Hmm, macamana nak terangkan ye? Sebab aku yakin, ada yang tak faham tentang benda ni. Macam ni, manusia yang Berjaya/kaya/hartawan/dermawan ni, dia ada energy dia yang tersendiri tau.


Sama juga dengan yang lain. Semua pun ada energy juga. Yang bezakan adalah positif dan negative. Bayangkan kalau duduk dekat orang yang marah dan sentiasa negative, kita pun akan jadi pemarah dan negative. Ni disebabkan frenkuensi ini lah. Jadi mereka yang bangun awal pagi ni, mereka ada energy positif yang sangat baik.


Dan macam yang aku cakap, benda ni bertebaran di atas muka bumi ni. Jadi setiap orang akan dapat rasa energy ni. Berbeza pula energy waktu tengahari atau petang. Sebab waktu ini semua dah berjaga. Macam-macam frekuensi ada. Energy orang yang mengata orang lain ada. Energy orang yang marah-marah ada. Energy manusia yang tak pernah puas hati pun ada, macam-macam.


Jadi bermula sekarang, bangun awal pagi. Kalau korang tak jelas dengan apa yang aku ceritakan ni, korang kena buat sendiri dan rasa sendiri. Nanti fahamlah. Ok?


5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

5) Dan no 5, bangun awal pagi kerana berjumpa dengan yang maha esa! Bangun dan solatlah. Hati kita akan tenang. Mohonlah apa-apa yang kita nak. Allah akan makbulkan. Bila kita mulakan hari kita dengan berserah pada yang maha esa, semuanya pasti di permudahkan. Rezeki akan mengalir masuk ke dalam hidup kita. Kita tak akan jadi manusia yang sombong. Malah akan sentiasa bersyukur. Hidup kita akan aman. Keluarga kita akan aman. Hubungan kita dengan kawan-kawan juga akan aman. Ok?


Kisah diuji dengan RM2

Kisah diuji dengan RM2 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik, syukur alhamdulilah. Nak cerita sedikitlah apa yang berlaku dekat aku pagi ni. Alkisahnya hari ini aku terdatang awal ke tempat kerja. Sebenarnya aku rasa macam lewat je sebab harini aku buat semua perkara agak perlahan. Bersiap pun perlahan semua perlahan.

Bila sampai ke tempat kerja, ada seorang rakan sekerja tegur, katanya aku awal ke tempat kerja hari ini. Bila tengok jam, ah! Memang awal la, pukul 0648 macam tu. Biasa aku sampai dalam lebih kurang pukul 0700 atau lebih sedikit.

Mula memang rasa pelik sedikit hari ini. Buat semua benda perlahan tapi sampai awal ke tempat kerja. Tapi, tak ambil pusing sangatlah benda tu. Bersiap seperti kebiasaan, tukar baju semua kemudian bergerak ke kantin untuk sarapan pagi.

Kisah aku diuji bermula saat ini. Aku seorang yang sangat suka makan mee goreng. Boleh dikatakan aku ni hantu mee. Bila Nampak mee goreng tu, selera dia lain macam. Jadi aku ambil lah beberapa senduk masuk dalam pinggan aku.

Dalam masa yang sama, ada seorang rakan lain dekat sebelah. Kami sama-sama tengah tunggu makcik kantin sebab nak bayar makanan kami. Bila aku tengok rakan sebelah ni, tergerak hati aku untuk belanja dia makan. Alah, tak mahal mana pun makanan dia, adalah dalam RM2 macam tu.

Tapi hati aku tiba-tiba berbelah bagi. Nak belanja ke taknak. Lama jugalah aku fikir dan akhirnya aku tak jadi belanja. Aku bayar makanan aku sahaja. Kemudian berjalan ke tempat biasa aku sarapan. Mee goreng yang aku ambil tu memang Nampak berselera sangat.

Tapi hanya dengan suapan pertama, aku rasa terlalu kecewa. Masin! Terlalu masin! Tak boleh makan langsung! Dalam hati tu, perasaan bercampur baur. Nak marah tapi banyak berfikir. Kenapa masin eh? Kenapa masin eh? Lama juga aku fikir.

Ada orang suruh aku pergi complain dengan kantin, kata masakan mereka masin. Tapi aku tetap juga berfikir, ada ke salah yang aku buat pagi ini? Rupanya, mungkin ini sebabnya kenapa Allah suruh aku keluarkan RM2 untuk orang lain.

Allah suruh aku belanja kawan tadi makan RM2, tak banyak mana pun kan, tapi aku kedekut. Tak mahu keluarkan RM2 pun daripada belanja aku. Dan kemudiannya, atas sifat kedekut aku tu tadi, Allah ambil semula RM2 daripada aku dengan berikan mee goreng aku tu masin. Dan tak boleh makan pun.

Allahurabi. Memang aku rasa bersalah sangat. Lama aku tenung. Allah uji aku sikit je, dan aku lupa diri. Entah macamana kalau diberikan aku ujian yang lebih besar, tah kemana hilangnya aku nanti. Rasa menyesal tu banyak sebenarnya.

Jadi dalam kesempatan ini, nak aku ingatkan sesama kita. Ada rezeki orang lain mungkin dalam rezeki kita. Tak jatuh miskin seseorang itu, jika dia rajin bersedekah dan beri hadiah. insyaAllah, dengan apa yang kita buat itu, Allah akan memperbanyakkan lagi rezeki kita sekeluarga. insyaAllah. Amiinnn.

Mata Kiri Berkedip Kedip

Mata sebelah kiri kerap sangat berkedip! | Assalamulaikum dan salam sejahtera. Ada sesiapa pernah atau sedang mengalami masalah Mata Kiri Berkedip Kedip tak? Aku cakap ianya masalah sebab aku rasa tak selesa bila mana Mata Kiri Berkedip Tak Berhenti! Rasa tak selesa. Tapi dalam masa yang sama ada sedikit gusar. Ada sedikit rasa takut. Sebab kata orang ada benda nak jadi.

Aku ada terbaca tentang Petanda Mata Berkedip Sebelah Kiri. Ada yang kata nak jumpa orang jauh la. Ada yang kata nak menangis la. Macam-macam info yang aku dapat. Tak kurang juga aku ada terbaca dekat 1 blog ni kata, kalau yang berkedip tu mata kiri sebelah atas, nak dapat rezeki besar la, macam-macam.

Bila aku cuba cari maksud atau Tanda Mata Berkedip Dalam Islam, kebanyakkan blog akan tulis, kelopak mata sebelah kiri bahagian atas membawa maksud ada seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin sangat nak jumpa kita. Info yang sama pada kebanyakkan blog, mungkin mereka ambil info yang sama dan kongsikan dalam blog mereka.

Tapi ada 1 info yang menarik tentang Mata Kiri Berkedip Menurut Islam adalah, jangan terlalu percaya kepada semua ini takut ianya boleh memesongkan akidah kita sebagai umat islam dan seterusnya menjadikan kita syirik kepada Allah.

Aku suka info berkaitan sains tentang Mata Kiri Berkedip Sebelah Atas ni, antaranya adalah:

1) Mungkin kita sedang berada di dalam keadaan stress. Sebabnya, semasa badan kita ni berada di dalam keadaan stress, reaksi tubuh badan kita akan berbeza-beza. Dan salah satu daripada keadaan tersebut adalah ketengangan pada bahagian mata.

2) Mungkin kita terlalu penat ataupun kurang tidur. Cuba tengok mata mereka yang kurang tidur, lain macam kan? Ini juga mungkin menjadi penyebab kepada Mata Kiri Berkedip Tak Berhenti.

3) Mata terlalu letih. Boleh jadi kita terlalu lama mengadap computer atau gadget. Kalau tengok sekarang ni, gadget adalah benda paling utama sehingga tak terlalu teruk kalau aku cakap, ramai yang menjadikan gadget lebih utama daripada keluarga mereka. Pada mereka yang seperti ini, eloklah bertaubat sebelum terlambat.

Apa pun, aku sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada segala benda yang tidak baik. Samada untuk diri aku atau keluarga. Tentang pelbagai musibah atau apa sahaja berkaitan Petanda Mata Berkedip Sebelah Kiri ni, aku cuba tak mahu ambil pusing atau terlalu fikir pada benda ni. Kalau pun terjadi, mungkin secara kebetulan. Dan aku sekali berdoa agar dijauhkan segala yang tidak baik samada pada diri aku ataupun keluarga aku. Aaminnn.

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ▼  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ▼  July (3)
      • 5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi
      • Kisah diuji dengan RM2
      • Mata sebelah kiri kerap sangat berkedip!
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates