Kisah diuji dengan RM2
Kisah diuji
dengan RM2 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan
kesempatan dan kesihatan yang baik, syukur alhamdulilah. Nak cerita sedikitlah
apa yang berlaku dekat aku pagi ni. Alkisahnya hari ini aku terdatang awal ke
tempat kerja. Sebenarnya aku rasa macam lewat je sebab harini aku buat semua
perkara agak perlahan. Bersiap pun perlahan semua perlahan.
Bila sampai
ke tempat kerja, ada seorang rakan sekerja tegur, katanya aku awal ke tempat
kerja hari ini. Bila tengok jam, ah! Memang awal la, pukul 0648 macam tu. Biasa
aku sampai dalam lebih kurang pukul 0700 atau lebih sedikit.
Mula memang
rasa pelik sedikit hari ini. Buat semua benda perlahan tapi sampai awal ke
tempat kerja. Tapi, tak ambil pusing sangatlah benda tu. Bersiap seperti
kebiasaan, tukar baju semua kemudian bergerak ke kantin untuk sarapan pagi.
Kisah aku
diuji bermula saat ini. Aku seorang yang sangat suka makan mee goreng. Boleh dikatakan
aku ni hantu mee. Bila Nampak mee goreng tu, selera dia lain macam. Jadi aku ambil
lah beberapa senduk masuk dalam pinggan aku.
Dalam masa
yang sama, ada seorang rakan lain dekat sebelah. Kami sama-sama tengah tunggu
makcik kantin sebab nak bayar makanan kami. Bila aku tengok rakan sebelah ni,
tergerak hati aku untuk belanja dia makan. Alah, tak mahal mana pun makanan
dia, adalah dalam RM2 macam tu.
Tapi hati
aku tiba-tiba berbelah bagi. Nak belanja ke taknak. Lama jugalah aku fikir dan
akhirnya aku tak jadi belanja. Aku bayar makanan aku sahaja. Kemudian berjalan
ke tempat biasa aku sarapan. Mee goreng yang aku ambil tu memang Nampak berselera
sangat.
Tapi hanya
dengan suapan pertama, aku rasa terlalu kecewa. Masin! Terlalu masin! Tak boleh
makan langsung! Dalam hati tu, perasaan bercampur baur. Nak marah tapi banyak
berfikir. Kenapa masin eh? Kenapa masin eh? Lama juga aku fikir.
Ada orang
suruh aku pergi complain dengan kantin, kata masakan mereka masin. Tapi aku
tetap juga berfikir, ada ke salah yang aku buat pagi ini? Rupanya, mungkin ini
sebabnya kenapa Allah suruh aku keluarkan RM2 untuk orang lain.
Allah suruh
aku belanja kawan tadi makan RM2, tak banyak mana pun kan, tapi aku kedekut. Tak
mahu keluarkan RM2 pun daripada belanja aku. Dan kemudiannya, atas sifat
kedekut aku tu tadi, Allah ambil semula RM2 daripada aku dengan berikan mee
goreng aku tu masin. Dan tak boleh makan pun.
Allahurabi.
Memang aku rasa bersalah sangat. Lama aku tenung. Allah uji aku sikit je, dan
aku lupa diri. Entah macamana kalau diberikan aku ujian yang lebih besar, tah
kemana hilangnya aku nanti. Rasa menyesal tu banyak sebenarnya.
Jadi dalam
kesempatan ini, nak aku ingatkan sesama kita. Ada rezeki orang lain mungkin
dalam rezeki kita. Tak jatuh miskin seseorang itu, jika dia rajin bersedekah
dan beri hadiah. insyaAllah, dengan apa yang kita buat itu, Allah akan
memperbanyakkan lagi rezeki kita sekeluarga. insyaAllah. Amiinnn.
0 Comments