Mata sebelah kiri kerap sangat berkedip! | MrEjoy

Mata sebelah kiri kerap sangat berkedip!

Mata Kiri Berkedip Kedip

Mata sebelah kiri kerap sangat berkedip! | Assalamulaikum dan salam sejahtera. Ada sesiapa pernah atau sedang mengalami masalah Mata Kiri Berkedip Kedip tak? Aku cakap ianya masalah sebab aku rasa tak selesa bila mana Mata Kiri Berkedip Tak Berhenti! Rasa tak selesa. Tapi dalam masa yang sama ada sedikit gusar. Ada sedikit rasa takut. Sebab kata orang ada benda nak jadi.

Aku ada terbaca tentang Petanda Mata Berkedip Sebelah Kiri. Ada yang kata nak jumpa orang jauh la. Ada yang kata nak menangis la. Macam-macam info yang aku dapat. Tak kurang juga aku ada terbaca dekat 1 blog ni kata, kalau yang berkedip tu mata kiri sebelah atas, nak dapat rezeki besar la, macam-macam.

Bila aku cuba cari maksud atau Tanda Mata Berkedip Dalam Islam, kebanyakkan blog akan tulis, kelopak mata sebelah kiri bahagian atas membawa maksud ada seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin sangat nak jumpa kita. Info yang sama pada kebanyakkan blog, mungkin mereka ambil info yang sama dan kongsikan dalam blog mereka.

Tapi ada 1 info yang menarik tentang Mata Kiri Berkedip Menurut Islam adalah, jangan terlalu percaya kepada semua ini takut ianya boleh memesongkan akidah kita sebagai umat islam dan seterusnya menjadikan kita syirik kepada Allah.

Aku suka info berkaitan sains tentang Mata Kiri Berkedip Sebelah Atas ni, antaranya adalah:

1) Mungkin kita sedang berada di dalam keadaan stress. Sebabnya, semasa badan kita ni berada di dalam keadaan stress, reaksi tubuh badan kita akan berbeza-beza. Dan salah satu daripada keadaan tersebut adalah ketengangan pada bahagian mata.

2) Mungkin kita terlalu penat ataupun kurang tidur. Cuba tengok mata mereka yang kurang tidur, lain macam kan? Ini juga mungkin menjadi penyebab kepada Mata Kiri Berkedip Tak Berhenti.

3) Mata terlalu letih. Boleh jadi kita terlalu lama mengadap computer atau gadget. Kalau tengok sekarang ni, gadget adalah benda paling utama sehingga tak terlalu teruk kalau aku cakap, ramai yang menjadikan gadget lebih utama daripada keluarga mereka. Pada mereka yang seperti ini, eloklah bertaubat sebelum terlambat.

Apa pun, aku sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada segala benda yang tidak baik. Samada untuk diri aku atau keluarga. Tentang pelbagai musibah atau apa sahaja berkaitan Petanda Mata Berkedip Sebelah Kiri ni, aku cuba tak mahu ambil pusing atau terlalu fikir pada benda ni. Kalau pun terjadi, mungkin secara kebetulan. Dan aku sekali berdoa agar dijauhkan segala yang tidak baik samada pada diri aku ataupun keluarga aku. Aaminnn.

Share:

0 comments