5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi | MrEjoy

5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih di berikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Orait! Biasa tak baca kenapa manusia yang Berjaya akan bangun awal pagi. Awal pagi tu dalam pukul 0430 ke 0530 la (lebih kurang). Biasa dengar tak atau pertama kali dengar? Ok. Tak apa, aku kongsi la ye. Hampir kesemua manusia Berjaya termasuklah mereka yang kaya raya tu, akan bangun pada awal pagi. Dan kenapa mereka bangun seawal ini, ha ada sebabnya, bukan saja-saja ye!



5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi.



Aku sebenarnya, dah lama juga tahu pasal benda ni. Sebab aku seorang yang suka sangat baca dan kongsikan “quote” tentang jutawan dan manusia Berjaya. Dan banyak quote yang ayatnya lebih kurang macam ni:


“Only a legend wake up at 0530 am”


Ayat lebih kurang macam itulah ye. Sebenarnya panjang lagi, tapi aku tak berapa ingat. Baik! Berbalik dengan cerita 5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi ni. Aku sendiri tertanya-tanya, kenapa dan apa kelebihannya. Kenapa mesti bangun awal pagi. Kalau bangun tidur macam biasa tetapi kita bekerja luar biasa, tak boleh Berjaya ke? Kenapa awal pagi kan? Ha, ini rahsianya:


1) Mereka yang bangun awal pagi ni akan rasa lebih bersemangat. Sebab apa, mereka sentiasa nak berada di depan. Yelah, orang lain sedang enak di buai mimpi, mereka dah bangun dah. Ada yang dah siap sarapan, ada yang dah siap baca buku, ada yang dah siap bersukan, kalau suri rumah, ada yang dah siap kemaskan rumah. Orang lain? Masih dalam mimpi lagi.


2) Positif dan tidak tergesa-gesa. Mereka yang bangun awal pagi, mereka ada banyak masa untuk susun semua perkara yang nak di buat hari tersebut. Mereka dah siap awal untuk ke tempat kerja. Mereka dah pastikan semua kelengkapan ke tempat kerja cukup. Jika semua dah siap, kenapa nak tergesa-gesa kan? Jadi emosi pasti positif. Cuba bayangkan kalau lambat ke tempat kerja, mesti rasa nak marah je kan?


5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

3) Mereka ambil udara “termahal” terlebih dahulu. Ini yang baru aku belajar dan dapat tahu. Inilah mungkin rahsia terbesar mereka yang Berjaya ni. Awal pagi, di saat ramai sedang tidur (dan hanya kelompok ini yang bangun awal) udara tersangat bersih dan segar! Mereka menghirup udara mahal! Udara yang sangat memberi mereka ini tenaga alam semesta ini! Benar udara itu cukup untuk semua. Tapi tersangat beza udara pada awal pagi dengan udara selepas itu, tak percaya? Cuba bangun awal pagi!


4) Energy positif dan sentiasa ingin Berjaya bertebaran di atas muka bumi! Ini yang ramai tak tahu. Manusia ni ada lepaskan frekuensi. Sama macam frekuensi radio tu. Macam vibration juga la. Hmm, macamana nak terangkan ye? Sebab aku yakin, ada yang tak faham tentang benda ni. Macam ni, manusia yang Berjaya/kaya/hartawan/dermawan ni, dia ada energy dia yang tersendiri tau.


Sama juga dengan yang lain. Semua pun ada energy juga. Yang bezakan adalah positif dan negative. Bayangkan kalau duduk dekat orang yang marah dan sentiasa negative, kita pun akan jadi pemarah dan negative. Ni disebabkan frenkuensi ini lah. Jadi mereka yang bangun awal pagi ni, mereka ada energy positif yang sangat baik.


Dan macam yang aku cakap, benda ni bertebaran di atas muka bumi ni. Jadi setiap orang akan dapat rasa energy ni. Berbeza pula energy waktu tengahari atau petang. Sebab waktu ini semua dah berjaga. Macam-macam frekuensi ada. Energy orang yang mengata orang lain ada. Energy orang yang marah-marah ada. Energy manusia yang tak pernah puas hati pun ada, macam-macam.


Jadi bermula sekarang, bangun awal pagi. Kalau korang tak jelas dengan apa yang aku ceritakan ni, korang kena buat sendiri dan rasa sendiri. Nanti fahamlah. Ok?


5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

5) Dan no 5, bangun awal pagi kerana berjumpa dengan yang maha esa! Bangun dan solatlah. Hati kita akan tenang. Mohonlah apa-apa yang kita nak. Allah akan makbulkan. Bila kita mulakan hari kita dengan berserah pada yang maha esa, semuanya pasti di permudahkan. Rezeki akan mengalir masuk ke dalam hidup kita. Kita tak akan jadi manusia yang sombong. Malah akan sentiasa bersyukur. Hidup kita akan aman. Keluarga kita akan aman. Hubungan kita dengan kawan-kawan juga akan aman. Ok?


Share:

1 comments

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete