
Bagaimana cara untuk menjadi manusia paling
bahagia? |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya, dah lama nak tulis mengenai
cerita manusia bahagia ni lepas balik dari kelas Metamorphosis Afnan Rosli (Melaka). Kelas yang boleh aku katakan
sebagai, kelas paling pelik dan paling bahagia! Rasanya ramai dah mula kenal
insan istimewa yang boleh menjadikan anda sebagai manusia bahagia ni kan?
Aduh! Ini kalau
salah fahaman ni, mesti ramai yang cakap aku terlalu memuja afnan rosli ni. Tak, bukan macam tu,
cumanya kena datang sendiri seminar baru korang akan faham apa yang aku cuba
nak sampaikan ni. Nak cerita dekat sini, panjang pula karangan aku ni nanti,
jadi, kena datang sendiri ya. Hehehe.
Baik! Berbalik
semula pada cerita, Bagaimana cara untuk
menjadi manusia paling bahagia?. Fuh! Tajuk pada aku cukup besar untuk
dihuraikan tapi tak apa, kita belajarlah sama sama ok! Susah ke nak jadi
manusia yang bahagia ni? Sampaikan nak kena ajar macam mana nak jadi bahagia?
(ini soalan afnan rosli waktu awal seminar Metamorphosis
Melaka.

Aku pun
tergelak jugak waktu tu, nak jadi bahagia pun kena ajar kan. Tapi bila dah
faham betul betul, eh! Memang betul! Benda ni kita kena belajar sebab semua
benda yang kita buat hari ni, kebanyakkannya adalah salah. Sebab itu kita tak
rasa bahagia.
Segala macam
kemewahan yang kita ada sekarang ni, berapa ramai yang rasa bersyukur? Berapa ramai
yang mulut dia, tak henti henti ucapkan syukur pada yang maha esa? Tak ramai. Tapi
ramai daripada kita yang tidak habis habis meminta itu dan ini.
Nak jadi bahagia tak susah mana pun.
Manusia hari
ini, kehidupan mereka hanya ada 2 benda sahaja.
Masa lepas dan masa datang. Berapa ramai yang sedar yang kedua dua benda
ni bukan milik kita pun. Siapa yang dapat ubah masa lepas? Siapa yang dapat
pegang masa hadapan? Dua dua pun tak boleh kan? Jadi kita hanya ada masa
sekarang ni sahaja.
Kenapa ramai
yang tak bahagia? Sebab mereka hidup untuk masa depan. Pagi petang siang malam
sibuk. Katanya demi masa depan. Dalam mereka sedar dan tak sedar, mereka hidup
di dalam keadaan tertekan.
Ini belum
cerita mereka yang hidup dengan pengalaman lepas. Teringat ingat kisah lepas
sampai menangis. Sedih yang teramat. Kalau boleh di ubah tak apa la kan. Tapi benda
tetap sama. Dan mereka terus meratapi dan menjadi tertekan.
Oklah,
sekarang jom kita tengok, apa yang perlu kita lakukan untuk menjadi manusia
paling bahagia. Nak jadi bahagia tak susah mana pun, yang penting kita tahu
macamana cara untuk bahagia. Tak semua yang aku tulis di sini adalah apa yang
aku belajar dekat kelas Metamorphosis
Afnan Rosli (Melaka) ye. Tapi kita boleh belajar sama sama, insyaAllah.

Ini tips untuk kita sama sama menjadi manusia
paling bahagia!
1. Baik. Perkara
pertama yang perlu kita buat adalah, maafkan masa lepas. Berhenti berfikir
tentang masa lepas. Berdamailah kita dengan hati dan diri kita. Cukuplah hidup
kita sebelum ini tertekan dengan pengalaman lepas. Terima kasih pada pengalaman
tu sebab hadir dalam hidup kita. Mulai saat ini, lepaskan semua tekanan masa
lepas. Dan jangan lupa, ucapkan terima kasih pada pengalaman lepas.
2. Langkah kedua
adalah, mula berhenti fikir masa akan datang. Kita terlalu memikirkan masa
depan sampai kita tak sedar dia jadi tertekan untuk satu perkara yang kita
sendiri tak pasti jadi atau tidak. Itu belum kira, kita nak bina masa hadapan
untuk yang tersayang tetapi tak sedar yang kita dah “korbankan” mereka. Nak jadi
manusia paling bahagia? Berhenti fikir
masa depan.
3. Bila dah
buat 2 perkara di atas, kita kena mulakan tanam rasa syukur dalam diri kita. Syukur
kerana dilahirkan sebagai manusia. Syukur pada semua perkara. Boleh makan dan
minum. Boleh melihat dunia. Boleh berjalan. Boleh bernafas. Syukur pada semua
perkara.
4. Kemudian lihat
keadaan sekeliling. Syukurnya ada pokok yang memberikan kita warna dalam
kehidupan kita. Yang memberikan kita oksigen. Ada air hujan yang menyejukkan
bumi. Adanya siang dan malam. Syukur kerana kita dekat sini, bukak paip je ada
air. Buka peti ais je ada makanan. Nak makan apa, boleh cari dekat kedai. Syukurnya
ya Allah.
5. Bila kita
buat semua ini, percayalah. Kita akan rasa bahagia sangat. Sangat sangat
bahagia. Sebenarnya, kita semua terlupa yang kita pernah jadi antara manusia paling bahagia sewaktu masa
dulu. Yang tidak pernah memikirkan masa lepas dan masa akan datang. Hidup kita
penuh dengan gelak tawa.
Cuma sekarang
ini, minda kita terlalu sibuk dengan masalah. Terlalu sibuk dengan masa lepas
dan masa akan datang. Jadi kita terlupa macam mana untuk jadi manusia yang
bahagia. Semoga cebisan ilmu ini memberi manfaat kepada semua.