Bagaimana cara untuk menjadi manusia paling bahagia? | MrEjoy

Bagaimana cara untuk menjadi manusia paling bahagia?

Bagaimana cara untuk menjadi manusia paling bahagia


Bagaimana cara untuk menjadi manusia paling bahagia? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya, dah lama nak tulis mengenai cerita manusia bahagia ni lepas balik dari kelas Metamorphosis Afnan Rosli (Melaka). Kelas yang boleh aku katakan sebagai, kelas paling pelik dan paling bahagia! Rasanya ramai dah mula kenal insan istimewa yang boleh menjadikan anda sebagai manusia bahagia ni kan?

Aduh! Ini kalau salah fahaman ni, mesti ramai yang cakap aku terlalu memuja afnan rosli ni. Tak, bukan macam tu, cumanya kena datang sendiri seminar baru korang akan faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni. Nak cerita dekat sini, panjang pula karangan aku ni nanti, jadi, kena datang sendiri ya. Hehehe.

Baik! Berbalik semula pada cerita, Bagaimana cara untuk menjadi manusia paling bahagia?. Fuh! Tajuk pada aku cukup besar untuk dihuraikan tapi tak apa, kita belajarlah sama sama ok! Susah ke nak jadi manusia yang bahagia ni? Sampaikan nak kena ajar macam mana nak jadi bahagia? (ini soalan afnan rosli waktu awal seminar Metamorphosis Melaka.


Bagaimana cara untuk menjadi manusia paling bahagia

Aku pun tergelak jugak waktu tu, nak jadi bahagia pun kena ajar kan. Tapi bila dah faham betul betul, eh! Memang betul! Benda ni kita kena belajar sebab semua benda yang kita buat hari ni, kebanyakkannya adalah salah. Sebab itu kita tak rasa bahagia.

Segala macam kemewahan yang kita ada sekarang ni, berapa ramai yang rasa bersyukur? Berapa ramai yang mulut dia, tak henti henti ucapkan syukur pada yang maha esa? Tak ramai. Tapi ramai daripada kita yang tidak habis habis meminta itu dan ini.

Nak jadi bahagia tak susah mana pun.

Manusia hari ini, kehidupan mereka hanya ada 2 benda sahaja.  Masa lepas dan masa datang. Berapa ramai yang sedar yang kedua dua benda ni bukan milik kita pun. Siapa yang dapat ubah masa lepas? Siapa yang dapat pegang masa hadapan? Dua dua pun tak boleh kan? Jadi kita hanya ada masa sekarang ni sahaja.

Kenapa ramai yang tak bahagia? Sebab mereka hidup untuk masa depan. Pagi petang siang malam sibuk. Katanya demi masa depan. Dalam mereka sedar dan tak sedar, mereka hidup di dalam keadaan tertekan.

Ini belum cerita mereka yang hidup dengan pengalaman lepas. Teringat ingat kisah lepas sampai menangis. Sedih yang teramat. Kalau boleh di ubah tak apa la kan. Tapi benda tetap sama. Dan mereka terus meratapi dan menjadi tertekan.

Oklah, sekarang jom kita tengok, apa yang perlu kita lakukan untuk menjadi manusia paling bahagia. Nak jadi bahagia tak susah mana pun, yang penting kita tahu macamana cara untuk bahagia. Tak semua yang aku tulis di sini adalah apa yang aku belajar dekat kelas Metamorphosis Afnan Rosli (Melaka) ye. Tapi kita boleh belajar sama sama, insyaAllah.


Bagaimana cara untuk menjadi manusia paling bahagia

Ini tips untuk kita sama sama menjadi manusia paling bahagia!

1. Baik. Perkara pertama yang perlu kita buat adalah, maafkan masa lepas. Berhenti berfikir tentang masa lepas. Berdamailah kita dengan hati dan diri kita. Cukuplah hidup kita sebelum ini tertekan dengan pengalaman lepas. Terima kasih pada pengalaman tu sebab hadir dalam hidup kita. Mulai saat ini, lepaskan semua tekanan masa lepas. Dan jangan lupa, ucapkan terima kasih pada pengalaman lepas.

2. Langkah kedua adalah, mula berhenti fikir masa akan datang. Kita terlalu memikirkan masa depan sampai kita tak sedar dia jadi tertekan untuk satu perkara yang kita sendiri tak pasti jadi atau tidak. Itu belum kira, kita nak bina masa hadapan untuk yang tersayang tetapi tak sedar yang kita dah “korbankan” mereka. Nak jadi manusia paling bahagia? Berhenti fikir masa depan.

3. Bila dah buat 2 perkara di atas, kita kena mulakan tanam rasa syukur dalam diri kita. Syukur kerana dilahirkan sebagai manusia. Syukur pada semua perkara. Boleh makan dan minum. Boleh melihat dunia. Boleh berjalan. Boleh bernafas. Syukur pada semua perkara.

4. Kemudian lihat keadaan sekeliling. Syukurnya ada pokok yang memberikan kita warna dalam kehidupan kita. Yang memberikan kita oksigen. Ada air hujan yang menyejukkan bumi. Adanya siang dan malam. Syukur kerana kita dekat sini, bukak paip je ada air. Buka peti ais je ada makanan. Nak makan apa, boleh cari dekat kedai. Syukurnya ya Allah.

5. Bila kita buat semua ini, percayalah. Kita akan rasa bahagia sangat. Sangat sangat bahagia. Sebenarnya, kita semua terlupa yang kita pernah jadi antara manusia paling bahagia sewaktu masa dulu. Yang tidak pernah memikirkan masa lepas dan masa akan datang. Hidup kita penuh dengan gelak tawa.

Cuma sekarang ini, minda kita terlalu sibuk dengan masalah. Terlalu sibuk dengan masa lepas dan masa akan datang. Jadi kita terlupa macam mana untuk jadi manusia yang bahagia. Semoga cebisan ilmu ini memberi manfaat kepada semua.

Share:

0 comments