Kenapa harga Daging Wagyu sangat mahal? Ini jawapannya.
Kenapa harga Daging
Wagyu sangat mahal? Ini jawapannya | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam
ternampak 1 post iklan dekat facebook. Iklan tentang promosi daging wagyu dekat
sebuah restoran dengan harga RM699. Ingat ya, ini harga promosi, kalau harga
tanpa promosi dalam RM1XXX juga lah. Yang sebenarnya, seronok baca komen
netizen dekat post tu, macam-macam komen negative la daripada komen positif ni
tentang Kenapa Daging Wagyu Mahal sangat?
Yang sebenarnya, aku tak hairan pun bila dengar atau baca
tentang Harga Daging Wagyu Di Malaysia ni, sebab dah tahu dah memang harga dia
boleh tahan. Jadinya bila ternampak harga promosi RM699 tu, aku pun, oh! Ok! Memang
harga dia kut. Tapi disebabkan seronok baca komen netizen tu, aku tulislah
dekat sini kenapa Kenapa harga Daging
Wagyu sangat mahal ye.
Kenapa harga Daging Wagyu sangat mahal.
Orait. Sebelum itu meh kita kenal pasti maksud sebenar Wagyu
tu. Wa dalam Bahasa jepun membawa maksud lembu sementara gyu pula adalah lembu.
Bila digabungkan ianya membawa maksud lembu jepun. Aiks! Lembu jepun? Kenapa harga wagyu mahal sangat kan? Kenapa
lembu eropah ke, lembu Australia tak mahal? Sabar sabar, jom lanjutkan bacaan
korang.
Orait. Kenapa daging wagyu ni mahal. Sebenarnya tak semua
daging wagyu ni mahal cumanya kalau nak cerita yang paling mahal, ianya dalam
kategori daging kobe. Lembu itu mestilah datang daripada baka Japanese black ,
dilahirkan dan dibesarkan di wilayah hyogo, jepun (Nanti kita cerita lebih
detail pasal ini, buat masa sekarang, nak cerita kenapa daging wagyu ni mahal
sangat je).
Kemudian, part ini yang menarik, lembu jantan mestilah di
mandulkan dan lembu betina pula mestilah lembu yang tidak pernah melakukan
hubungan dengan lembu jantan. Erti kata mudah fahamnya adalah, lembu tersebut
mesti dara sebelum disembelih. Kemudian, lembu lembu ini sepanjang hayat dia Cuma
makan bijiran ,soya, barli dan rumput yang datang daripada daerah tersebut.
Dan atas sebab inilah kenapa daging wagyu sangat mahal
harganya. Ini adalah kerana, makanan bagi lembu lembu tersebut adalah makanan
yang terbaik. Sejak dia lahir hinggalah di sembelih. Kemudian, ada yang Tanya,
halal ke daging wagyu ni. Yelahkan sebab dia dekat jepun kan?
Halal ke daging wagyu?
Orait. Jawapannya adalah halal sebab sekarang ada 2 rumah
sembelihan iaitu Zenkai Meat Corporation dan Nishiawa Beef yang sudah pun
mendapat pengiktirafan halal daripada jakim (boleh search ya). Jadi daging
daging wagyu yang ada di Malaysia ini (yang datang daripada jepun) adalah halal
ya. Tapi jangan sebab aku cakap macam ni, korang main makan je nanti ya. Kena check
juga pada bungkusan daging tu untuk pastikan ianya halal atau tidak ya.
Mesti ada yang tertanya Tanya, tadi kata halal, ni mintak
periksa dahulu sebelum makan. Betul, kena faham juga, ada daging wagyu yang
datangnya daripada Australia dan USA. Dan Cuma 2 rumah sembelihan di jepun yang
mendapat pengiktirafan halal dari jakim. Selebihnya tidak ya. Kena faham
tentang itu.
Oklah, sekarang dah faham kan kenapa Kenapa harga Daging Wagyu sangat mahal? Aku ulang balik, ianya
mahal sebab pemakanan lembu ini dijaga sejak dari kecil sampailah besar. Kemudian
kandungan lemak dalam daging ini yang dikatakan sangat baik. Sampaikan orang
kata, daging ni kalau masuk dalam mulut, dia cair! Uhh. Sedap betul.
Orait, sekarang nak juga Tanya, ada sesiapa nak belanja aku
makan daging wagyu tak? Jangan malu malu ya, boleh je contact. Hehehehe.
0 Comments