facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

kes lemas dekat hotel di melaka

Tak kisahlah nak kata apa kalau ianya dah melibatkan Anak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hmm, agak malas juga nak bercerita bab ini tapi hati itu nak juga menulis. Pertama sekali, Al fatihah buat anak syurga yang lemas di kolam mandi sebuah hotel di Melaka. Aku pasti tak semua yang inginkan benda macam ini berlaku, tapi inilah ketentuan ilahi.

Bila baca cerita daripada awal, semua pun tak sangka benda nak jadi macam ini kan. Gambar anak syurga tu sampai dekat hotel tu dengan penuh gembira dan kemudian video dia mandi kolam dengan penuh gembira, Allahu, sedih pula nak menulis cerita ini.

Tapi bila terjadi benda yang tak di ingini macam ini, aku berbalik pada diri aku dan isteri. Memang kami bila melibatkan anak anak, ada tegasnya, bukan sedikit tapi banyak. Mungkin di sebabkan kedua ayah kami bekas anggota tentera. Sorang komando, sorang Para, jadi terikut ikut sedikit cara mereka dalam mendidik anak tu.

Contoh kalau mandi laut, memang aku tak izinkan anak anak main jauh daripada tempat aku berdiri. Dekat mana aku berdiri, dekat situlah anak anak boleh mandi. Nak pergi jauh sikit pun aku tak izinkan. Semuanya sebab takut. Takut kalaulah jadi benda benda yang tak di ingini.

Ramai je sebenarnya kawan kawan yang cakap, aku ni terlalu control anak anak aku. Sebenarnya, tak pun. Ada tempatnya, aku beri mereka kebebasan. Contoh kalau dekat taman permainan atau padang bola. Mereka boleh je bermain (tapi dalam pemantauan juga la). Boleh berlari ke hulu ke hilir sampai mereka penat.

Tapi bila melibatkan air ni, rasa risau itu terlalu menebal. Kalau dekat kolam renang, walaupun tahu kolam itu cetek, tetap juga aku masuk ke dalam kolam untuk tengok anak anak aku. Kalau dipenuhi dengan orang, kalau boleh elak, memang kami akan elak.

Tapi dalam hal yang berlaku ke atas anak syurga ni, aku tahu keluarganya sendiri pun tak mahu benda macam ini berlaku. Aku pasti, mereka sekeluarga juga dah jaga anak anak mereka sebaik mungkin. Dah ditakdirkan Allah atas semua yang berlaku ini.

Apa pun, salam takziah dari aku. Semoga keluarga mereka tabah menerima perkara ini. Syurga buatmu.

Yamaha Ysuku kini dalam pemerhatian polis

Yamaha Ysuku kini dalam pemerhatian polis | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh, lain macam la tajuk kita hari ini. Saja lah kita nak menulis pasal motosikal yang dikatakan paling laris sekarang ni.  Sana sini orang bercerita pasal Ysuku ini atau lebih tepatnya Yamaha Y15ZR ni. Rasanya selepas ramai geng geng artis yang guna dan viralkan motosikal mereka (maaf kalau silap ya) terus motosikal ini menjadi kegilaan semua.

Dekat tempat kerja aku pun , memang model inilah yang menjadi pilihan. Boleh kata sebahagian tempat letak motosikal, dikuasai oleh Ysuku ni. Memang terhangat di pasaran lah! Cumanya, hanya segelintir sahaja yang menggunakan aksesori asal dan selebihnya telah habis di ubah suai.

Kalau Tanya pada aku, dah tentulah aku pun berminat nak guna Ysuku ni, tapi apakan daya, keluarga lebih utama, jadi kita guna sahajalah Yamaha wave yang sedia ada tu. Itu pun dah cukup bersyukur boleh bawa balik kerja. Daripada langsung tiada kenderaan kan? Hehehe.

Yamaha Ysuku kini dalam pemerhatian polis.

Bila terbaca berita macam ini, rasa takut jugalah kan. Kenapa jadi pemerhatian pihak polis kan? Tapi jangan risau semua, hanya kenderaan yang diubah suai sahaja akan di ambil tindakan. Jika motosikal korang spesifikasi kilang, tak perlu risau. Tapi, ada ke yang pakai standard? Paling kuat pun buang “cutoff” supaya lebih laju.

Sebenarnya kalau kita tengok mereka yang “extreme” dalam pengubahsuaian, boleh jadi spec superbike dah Ysuku tu. Barang barang yang digunakan pun bukan murah, boleh mencecah puluhan ribu ringgit juga. Boleh je tengok channel youtube artis artis Malaysia yang dah buat pengubahsuaian pada motosikal mereka.

Mungkin atas alasan ini, pihak polis Malaysia melakukan pemerhatian lanjut ke atas semua motosikal yang melakukan pengubahsuaian ini. Bukan setakat Ysuku je ni, rasanya semua jenis motosikal pun terlibat cumanya disebabkan ramai yang menggunakan Ysuku ni, maka ianya menjadi model sasaran.

Apa pun, kena sentiasa beringat, hobi hobi juga. Jangan sebab kita lebih sikit daripada orang lain, kita dah menyombong diri dah. Banyak je Nampak benda ni, motosikal dia hebat sikit je, terus putus sahabat. Nak berkawan dengan yang sama level je. Kita rider tiada beza. Ok lah, nanti sambung borak lagi ye! See ya!

Rahsia ubah diri jadi magnet rezeki

Rahsia ubah diri jadi magnet dengan kata kata positif! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Biasa tak kita dengar orang sebut tentang magnet rezeki. Atau magnet kekayaan. Atau magnet kesihatan. Yang sebenarnya apa maksud magnet tu kan? Kalau kita tengok sifat magnet, dia akan tarik besi jadi rapat dan melekat dengan kuat. Kiranya, mereka yang selalu cakap magnet rezeki, kira rezeki mudah datang dalam hidup mereka dan dari pelbagai arah. Kira mewah rezeki la.

Boleh ke manusia jadi magnet?

Kalau ikut logik, manusia itu manusia la kan? Hahaha. Tapi jika dari sifat dalaman, memang boleh! Kita boleh jadi magnet rezeki, kita boleh jadi magnet kekayaan atau apa sahaja yang kita mahukan. Terpulang. Asalkan niat kita betul. Rezeki itu seolah olah mengalir masuk ke dalam hidup kita. Orait! Cukup setakat itu, jom kita teruskan dengan Rahsia ubah diri jadi magnet dengan kata kata positif!

Setiap daripada kita mesti ada kata kata positif kan? Biasanya yang selalu di gunakan orang adalah saya pandai, saya bijak, saya genius, saya jutawan, saya berjaya, saya dermawan atau apa sahaja. Kata kata ini sangat bagus untuk minda kita.

Tiada yang salahnya dengan semua kata kata ini cuma hari ini, kita akan belajar macam mana cara untuk jadikan setiap perkataan yang kita sebut ini menjadi lebih hebat sekaligus benar benar beri impak dalam hidup kita.

Perkara pertama yang perlu kita buat adalah, pilih perkataan atau ayat positif yang kita mahukan kemudian visualize dan feeling (rasa dengan sangat sangat jelas).

Contohnya, kita pilih ayat “saya dermawan”. Kita kena rasa betul betul yang kita ni memang seorang dermawan. Betul betul seorang dermawan (walau hakikatnya kita belum benar benar menjadi seorang dermawan).

kita kena feeling betul betul hidup sebagai seorang dermawan. Kita beri RM10,000 setiap bulan pada anak yatim. Kita bantu pusat pusat kebajikan yang terpilih. Kita ada badan amal kita sendiri. Rasa diri kita ni benar benar seorang dermawan.

Ada rahsianya kenapa kita kena rasa betul betul dalam diri kita ni. Nak tahu apa rahsianya? Ini jawapannya:

Feeling adalah komponen yang paling penting kerana perasaan adalah emosi, emosi adalah tenaga dan tenaga adalah magnet!

Jika diri kita adalah magnet positif, ianya akan menarik segala macam perkara positif masuk ke dalam hidup kita. Yang mana akhirnya, kita benar benar menjadi seorang dermawan.

Sekarang, semua dah tahu kan macam mana kita nak jadi magnet?
cara menjadi manusia hebat dan berjaya

4 cara yang perlu kita betulkan untuk hidup bahagia dan jadi manusia hebat | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai sebenarnya yang tidak hidup dalam situasi sekarang (present moment) kerana mereka terperangkap dengan masa lepas. Mereka membawa bebanan di belakang mereka dari hari ke hari dan tanpa mereka sedari, bebanan tersebut menjadi semakin besar dan besar. Untuk hidup bahagia dan jalani hidup yang hebat, jangan sesekali biarkan hidup kita di kawal oleh 4 perkara ini.

4 cara yang perlu kita betulkan untuk hidup bahagia dan jadi hebat

#1. Masa lepas.

Jangan izinkan masa lepas atau masa hadapan kawal keseluruhan hidup kita. Kita kena sentiasa sedar, masa lalu tidak akan pernah berubah dan masa hadapan belum tentu jadi milik kita. Kita perlu sentiasa sedar, walau apa pun yang terjadi, kita perlu lepaskan masa lepas kita dan move on!

Tinggalkan segala rasa sakit tersebut supaya perkara tersebut tidak menghancurkan masa depan kita. Kalau seseorang buat salah pada kita, satu satunya cara untuk kita menang adalah dengan melepaskan rasa marah, dendam dan teruskan hidup dengan rasa bahagia.

Jika kita hidup dalam kebencian, mereka akan menang! Dan kalau kita mahu menang, kita kena fokus pada membangunkan masa hadapan mulai sekarang. Lepaskan semua rasa marah,rasa dendam,rasa terkilan,rasa sakit hati sampai kita rasa betul betul lega dan bahagia.


cara menjadi manusia hebat dan berjaya

#2. Pendapat dan keputusan orang lain.

Hati hati dengan perkara ini, jangan sesekali biarkan pendapat dan penilaian orang lain yang menentukan perjalanan hidup kita. Keputusan terbaik orang lain belum tentu yang terbaik juga untuk kita. Kehidupan kita bukan sekadar untuk menyenangkan atau memuaskan hati orang lain semata mata.

Sebelum kita melakukan sesuatu perkara, tanya pada diri kita adakah apa yang kita lakukan ini kerana kita sendiri yang mahu melakukannya atau kerana takut pada penilaian orang lain jika kita tak melakukannya.

Kita dilahirkan untuk dihargai dan dicintai. Kita bukan dilahirkan untuk memuaskan hati pihak lain. Jadi bersinarlah sebagaimana adanya diri kita. Mereka yang benar benar menghargai diri kita akan melihat cahaya itu dan bersinar bersama sama dengan kita.

#3. Jangan biarkan diri kita di kawal oleh keyakinan yang terbatas (limited belief)

Sekarang, ingat dengan satu perkara ini, hal ini mungkin satu satunya perkara yang dah berlaku terlalu lama tanpa kita sedari. Sepanjang hidup kita, kita terlalu banyak mendengar kata kata orang sekeliling kita yang tidak pernah mengapai impian mereka sendiri.

Perhatikan keyakinan yang membatasi diri kita dan katakan pada dia, sila diam! Tidak ada yang tidak mampu kita lakukan. Tidak ada yang tidak dapat kita miliki. Dan tidak ada seorang pun yang tidak mampu jadi apa yang mereka mahu jadi. Jadi percaya pada diri sendiri.

Jika kita percaya segala sesuatu itu pasti/mungkin terjadi, segalanya pasti terjadi! Ketika kita mengubah keyakinan diri kita daripada sesuatu yang terbatas kepada tidak terbatas maka potensi diri kita jadi tidak terbatas.

Bayangkan apa yang mampu kita capai bila kita hidup dengan keyakinan yang semua perkara boleh di capai? Ianya pasti menjadi seolah olah keajaiban yang berlaku setiap hari.

Bila tiada apa apa yang menahan di dalam diri kita, maka tidak ada apa pun yang diluar akan menahan kita. Keseluruhan hidup kita akan berubah sekelip mata! Kita yang buat keputusan untuk mengubah cara kita berfikir.


cara menjadi manusia hebat dan berjaya

#4. Wang.

Bila sebut pasal wang, ini bukan bermakna kita tidak boleh jadi kaya raya. Ianya juga bukan bermaksud wang itu jahat. Tapi seberapa banyak orang yang kita boleh bantu dengannya. Jadi jangan sesekali biarkan banyak keputusan kita ditentukan oleh wang.

Jika kita memilih sesuatu hanya kerana berapa banyak wang yang kita akan dapat, kita baru sahaja membuat keputusan yang salah.

Apabila kita mengikut kata hati dan dengan niat untuk melayani orang lain dan memberikan yang terbaik pada orang lain-setiap saat dan benar benar memberikan jiwa kita, maka wang dengan sendirinya akan datang dalam hidup kita.

Dan ajaibnya, ia akan datang dengan jumlah yang jauh lebih besar dari apa yang kita fikirkan.

Temukan kebebasanmu dan hiduplah sepenuhnya!

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ▼  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ▼  September (4)
      • Tak kisahlah nak kata apa kalau ianya dah melibatk...
      • Yamaha Ysuku kini dalam pemerhatian polis
      • Rahsia ubah diri jadi magnet rezeki dengan kata ka...
      • 4 cara yang perlu kita betulkan untuk hidup bahagi...
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • The Patriots
    Kesilapan Yang Membunuh Amelia Earhart?
  • VOCKET
    ‘Mujur Tak Digilis’ – Situasi Bayi Tercicir Atas Jalan Raya Undang Kerisauan Netizen
  • Aliff Channel
    15 Tempat Menarik Di Lumut Untuk Melancong
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Top 7 Reasons Why Wordpress Is Perfect for Bloggers In 2022
  • Bro Framestone
    Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding Benteras Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD)
  • MrEjoy
    Susahnya nak cari kerja sekarang ni
  • sayidahnapisahdotcom
    30++ background ucapan kad raya digital 2022 | edit letak gambar je nanti!
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • It's Poobritney!
    Apa Yang Menarik di Bird Park Kuala Lumpur?
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates