4 cara yang perlu kita betulkan untuk hidup bahagia dan jadi manusia hebat | MrEjoy

4 cara yang perlu kita betulkan untuk hidup bahagia dan jadi manusia hebat

cara menjadi manusia hebat dan berjaya

4 cara yang perlu kita betulkan untuk hidup bahagia dan jadi manusia hebat | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai sebenarnya yang tidak hidup dalam situasi sekarang (present moment) kerana mereka terperangkap dengan masa lepas. Mereka membawa bebanan di belakang mereka dari hari ke hari dan tanpa mereka sedari, bebanan tersebut menjadi semakin besar dan besar. Untuk hidup bahagia dan jalani hidup yang hebat, jangan sesekali biarkan hidup kita di kawal oleh 4 perkara ini.

4 cara yang perlu kita betulkan untuk hidup bahagia dan jadi hebat

#1. Masa lepas.

Jangan izinkan masa lepas atau masa hadapan kawal keseluruhan hidup kita. Kita kena sentiasa sedar, masa lalu tidak akan pernah berubah dan masa hadapan belum tentu jadi milik kita. Kita perlu sentiasa sedar, walau apa pun yang terjadi, kita perlu lepaskan masa lepas kita dan move on!

Tinggalkan segala rasa sakit tersebut supaya perkara tersebut tidak menghancurkan masa depan kita. Kalau seseorang buat salah pada kita, satu satunya cara untuk kita menang adalah dengan melepaskan rasa marah, dendam dan teruskan hidup dengan rasa bahagia.

Jika kita hidup dalam kebencian, mereka akan menang! Dan kalau kita mahu menang, kita kena fokus pada membangunkan masa hadapan mulai sekarang. Lepaskan semua rasa marah,rasa dendam,rasa terkilan,rasa sakit hati sampai kita rasa betul betul lega dan bahagia.


cara menjadi manusia hebat dan berjaya

#2. Pendapat dan keputusan orang lain.

Hati hati dengan perkara ini, jangan sesekali biarkan pendapat dan penilaian orang lain yang menentukan perjalanan hidup kita. Keputusan terbaik orang lain belum tentu yang terbaik juga untuk kita. Kehidupan kita bukan sekadar untuk menyenangkan atau memuaskan hati orang lain semata mata.

Sebelum kita melakukan sesuatu perkara, tanya pada diri kita adakah apa yang kita lakukan ini kerana kita sendiri yang mahu melakukannya atau kerana takut pada penilaian orang lain jika kita tak melakukannya.

Kita dilahirkan untuk dihargai dan dicintai. Kita bukan dilahirkan untuk memuaskan hati pihak lain. Jadi bersinarlah sebagaimana adanya diri kita. Mereka yang benar benar menghargai diri kita akan melihat cahaya itu dan bersinar bersama sama dengan kita.

#3. Jangan biarkan diri kita di kawal oleh keyakinan yang terbatas (limited belief)

Sekarang, ingat dengan satu perkara ini, hal ini mungkin satu satunya perkara yang dah berlaku terlalu lama tanpa kita sedari. Sepanjang hidup kita, kita terlalu banyak mendengar kata kata orang sekeliling kita yang tidak pernah mengapai impian mereka sendiri.

Perhatikan keyakinan yang membatasi diri kita dan katakan pada dia, sila diam! Tidak ada yang tidak mampu kita lakukan. Tidak ada yang tidak dapat kita miliki. Dan tidak ada seorang pun yang tidak mampu jadi apa yang mereka mahu jadi. Jadi percaya pada diri sendiri.

Jika kita percaya segala sesuatu itu pasti/mungkin terjadi, segalanya pasti terjadi! Ketika kita mengubah keyakinan diri kita daripada sesuatu yang terbatas kepada tidak terbatas maka potensi diri kita jadi tidak terbatas.

Bayangkan apa yang mampu kita capai bila kita hidup dengan keyakinan yang semua perkara boleh di capai? Ianya pasti menjadi seolah olah keajaiban yang berlaku setiap hari.

Bila tiada apa apa yang menahan di dalam diri kita, maka tidak ada apa pun yang diluar akan menahan kita. Keseluruhan hidup kita akan berubah sekelip mata! Kita yang buat keputusan untuk mengubah cara kita berfikir.


cara menjadi manusia hebat dan berjaya

#4. Wang.

Bila sebut pasal wang, ini bukan bermakna kita tidak boleh jadi kaya raya. Ianya juga bukan bermaksud wang itu jahat. Tapi seberapa banyak orang yang kita boleh bantu dengannya. Jadi jangan sesekali biarkan banyak keputusan kita ditentukan oleh wang.

Jika kita memilih sesuatu hanya kerana berapa banyak wang yang kita akan dapat, kita baru sahaja membuat keputusan yang salah.

Apabila kita mengikut kata hati dan dengan niat untuk melayani orang lain dan memberikan yang terbaik pada orang lain-setiap saat dan benar benar memberikan jiwa kita, maka wang dengan sendirinya akan datang dalam hidup kita.

Dan ajaibnya, ia akan datang dengan jumlah yang jauh lebih besar dari apa yang kita fikirkan.

Temukan kebebasanmu dan hiduplah sepenuhnya!

Share:

0 comments