Tak kisahlah nak kata apa kalau ianya dah melibatkan Anak

Tak kisahlah nak kata apa kalau ianya dah
melibatkan Anak |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hmm, agak malas juga nak bercerita bab ini
tapi hati itu nak juga menulis. Pertama sekali, Al fatihah buat anak syurga
yang lemas di kolam mandi sebuah hotel di Melaka. Aku pasti tak semua yang
inginkan benda macam ini berlaku, tapi inilah ketentuan ilahi.
Bila baca
cerita daripada awal, semua pun tak sangka benda nak jadi macam ini kan. Gambar
anak syurga tu sampai dekat hotel tu dengan penuh gembira dan kemudian video
dia mandi kolam dengan penuh gembira, Allahu, sedih pula nak menulis cerita
ini.
Tapi bila
terjadi benda yang tak di ingini macam ini, aku berbalik pada diri aku dan
isteri. Memang kami bila melibatkan anak anak, ada tegasnya, bukan sedikit tapi
banyak. Mungkin di sebabkan kedua ayah kami bekas anggota tentera. Sorang komando,
sorang Para, jadi terikut ikut sedikit cara mereka dalam mendidik anak tu.
Contoh kalau
mandi laut, memang aku tak izinkan anak anak main jauh daripada tempat aku
berdiri. Dekat mana aku berdiri, dekat situlah anak anak boleh mandi. Nak pergi
jauh sikit pun aku tak izinkan. Semuanya sebab takut. Takut kalaulah jadi benda
benda yang tak di ingini.
Ramai je
sebenarnya kawan kawan yang cakap, aku ni terlalu control anak anak aku. Sebenarnya,
tak pun. Ada tempatnya, aku beri mereka kebebasan. Contoh kalau dekat taman
permainan atau padang bola. Mereka boleh je bermain (tapi dalam pemantauan juga
la). Boleh berlari ke hulu ke hilir sampai mereka penat.
Tapi bila
melibatkan air ni, rasa risau itu terlalu menebal. Kalau dekat kolam renang, walaupun
tahu kolam itu cetek, tetap juga aku masuk ke dalam kolam untuk tengok anak
anak aku. Kalau dipenuhi dengan orang, kalau boleh elak, memang kami akan elak.
Tapi dalam
hal yang berlaku ke atas anak syurga ni, aku tahu keluarganya sendiri pun tak mahu
benda macam ini berlaku. Aku pasti, mereka sekeluarga juga dah jaga anak anak
mereka sebaik mungkin. Dah ditakdirkan Allah atas semua yang berlaku ini.
Apa pun,
salam takziah dari aku. Semoga keluarga mereka tabah menerima perkara ini. Syurga
buatmu.
0 Comments