Rahsia ubah diri jadi magnet rezeki dengan kata kata positif! | MrEjoy

Rahsia ubah diri jadi magnet rezeki dengan kata kata positif!

Rahsia ubah diri jadi magnet rezeki

Rahsia ubah diri jadi magnet dengan kata kata positif! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Biasa tak kita dengar orang sebut tentang magnet rezeki. Atau magnet kekayaan. Atau magnet kesihatan. Yang sebenarnya apa maksud magnet tu kan? Kalau kita tengok sifat magnet, dia akan tarik besi jadi rapat dan melekat dengan kuat. Kiranya, mereka yang selalu cakap magnet rezeki, kira rezeki mudah datang dalam hidup mereka dan dari pelbagai arah. Kira mewah rezeki la.

Boleh ke manusia jadi magnet?

Kalau ikut logik, manusia itu manusia la kan? Hahaha. Tapi jika dari sifat dalaman, memang boleh! Kita boleh jadi magnet rezeki, kita boleh jadi magnet kekayaan atau apa sahaja yang kita mahukan. Terpulang. Asalkan niat kita betul. Rezeki itu seolah olah mengalir masuk ke dalam hidup kita. Orait! Cukup setakat itu, jom kita teruskan dengan Rahsia ubah diri jadi magnet dengan kata kata positif!

Setiap daripada kita mesti ada kata kata positif kan? Biasanya yang selalu di gunakan orang adalah saya pandai, saya bijak, saya genius, saya jutawan, saya berjaya, saya dermawan atau apa sahaja. Kata kata ini sangat bagus untuk minda kita.

Tiada yang salahnya dengan semua kata kata ini cuma hari ini, kita akan belajar macam mana cara untuk jadikan setiap perkataan yang kita sebut ini menjadi lebih hebat sekaligus benar benar beri impak dalam hidup kita.

Perkara pertama yang perlu kita buat adalah, pilih perkataan atau ayat positif yang kita mahukan kemudian visualize dan feeling (rasa dengan sangat sangat jelas).

Contohnya, kita pilih ayat “saya dermawan”. Kita kena rasa betul betul yang kita ni memang seorang dermawan. Betul betul seorang dermawan (walau hakikatnya kita belum benar benar menjadi seorang dermawan).

kita kena feeling betul betul hidup sebagai seorang dermawan. Kita beri RM10,000 setiap bulan pada anak yatim. Kita bantu pusat pusat kebajikan yang terpilih. Kita ada badan amal kita sendiri. Rasa diri kita ni benar benar seorang dermawan.

Ada rahsianya kenapa kita kena rasa betul betul dalam diri kita ni. Nak tahu apa rahsianya? Ini jawapannya:

Feeling adalah komponen yang paling penting kerana perasaan adalah emosi, emosi adalah tenaga dan tenaga adalah magnet!

Jika diri kita adalah magnet positif, ianya akan menarik segala macam perkara positif masuk ke dalam hidup kita. Yang mana akhirnya, kita benar benar menjadi seorang dermawan.

Sekarang, semua dah tahu kan macam mana kita nak jadi magnet?

Share:

0 comments