Yamaha Ysuku kini dalam pemerhatian polis
Yamaha Ysuku kini dalam pemerhatian polis | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh, lain macam la tajuk kita hari ini. Saja lah kita nak menulis pasal motosikal yang dikatakan paling laris sekarang ni. Sana sini orang bercerita pasal Ysuku ini atau lebih tepatnya Yamaha Y15ZR ni. Rasanya selepas ramai geng geng artis yang guna dan viralkan motosikal mereka (maaf kalau silap ya) terus motosikal ini menjadi kegilaan semua.
Dekat tempat kerja aku pun , memang model inilah yang
menjadi pilihan. Boleh kata sebahagian tempat letak motosikal, dikuasai oleh
Ysuku ni. Memang terhangat di pasaran lah! Cumanya, hanya segelintir sahaja
yang menggunakan aksesori asal dan selebihnya telah habis di ubah suai.
Kalau Tanya pada aku, dah tentulah aku pun berminat nak guna
Ysuku ni, tapi apakan daya, keluarga lebih utama, jadi kita guna sahajalah Yamaha
wave yang sedia ada tu. Itu pun dah cukup bersyukur boleh bawa balik kerja. Daripada
langsung tiada kenderaan kan? Hehehe.
Yamaha Ysuku kini
dalam pemerhatian polis.
Bila terbaca berita macam ini, rasa takut jugalah kan. Kenapa
jadi pemerhatian pihak polis kan? Tapi jangan risau semua, hanya kenderaan yang
diubah suai sahaja akan di ambil tindakan. Jika motosikal korang spesifikasi
kilang, tak perlu risau. Tapi, ada ke yang pakai standard? Paling kuat pun
buang “cutoff” supaya lebih laju.
Sebenarnya kalau kita tengok mereka yang “extreme” dalam
pengubahsuaian, boleh jadi spec superbike dah Ysuku tu. Barang barang yang
digunakan pun bukan murah, boleh mencecah puluhan ribu ringgit juga. Boleh je
tengok channel youtube artis artis Malaysia yang dah buat pengubahsuaian pada
motosikal mereka.
Mungkin atas alasan ini, pihak polis Malaysia melakukan
pemerhatian lanjut ke atas semua motosikal yang melakukan pengubahsuaian ini. Bukan
setakat Ysuku je ni, rasanya semua jenis motosikal pun terlibat cumanya
disebabkan ramai yang menggunakan Ysuku ni, maka ianya menjadi model sasaran.
Apa pun, kena sentiasa beringat, hobi hobi juga. Jangan sebab
kita lebih sikit daripada orang lain, kita dah menyombong diri dah. Banyak je Nampak
benda ni, motosikal dia hebat sikit je, terus putus sahabat. Nak berkawan
dengan yang sama level je. Kita rider tiada beza. Ok lah, nanti sambung borak
lagi ye! See ya!
1 Comments
Alamak, nampaknya ke pindah New Zealand atau australia ke, Motor ysuku aku dah modified habis RM 70,000. Tetiba kena sita,memang nangisss. setakat artis duk ubahsuai tu, masih tak mampu kalahkan Ysuku aku. aku beli motor first model keluar bulan 8 tahun 2015. Motor aku top speed cecah lebih 200km. Kalau tak saman atau sita, patut mula dengan kedai aksesori.
ReplyDelete