facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Temperature Kereta Naik Mendadak

Berhadapan dengan masalah Temperature Kereta Naik Mendadak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru 2 ke 3 hari lepas, aku berhadapan dengan masalah Temperature Kereta Naik Mendadak! Waktu tu memang tak perasan yang temperature tu dah naik, sedar sedar waktu tengok meter, dah naik sampai 5 bar! Fuh! Kenapa Temperature Kereta Naik Mendadak ni? Tiba -tiba! Waktu tu memang dah fikir macam macam dah. Paling utama, takut kereta jammed je, dah la rumah jauh lagi kan.

Kesan Temperature Kereta Naik.

Mungkin ada yang tak tahu apa akan jadi kalau kita tetap teruskan perjalanan walaupun temperature kereta kita naik. Standard temperature adalah 3 bar ye. Kalau naik satu pun, aku dah rasa takut sangat dah. Inikan pulak naik sampai 5 bar. Ok, apa Kesan kalau Temperature Kereta Naik? Ada banyak, salah satunya adalah Head atau block boleh bengkok (ianya menjadi sebab kepada masalah minyak dan air bercampur) dan yang paling kritikal adalah engine jammed (ini yang aku paling risau).

Sebelum ini aku pernah kena sekali Temperature Kereta Naik Mendadak ni. Bila aku dapatkan info, puncanya adalah masalah thermostat. Macamana nak tahu Punca Temperature Kereta Naik adalah disebabkan item ini? Caranya adalah:

Periksa kedua dua hose besar yang ada pada radiator. Satu dekat atas dan satu lagi dekat bawah. Kalau hose bahagian atas panas dan hose bahagian bawah sejuk, itu maknanya thermostat kereta bermasalah. Bawa kereta ke bengkel dan beritahu, thermostat rosak. Lepas tukar, confirm suhu kereta tak naik lagi (kes aku la) hehehe.

Tapi kali ini, aku check kedua dua hose panas! Ah sudah! Kenapa Temperature Kereta Naik ni? Dan apa yang aku perasan, suhu kereta ni naik bila aku buka aircond. Daripada info lepas, ada banyak sebab kenapa temperature kereta ni naik. Antaranya adalah:


  1. Thermostat rosak
  2. Pressure cap rosak (spring dan rubber seal rosak
  3. Radiator bocor
  4. Radiator tersumbat
  5. Hose radiator bocor
  6. Water pump rosak

Dalam kes ini, aku cuba check Pressure cap. Waktu aku nak bukak tu, memang ada masalah. Jadinya aku suspek yang benda ni Punca Temperature Kereta Naik waktu Buka Aircond. Jadi malas nak fikir panjang, aku bawa je kereta ke bengkel.

Macam biasa, mekanik akan check semua benda. Hose atas dan bawah panas atau sejuk, kondisi radiator, kondisi semua hose yang berkaitan dan pressure cap. Dan setelah periksa semua benda, maka tahulah aku punca sebenar kenapa presure kereta aku naik.

Radiator tersumbat dan hose bocor. Adeh! Waktu periksa hose tu, memang nampak ada kesan bocor dan macamana nak tahu radiator kereta tersumbat? Boleh tengok melalui lubang pressure cap,dah berkeladak dalam tu! Dan pressure cap aku pun dah rosak! Adeh!

Punca kenapa radiator boleh tersumbat pulak sebab pakai air paip. Itupun salah juga tu. Sepatutnya kena pakai coolant campur dengan air paip. Tapi disebabkan lama tak servis, asyik masuk air paip je, terus berkarat. Terus tersumbat radiator tu.

Jadinya, terus aku servis radiator dan tukar hose baru atas dan bawah, tukar pressure cap dan masukkan coolant. Siap semua. Kos bawah RM200 sahaja. Masih murah la kan kalau dibandingkan enjin jammed! Pening juga memikirkan kos nak repair tu nanti.

Apa pun, alhamdulilah. Kereta dah kembali normal. Lama juga dia berkhidmat untuk aku dan keluarga. Kereta pertama beli pula tu. Sesekali dia usik, risau juga kan. Apa pun, Semoga info mengenai Punca Temperature Kereta Naik Mendadak ini menjadi panduan untuk semua ya!
review bantal Das Abdul Global

Akhirnya dapat juga beli bantal Das Abdul Global | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya leher aku sakit dalam beberapa hari ini. Rasanya semua berpunca daripada salah tidur. Dan puncanya tentulah daripada bantal! Dah keras sangat. Dan aku tercari cari juga bantal yang terbaik dan berjumpalah dengan bantal Das Abdul Global ni. Katanya bantal dengan kualiti hotel 7 bintang? Nak tahu bantal Das Abdul Global ni ok ke tak ok, jom teruskan bacaan.

Dah lama sebenarnya nampak bantal ni orang jual dekat sisir jalan. Selalu juga terlintas dalam hati nak cuba beli tapi tak berkesempatan. Tapi dah alang alang sakit leher ni, haruslah aku beli satu. Sebelum itu, bantal das abdul global ni ada banyak jenis sebenarnya (sebab ada tengok dekat laman web mereka).

Ini antara jenis jenisnya:


review bantal Das Abdul Global

Bila baca memang rasa seronok je kan? Tapi jenis aku, selagi tak rasa sendiri bantal tu, memang tak puas. Al kisahnya, mencari cari jugalah abang abang yang menjual dekat sisir jalan tu. Betul lah orang kata kan, waktu kita tak nak, memang nampak je dekat mana mana. Waktu kita nak beli, satu pun tak jumpa! Haish!!

Semalam aku bawa keluarga jalan jalan bandar melaka. Mula rancang nak ke uptown melaka. Tapi waktu dekat ujung pasir, punyalah banyak kenderaan, sudahnya kami patah balik. Sebab tak tahu nak kemana, aku bawalah keluarga ke MITC melaka.

Aku ada terbaca dekat facebook yang ada bukak bazaar dekat kawasan kota fesyen melaka. Disebabkan tempat ini baru lagi, haruslah kita datang tengok kan. Bazaar ni macam dekat uptown melaka juga. Ada jual pakaian, makanan dan macam macam lagilah. Dan, ha! Ada jual bantal! Hahahaha.

review bantal Das Abdul Global

Punyalah rasa seronok sebab akhirnya jumpa juga orang jual bantal Das Abdul ni. Tapi tak semua jenis jenis bantal yang ada la. Aku sebenarnya tertarik dengan bantal White Duck Down Feather tu. Nak juga rasa macamana bantal tu kan. Tapi tak apa la, kita cuba yang mana ada dulu.

Tak silap aku ada 2 jenis sahaja yang dijual. Bantal PHD (Polyester Helix DAG) dan bantal H-classic. Beza 2 bantal ni, PHD boleh dicuci tapi tak boleh masuk mesin basuh. Bantal H-classic boleh masuk dalam mesin basuh. Kira senanglah nak cuci. Dan dia tinggi/tebal sedikit daripada bantal PHD tu.

Dan lama jugalah aku belek/peluk bantal tu. Dan ada juga tanya, bantal apa yang orang selalu cari/beli. Kata abang tu, bantal PHD yang paling banyak dan dia sendiri pun guna bantal tu. Disebabkan ini pertama kali aku nak cuba bantal Das Abdul ni, maka haruslah aku cuba beli bantal PHD ni dulu. Aku beli 2 biji bantal PHD Das Abdul ni dengan harga cuma RM70 sahaja.

review bantal Das Abdul Global

review bantal Das Abdul Global


Dan selepas tidur menggunakan bantal daripada Das Abdul ni, ini komen aku:

Bantal ni serius sedap! Serius selesa! Betul tak tipu. Rasa nyaman, tenang je tidur. Dia nak kata keras tak juga, nak kata lembut sampai tengelam pun tak juga. Tapi tengah tengah. Kiranya kepala kita selesa la. Dan saiznya juga bukan kecil, jadi memang sangat selesa. Dan betul lah apa abang tu kata, tidur guna bantal Das Abdul ni memang bawak sampai ke pagi. Maksudnya sangat selesa la. Tak ada lah kita kejap kejap terjaga sebab nak betulkan bantal kita tu.

Alhamdulilah. Lepas dah guna bantal PHD ni aku cukup puas hati. Dan aku dah set, aku nak cuba bantal kapok pulak (sebab katanya diperbuat daripada kekabu pokok kapok yang terdapat di bali indonesia) dan semestinya bantal White Duck Down Feather tu. Nak juga tahu, selesa sangat ke sampai mahal sangat. Hahahaha. Selagi kita tak cuba selagi itulah kita tak tahu kan.

Ha, untuk bantal bantal premium macam ini, semuanya kena order daripada laman web mereka ya. Bantal biasa biasa macam PHD tu pun boleh je kalau nak order daripada laman web. Apa pun, terima kasih kepada Das abdul global! Bantal kamu memang awesome!
Bila nak kaya VS Macam mana nak kaya

Bila nak kaya VS Macam mana nak kaya? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis lagi di sini, blog mrejoy.com. Awal pagi tadi, ada seorang kawan mengeluh dengan aku, katanya sampai bila lah nak kerja macam ini kan? Bila lah kita nak kaya? Aku macam biasalah, tersenyum jelah, sebab dah tahu dah yang dia tak akan kaya punya. Sebab apa? Sebab bila nak kaya?

Faham tak apa maksud aku tu? Dia sendiri pun tak tahu bila dia nak kaya. Yang dia tahu, hanya cakap bila dan bila. Tak ada tarikh, tak ada target, tak ada tujuan. Kita kalau setiap hari, gunakan ayat bila lah nak kaya ni, percayalah sampai bila pun kita tak akan kaya.

Bila nak kaya VS Macam mana nak kaya?


Benda ni aku belajar dalam 1 kelas online. Guru yang mengajar itu, suruh tukar semua ayat ayat yang dah menjadi kebiasaan kita. Sebab walaupun Nampak biasa, tapi ianya sebenarnya sangat sangat mempengaruhi diri kita seperti contoh, bila nak kaya?

Jadinya, ayat bila nak kaya itu, ubah kepada Macam mana nak kaya? Bila kita selalu guna ayat ini, otak kita akan bekerja lebih keras untuk mencari jalan dan peluang, untuk macam mana kita boleh jadi kaya.

Kita juga akan dengan sendirinya berfikir, apa yang kita perlukan untuk jadi kaya raya? Bila nak jadi? Berapa yang perlu kita ada untuk bergelar kaya raya? Nak kaya dengan cara yang macam mana? Kemudian, lepas dah jadi kaya raya nak buat apa pula? Semua tu kena jelas perjalanannya. Barulah kita benar benar jadi apa yang kita nak jadi.

Semua ini sangat penting kalau kita ada target berbanding merungut setiap hari cakap bila lah nak kaya, bila lah nak kaya. Kesudahannya, kehidupan dia macam itulah sampai bila bila. Hebatnya manusia, mereka nak macam macam, tapi tak mahu berubah dan lebih selesa hidup dalam comfort zone masing masing.

Apa pun, buat mereka yang ada target untuk berubah, kita sama sama belajar. Ubah kebiasaan kita kepada yang luar biasa. Kadang, kita ubah sikit je daripada Bila nak kaya kepada Macam mana nak kaya. Tetapi impak dia sangat besar. Orait?

Sakit Leher Selepas Bangun Tidur

Sakitnya leher lepas bangun tidur! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa pernah kena macam ini, Sakit Leher Selepas Bangun Tidur. Dia punya peritnya tu, aduh! Tak terkata. Nak menoleh ke kiri kanan pun sakit kan? Puas juga di urut perlahan lahan untuk hilangkan sakit tu, tapi tak menjadi. Ini semua salah bantal la kan? Hehehe.

Biasanya, bila kita Tanya kenapa Sakit Leher Setelah Bangun Tidur ini, ramai yang akan cakap salah bantal. Mungkin posisi tidur kita tu tak betul. Dan memang ada benarnya juga. Dalam sehari dua ni, aku ada ubah posisi tidur aku.

Aku jenis yang tidur statik. Maksudnya, kalau tidur dekat area tu, esok pagi bangun pun macam itu juga. Bukan jenis yang tidur macam itu, esok pagi dah berubah tempat! Hahaha. Ada orang macam ini ye, bukan tipu tipu. Memang ada. Hehehe.

Bila dah mula sakit leher ni, nak buat kerja apa pun tak jadi. Dah baca macam macam dah cara Menghilangkan Sakit Leher Bangun Tidur ni. Banyak yang cadangkan buat senaman ringan. Pusing ke kiri kanan,atas dan bawah. Buat urutan lembut dan letakkan kain panas/sejuk pada leher (yang ini je belum buat).

Tapi nampaknya masih belum berkesan semua cara cara yang diajarkan. Aku memang malas betul nak ambil ubat dekat klinik. Dah makin menaik usia ni, memang malas betul apa sahaja yang melibatkan urat. Kang kalau jumpa doctor, beritahu saya Sakit Leher lepas Bangun Tidur, terang terang dia akan beri ubat sakit urat kan? Ish!

Cara Menghilangkan Sakit Leher Bangun Tidur.


Buat masa sekarang, aku memang tahan je sakit ni. Tapi kalau kita tak elakkan dan terus kekal dengan posisi tidur sekarang, memang lama lah dia akan sakit. Daripada bacaan aku, tidur dengan bantal melebihi 1 adalah salah satu punca leher sakit lepas bangun tidur.

Hahaha. Aku tak tahulah kenapa, aku memang tak boleh tidur dengan satu bantal sahaja. Kalau tidur dekat hotel, mesti nak ada extra bantal. Tapi ketahuilah, tidur dengan bantal yang banyak juga adalah salah satu penyebab kepada sakit leher.

Atau mungkin juga bantal yang kita gunakan tu dah terlalu lama. Rasanya ada betulnya juga. Rasa macam dah lama sangat aku tak tukar bantal. Ha! Bercerita pasal bantal ni, aku sebenarnya dah lama tengok orang jual Bantal Das Abdul tu. Katanya bantal dengan kualiti hotel 7 bintang kan?

Mungkin hari hari Nampak tu, dia nak suruh tukar bantal agaknya. Kena pulak Bantal Das Abdul ni Boleh Basuh kan? Eh, yeker? Tak tahu lah. Kalau kalau ada pembaca blog ni yang pernah guna atau ada buat tulisan pasal bantal ni, boleh komen dekat bawah ya! Macam nak cuba pakai la. Tak tahan sangat dah asyik Sakit Leher Selepas Bangun Tidur ni!

Percutian dengan harga yang murah di Kanchanaburi, Thailand

Percutian Ala Maldives dengan harga yang murah di Kanchanaburi, Thailand! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila sebut pasal Maldives, mesti ramai yang teringin nak bercuti dekat sana kan? Bercuti dekat salah sebuah pulau di antara yang tercantik di dunia, dengan pantai yang indah, dan percutian kelas 5 bintang! Fuh, bunyi memang menarik tetapi bila melihat pada jumlah bayarannya, ramai yang sekadar menjadikan ianya sebagai impian kan? Tetapi, nak tak kalau aku kongsikan 1 lokasi Percutian Menarik Di Thailand yang sama sahaja konsepnya dengan maldive?

Ahha! Banyak sebenarnya Tempat Percutian Menarik Di Thailand ni dan berkonsepkan percutian pantai. Ada Sebuah lokasi percutian berkonsepkan resort di pantai ini dikatakan lebih kurang sama dengan konsep percutian di Maldives, tetapi menawarkan harga yang lebih murah! Bukan nak cerita Percutian Di Phuket atau Hatyai atau krabi, tetapi Jom kita ke Z9 resort Kanchanaburi,Thailand!

Percutian dengan harga yang murah di Kanchanaburi, Thailand

Wow! Itu ayat pertama yang keluar daripada mulut aku bila pertama kali melihat gambar Z9 resort ni. Tengok gambar pun dah wow! Tak tahulah macam mana kalau dapat bercuti dekat sini kan? Aku memang suka konsep percutian macam ini. Rekabentuk penginapan dia memang menarik dan lain daripada yang lain.

Sedikit info daripada laman web Z9 resort Kanchanaburi,Thailand.

Z9 di inspirasi dari nama Gunung Sinai (Mount Sinai) atau “Tour Sina” dalam Bahasa arab yang disebutkan dalam "Perikatan Sinai" sebagai gunung Moses. Yakni-Musa dalam dimensi Yahudi dan Kristian atau Nabi Musa dalam kepercayaan Islam - pergi ke gua untuk bermeditasi dan menerima apa yang disebut "Sepuluh Perintah" dari Tuhan. Pada masa itu, beliau terpaksa memerintah kira-kira 10 juta orang gunung suci di antara konflik dan huru-hara. Akibatnya, Gunung Sinai dianggap sebagai tempat Musa untuk menimbang fikirannya dan mengecas semula tubuhnya dan jiwa, setelah itu ia berbalik untuk mencapai misi terbesarnya. (Sumber laman web)

Apa yang menariknya mengenai Z9 Resort ini adalah, ianya diperbuat daripada barang barangan kitar semula seperti kayu kayu dan macam-macam lagi dan ini yang membuatkan ianya jadi lebih menarik, resort ini pernah menang Interior design award 2018 weh! Perghh!

Percutian dengan harga yang murah di Kanchanaburi, Thailand

Percutian dengan harga yang murah di Kanchanaburi, Thailand

Orait! Apa yang ditawarkan di sini? Dekat Z9 resort Kanchanaburi,Thailand ini ada 20 buah bilik atas air (macam gambar dekat atas ni). Pengunjung boleh berehat dengan tenang dan semestinya memberikan mereka privasi. Ruangan bilik ini juga menawarkan balkoni jenis terbuka. Bolehlah kita nak tengok pemandangan matahari terbenam/terbit dan pemandangan alam semulajadi dekat situ.

Cumanya aku tak berapa pasti, samada boleh mandi atau tidak! Yelah, kalau dekat Maldives sana, kita boleh meluncur terus masuk ke dalam air kan. Dekat Z9 ni aku tak pasti. Hehehe.

Percutian dengan harga yang murah di Kanchanaburi, Thailand

Percutian dengan harga yang murah di Kanchanaburi, Thailand

Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ada kayak, jet ski, boleh mandi air terjun dan ada lah beberapa aktiviti lain yang boleh kita buat. Jadi memang tak bosan. Tapi kalau aku, aku suka habiskan banyak aktiviti dekat kawasan resort je. Atau menikmati segala galanya dalam bilik. Oh la! Bosan kan? Hahaha.

Percutian dengan harga yang murah di Kanchanaburi, Thailand

Untuk makan. Pihak Z9 resort Kanchanaburi,Thailand  ada menyediakan sarapan yang dah termasuk dalam bayaran tempahan penginapan tu. Cumanya aku masih mencari info makanan makanan muslim ada disediakan tak. Atau ada restoran makanan muslim berdekatan situ tak? Kalau tiada, kena bawa sendirilah ye.

Tapi sepanjang aku ke negara gajah putih ni, tak susah pun kalau nak cari makanan halal ini. Oklah, bagi sesiapa yang nak ke sini, bolehlah buat tempahan di laman web Z9 resort Kanchanaburi,Thailand ya! Semoga hajat untuk ke Maldives sedikit terubat dengan percutian korang kat sini ya! Jumpa lagi!

Rahsia pengutip sampah menjadi seorang jutawan

7 Rahsia pengutip sampah menjadi seorang jutawan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum ni ada ternampak video seorang lelaki ini yang Berjaya merubah dirinya daripada zero kepada hero. Tapi belum sempat lagi nak tengok. Hari ini alhamdulilah, ada seorang rakan yang baik hati berkongsikan 7 Rahsia pengutip sampah menjadi seorang jutawan ini melalui perkongsian beliau. Banyak sebenarnya point point penting yang boleh kita belajar dan buat untuk jadi kaya dengan mudah dan cepat.

7 Rahsia pengutip sampah menjadi seorang jutawan.


Bila kita sebut, nak kaya, kena banyak bersedekah. Kita Jadi Kaya Dengan Sedekah. Ramai yang tak percaya. Lebih ramai yang takut nak keluarkan duit. Lebih selesa simpan duit mereka. Kerana mereka fikir, kalau keluar duit, duit mereka akan habis. Tapi mereka lupa, lebih banyak kita bersedekah, lebih banyak yang akan kita dapat. insyaAllah.

Hari ini, aku kongsikan semula 7 rahsia ini, semoga memberi kebaikkan kepada semua, insyaAllah.

#1. Jaga mindset.

Ini yang paling penting. Jaga mindset kita daripada segala macam perkara negative dan ayat ayat negative. Bila diri kita selalu cakap tak boleh, semua benda akan jadi sukar. Jadi ubah mindset kita. Jika kita sekarang susah, ubah mindset kita yang kita tak akan selamanya susah. Macam Mana Nak Jadi Kaya kalau mindset kita penuh dengan benda negative kan?

#2. Gunakan 50 % hasil pendapatan untuk di infaq.

Ini yang aku ada tulis awal tadi. Gunakan sebahagian pendapatan kita untuk diinfaqkan. Beri pada orang lain. Boleh juga diberikan kepada mereka yang nak bina masjid, rumah anak yatim dan sebagainya. Terpulang pada masing masing ya.

#3. Cari mentor yang betul

Ini pun sangat penting. Nak Jadi Kaya dengan Cepat kena ada mentor yang betul. Sebab apa? Kalau jarak untuk jadi kaya ambil masa 10 tahun, jika ada mentor, mungkin masa itu boleh dipendekkan kepada 5 tahun sahaja. Kena berguru. Ada benda yang boleh dan tak boleh kita buat. Lebih banyak ilmu, lebih cepat peluang untuk bergelar jutawan.

#4. Sentiasa tenang.

Ada masanya kita akan jatuh, hilang mood, malas. Rilek. Bertenang. Jangan biarkan mood ini kuasai diri kita. Cepat sedar dan masuk ke dalam lorong kejayaan kita. Jangan terlalu jauh tersasar daripada target kita. Ingat, kita nak jadi seorang jutawan. Jangan berhenti.

#5. Pelbagaikan sumber pendapatan.

Orait. Macam Mana Nak Jadi Kaya Cepat? Kena banyakkan sumber pendapatan. Jangan sesekali harap pada 1 sumber sahaja. Pelbagaikan. Tak tahu macamana nak pelbagaikan sumber? Baca point no #3.

#6. Jaga keberkatan rezeki.

Target kita bukan sahaja nak bergelar jutawan tapi nak rezeki kita diberkati. Jangan kejar kekayaan sampai lupa tanggungjawab kita pada yang maha esa. Solat jangan tinggal. Rajinkan Jemaah di surau/masjid. Sentiasa bangun tahajud. Baca quran.

#7. Jangan hanya tukar gaya hidup.

Dah kaya nanti, jangan sibuk nak beli rumah baru. Nak tukar kereta. Melancong ke sana sini. Berbelanja seolah olah hidup lama di dunia. Bila dan kaya, dahulukan mereka yang lebih memerlukan. Bantu mereka yang kekurangan. Adik beradik, mak ayah kita tengok dulu. Orang sekeliling ada yang susah tak? Yang itu bantu dulu.

Orait. Itu sahaja 7 Rahsia pengutip sampah menjadi seorang jutawan yang boleh aku kongsikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. insyaAllah.

kes bunuh di krubong, Melaka

Susulan kes bunuh di krubong, Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak tahu macam mana nak mulakan cerita pasal benda ni. Sebab sampai ke masa ini, aku tak mampu hadam, apa perasaan manusia yang buat benda ni. 1 sebab itu isteri dia yang memang dia sayang (ikut pada bacaan dekat facebook milik perlaku) kedua, anak. Bab ini yang aku tak boleh nak hadam. Kemudian, dah bunuh, dibuangnya dekat kawasan krubong Melaka tu.

Mulanya aku tak tahu pun cerita ni, tapi wife yang sampaikan. Katanya ada kes kerat dekat krubong Melaka. Aku mulanya memang tak mahu ambil tahu. Tapi lepas terbaca dekat group whatsapp, aduh! Kenapa sampai macam ini jadinya?

Daripada apa yang aku baca (maaf kalau salah ya). Mulanya mereka bertengkar, kemudian adalah beberapa kesalahan yang dilakukan isteri. Mulanya daripada situlah si suami bertindak kejam. Ada banyak persoalan yang muncul dalam minda aku.

Kalau lihat dekat facebook suami, dia memang sayang sangat dengan isteri dia. Tapi kenapa sampai dia bunuh isteri dia? Mungkin ada banyak benda yang terpedam dalam hati dia. Inilah benda yang paling kita takut sebenarnya. Perasaan yang teruk macam ini, kalau banyak di pendam, boleh jadi sakit mental!

Mereka yang sakit mental ni sebenarnya banyak dalam masyarakat kita. Mereka ni Nampak je normal, tapi sebenarnya gila. Sebab apa aku cakap macam itu? Sebabnya manusia normal tak sanggup nak buat macam ini. Tengok kucing kena langgar pun tak sanggup, inikan nak bunuh! Dah bunuh, dikeratnya pula. Dah kerat, dibuangnya merata! Eh! Apa punya manusia ni? Allahu.

Tapi, nak kata suami dia punca pun tak juga. Pasti masalah datang daripada kedua dua pihak. Tapi kesilapan penuh datang daripada suami sebab kenapa mesti bunuh? Part anak yang aku tak sanggup nak tulis tu. Huhuhu.

Aku Cuma berharap agar hukuman yang paling setimpal untuk si pelaku. Semoga kedua dua mangsa ditempatkan di syurga, kerana layaknya kamu di situ. Dan kalau ada di antara kita yang ada masalah itu, cubalah selesaikan dengan cara yang paling baik. Dan kalau tahu pasangan itu ada “something” buatlah report polis.

Keluarga pun kenalah main peranan. Kena perhatikan. Nampak yang pelik, cuba nasihatkan. Nasihat ya, bukan masuk campur atau buat keputusan untuk anak masing masing. Kadang punca daripada ini pun boleh jadi. Tapi kalau Nampak dah teruk sangat, buat laporan polis dahulu. Kemudian terpulanglah. Ok. Al fatihah untuk mangsa kes bunuh di krubong Melaka.

Cara untuk tahu samada kita layak atau tidak untuk Program Subsidi Petrol (PSP)

Cara untuk tahu samada kita layak atau tidak untuk Program Subsidi Petrol (PSP) | Semalam ada terbaca satu post berkaitan kerajaan ingin memberikan subsidi petrol kepada rakyat yang terpilih. Bila baca lagi mereka yang terpilih itu adalah mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Mungkin ramai lagi yang belum tahu apakah itu Program Subsidi Petrol (PSP), jadinya mari aku terangkan serba sedikit apa yang aku faham mengenai subsidi ini. Dan cara untuk semak kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP).

Ok, Program Subsidi Petrol (PSP) ini adalah salah satu cara kerajaan untuk ringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah melalui subsidi yang diberi. Subsidinya tentulah petrol kan. Dan bantuan ini diberikan dalam bentuk kewangan. Kiranya macam, kerajaan beri kita duit minyak la untuk beli petrol.

Sebelum ini semua orang menggunakan subsidi minyak tanpa mengira latar belakang kewangan. Dan berlandaskan daripada itu, kerajaan mewujudkan 1 bentuk subsidi bersasar yang mana, mereka yang benar benar layak sahaja boleh menggunakan subsidi ini.

Untuk lebih faham mengenai Program Subsidi Petrol (PSP) ini, bolehlah rujuk pada carta di bawah:


Cara untuk tahu samada kita layak atau tidak untuk Program Subsidi Petrol (PSP)

Dan untuk tahu samada kita layak atau tidak untuk Program Subsidi Petrol (PSP) ini, boleh klik link di bawah (klik kanan mouse kemudian klik open in new tab):


<Program Subsidi Petrol (PSP)>
Jenis jenis Makanan Superfood

Makanan superfood terbaik untuk kekal bertenaga sepanjang masa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam ada 1 post aku di facebook berkaitan dengan superfood. Al kisahnya, ramailah yang bertanyakan apakah Jenis jenis Makanan Superfood ni. Nampaknya masih ramai yang belum tahu dan mungkin tak pernah dengar pun apa itu superfood. Ok lah, hari ini aku akan kongsikan beberapa jenis Makanan Superfood Malaysia khas untuk pembaca blog ini.

Makanan Superfood Malaysia.

Sebenarnya ada beberapa makanan superfood ini yang dah menjadi makanan lazim untuk kita. Mungkin ada yang makan hari hari pun, cumanya, mereka tak tahu, makanan yang mereka makan itu adalah dalam jenis superfood. Berikut merupakan Jenis jenis Makanan Superfood Malaysia:

Jenis jenis Makanan Superfood

#1. Kurma.

Biasa makan kurma? Ini memang makanan wajib untuk bulan puasa kan? Tapi ianya sebenarnya tidak terhad untuk itu sahaja. Boleh sahaja kita jadikan makanan harian kita. Kurma mengandungi karbohidrat yang tinggi iaitu fruktosa yang mana ianya memberikan tubuh badan kita tenaga yang berpanjangan.

Korang mesti biasa buat atau pernah dengar, waktu bulan puasa, kita campurkan kurma bersama dengan air susu dan minum waktu sahur. Kesannya, kita bertenaga sepanjang hari kan? Ya! Kurma adalah superfood!

Jenis jenis Makanan Superfood

#2. Madu.

Walaupun rasa madu itu manis tetapi ianya tersangat baik untuk tubuh manusia jika dibandingkan dengan gula. Madu mengandungi kalori yang tinggi serta kaya dengan fruktosa, maltosa, sukrosa dan glukosa, yang mana ini sangat diperlukan untuk tubuh badan kita.

Selain memberikan tenaga, ianya terbukti baik untuk beberapa penyakit manusia!

Jenis jenis Makanan Superfood

#3. Pisang.

Biasa tengok tak ahli sukan makan pisang? Sebab apa? Sebab ianya mampu memberikan tenaga yang cepat untuk tubuh kita. Pisang termasuk dalam Senarai Makanan Superfood yang murah dan mudah di dapati di sini. Selain mudah untuk di bawa ke mana mana, pisang mampu menjadikan perut kita kenyang lebih lama.

Selain tersenarai dalam Jenis jenis Makanan Superfood, pisang boleh juga dijadikan makanan diet ni. Hehehe.

Jenis jenis Makanan Superfood

#4. Telur.

Bila aku cari bacaan mengenai Senarai Makanan Superfood ni, banyak yang tulis telur adalah termasuk dalam kategori makanan yang memberikan tenaga. Ini adalah kerana, telur mengandungi protein yang tinggi. Kandungan zat yang ada di dalamnya juga menjadikan ianya adalah makanan sihat.

Tapi aku kalau makan telur rebus, aku tak suka makan bahagian kuning.

Jenis jenis Makanan Superfood

#5. Kekacang.

Kekacang ni kaya dengan sumber antioksida dan vitamin e. Selain baik untuk tubuh, ianya adalah makanan terbaik untuk otak juga. Sambil sambil duduk saja, bolehlah makan kekacang kan?

Oklah. Rasanya itu sahajalah perkongsian aku tentang Makanan Superfood Malaysia ni. Makanan makanan ini memang sangat bagus untuk tubuh kita dan mampu memberikan tenaga yang berpanjangan pada kita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

rezeki yang tak di sangka sangka

Kisah burung dan rezeki dari Allah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini nak kongsikan cerita tentang burung dan rezeki yang datang daripada Allah. Sebabnya, ramai daripada kita hari ini, lebih memilih untuk jadi penerima berbanding pemberi. Dan semoga kisah ini, mampu mengubah kita Kearah yang lebih baik. insyaAllah.

Baik. Ceritanya macam ini, ada seorang hamba Allah. Seorang yang kuat beribadah pada Allah. Seorang yang rajin bekerja mencari rezeki. Satu hari, dia ternampak seekor burung yang patah sayap. Timbul rasa kesian dalam hati dia. Memikirkan macam mana dia nak cari makan kalau sayapnya telah patah.

Lama juga dia memikirkan hal itu dan tiba tiba, datang seekor burung lain. Datang membawa makanan dan diberikan kepada burung yang sedang sakit itu. Perlahan perlahan burung tersebut makan dan selepas itu, burung yang sihat ini pun terbang.

Si polan yang melihat kejadian ini merasa sangat bersyukur. Di saat kita sedang sakit, Allah tetap memberikan rezeki kepada kita. Dan dia sangat percaya, 100% rezeki setiap manusia itu dah ditetapkan. Dan terus membuat keputusan untuk berhenti kerja (kerana percaya rezeki itu pasti ada).

Agak lama juga dia tidak bekerja. Hampir 3 bulan selepas itu, berita tentang si polan ini sampai kepada seorang alim ulama. Maka datang alim ulama ini ke rumah si polan untuk bertanyakan hal ini.

Apabila sampai ke rumah, alim ulama ini terus tanyakan pada si polan ini:

Aku dengar kau sudah tidak lagi bekerja? Kenapa?

Lalu diceritakanlah si polan ini kisah sang burung dan kepercayaan bahawa dia percaya yang rezeki itu pasti ada.

Apabila mendengar kata kata si polan ini, alim ulama ini terus mengelengkan kepala dan berkata:

“kenapa mesti kau menjadikan yang lemah itu sebagai contoh? Kenapa tidak kau menjadikan yang kuat itu sebagai petunjuk? Yang membantu orang lain ketika mereka susah? Yang mengenyangkan orang lain disaat mereka tidak ada apa apa makanan?”

Dan inilah yang berlaku pada kebanyakan kita hari ini. Kita lebih suka menjadi penerima daripada menjadi pemberi. Kita lebih suka menunggu daripada mencari. Bukankah yang memberi itu lebih baik? Indahnya rasa hati ini bila kita mampu membahagiakan orang lain. Kan? Oleh itu, mulai hari ini, jom kita sama sama ubah diri kita. Daripada menerima menjadi pemberi. Menarik kan?

Sebab Sebab Doa Tidak Makbul.

Ini salah satu sebab doa susah nak makbul | Assalamualikum dan salam sejahtera. Mesti ada di antara kita yang selalu memanjatkan doa kepada yang maha esa. Tak kisahlah apa pun doanya. Dan pasti ada daripada kita yang selalu tertanya-tanya, aku ni solat tak tinggal, doa tu selalu, tapi Kenapa Doa Tak Makbul juga? Apa Sebab Doa Tidak Makbul ni?

Aku bukanlah pakar ugama. Tapi baru baru ini, alhamdulilah, digerakkan Allah untuk tengok 1 video dekat youtube. Tajuk ceramah ustaz itu adalah apakah Punca Doa Tidak Makbul? Banyak juga yang dikupas cumanya aku tertarik dengan 1 point daripada ustaz ni. Kiranya terkesan jugalah sebab selalu juga buat benda tu.

Sebab Sebab Doa Tidak Makbul.


Kita ni dah elok dah solat tak tinggal. Berdoa selalu. Itu bagus tu. Tapi kenapa Allah tak juga makbulkan doa kita. Allah tak sayang kita ke? Atau doa aku ni terlalu besar? Bukan, bukan macam tu. Allah sayang semua hamba hambanya. Dan tiada apa yang mustahil bagi Allah. Dia tuhan sekalian alam.

Oklah, Mengapa Doa Tidak Makbul? Yang pertama sekali, cuba tengok diri kita. Penampilan kita, pergaulan kita, dan tutur kata kita. Semua ok ke? Atau kita rasa ok walhal tak ok sebenarnya? Ha, benda inilah yang selalu buat kita terlepas pandang.

Di antara Punca Doa Tidak Makbul adalah Bahasa/perkataan yang kita guna atau keluarkan setiap hari atau masa. Cuba tengok balik, dalam 1 hari tu, kita ada cakap yang buruk pasal orang lain tak? Kita ada menuduh orang lain tanpa ada bukti yang kukuh tak? Atau sepanjang hari kita mengata yang tidak elok pasal orang lain?

Kata ustaz, ketahuilah di antara sebab Kenapa Doa Tidak Makbul adalah kerana hitamnya hati kita ni. Hitamnya datang daripada mulut kita yang kerap/selalu berkata yang tidak elok tentang orang lain. Makin banyak yang kita cakapkan, makin hitamlah hati kita ni.

Kalau hati dah hitam, macamana doa nak mudah makbul kan? Cuba bayangkan, dah berapa lama kita hidup, pasti dah macam-macam benda kita kata kat orang kan? Allahurabbi.

Jadi bermula hari ini, jom kita sama sama beringat. Berhentilah berkata yang tidak elok pada orang lain. Rugi sebenarnya ruang dalam otak kita jika kita habiskan banyak masa dengan berkata pasal orang lain.


5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia

5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Al kisahnya semalam aku terbaca 1 artikel mengenai makanan syurga yang ada di dunia. Makanan atau lebih tepatnya lagi, buah buahan syurga yang dimaksudkan adalah pisang. Allahurabi, aku 1 keluarga memang suka sangat makan pisang lebih lebih lagi anak bongsu aku, memang pengemar pisang. Dan bila aku buat rujukan mengenai Makanan makanan syurga yang ada di dunia, rupa-rupanya bukan setakat pisang je yang ada, malah ada banyak lagi makanan yang lain. Allahurabbi.

Umum mengetahui yang syurga adalah tempat yang terindah. Yang diimpikan oleh semua makhluk Allah. Indahnya kehidupan di sana tak terucap dek kata kata. Tak terbayang dek fikiran. Sungguh indah. Dan di antara kisah kehidupan di syurga adalah mengenai makanan yang cukup lazat.

5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia.


“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu”. Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.” [QS. Al-Baqarah ayat 25]

Hari ini aku cuba senaraikan beberapa buah buahan syurga yang terdapat di bumi:

5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia

#1. Delima.

Buah yang sangat mudah di perolehi. Kalau tengok, banyak di tanam di kawasan kawasan perumahan mahupun kampung kan. Siapa tahu, delima adalah buah buahan daripada syurga. Ianya juga ada di sebut di dalam Al Quran.

“Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” [QS. Al-‘An`ām ayat 141]

5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia

#2. Pisang

Buah buahan kegemaran keluarga aku. Selain mudah di dapati, ianya juga sangat murah. Selain sedap makan macam itu je, sedap juga jika dibuat goreng pisang kan? Siapa tahu, ini juga adalah buah buahan daripada syurga.

“Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya” .” [QS. Al-‘Waqiah ayat 29]

5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia

#3. Buah zaitun

Biasakan Nampak minyak zaitun dekat kedai kedai? Memang mahal sedikit minyaknya, kena dengan kebaikan yang ada pada minyak zaitun ini. Cumanya belum pernah lagi la rasa makan buah zaitun ini.

“Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” [QS. An-Naĥl ayat 11]

5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia

#4. Anggur.

Allahurabbi. Memang tak sangka betul yang buah anggur pun adalah makanan penghuni syurga. Anggur juga di antara buah buahan pilihan keluarga. Suka yang warna hitam dan tanpa biji tu. Cumanya harganya sedikit mahal kan?

Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan,” [QS. Al-Mu’minūn ayat 23]

5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia

#5. Kurma.

Bila sebut pasal kurma, mesti teringat iklan kurma yusuf taiyoob kan? Muncul waktu bulan puasa je. Hehehe. Ini makanan wajib waktu bulan puasa.

“Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” [QS. Ar-Ra`d ayat 13]


Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli sesat?

Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih di berikan kesempatan untuk menulis, alhamdulilah. Oklah, Rasanya isu ini masih hangat diperkatakan di media social. Mana kan tidak, ianya sampai melibatkan pihak mufti. Jadi tersangatlah besar isu ini. Isu apa ya? Ala, isu yang kata Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini ajar ajaran sesat. Katanya ilmu new age. Dan macam macam lagi.

Perkara ini dah pun mendapat perhatian dan pihak mufti sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini. Boleh rujuk bayan linnas mufti mengenai seminar metamorphosis ini ya.

Sebagai salah seorang peserta Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli di Melaka, aku tak terlepas juga daripada tuduhan ini. Ramai yang datang Tanya, kelas ini ajar tentang apa? Betul ke apa yang orang tulis dekat media social tu? Betul ke afnan rosli ni macam ini, macam itu? Eh! Macam-macam persoalan yang kawan kawan aku tanyakan.

Dan jawapan aku sama je pada siapa pun yang bertanya, kelas metamorphosis ni ajar tentang bahagia. Hahaha. Ya! Jawapan nya memang dia ajar kita hidup bahagia. Bunyi memang pelik, tapi inilah hakikatnya.

Dan dah pastilah ramai yang akan Tanya, dah kenapa kan bahagia pun nak di ajar. Tak ke pelik, seminar afnan rosli ni kalau buat, habis dalam beberapa minit je. Kalau bukak 1000 tempat duduk, habis dalam masa beberapa minit je. Percaya tak? Tolonglah percaya sebab inilah kenyataannya.

Dan seminar yang terakhir, seminar yang penuh kontroversi dah pun habis minggu lepas, seminar mega metamorphosis cancel.

Berbalik semula pada cerita Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini yang dikatakan ajar ilmu sesat. Apa yang aku boleh sampaikan daripada apa yang aku belajar adalah, dia ajar kita bersyukur dengan semua yang kita ada. Ini yang aku buat daripada habis kelas di Melaka sampailah ke hari ini.

Afnan rosli ajar tentang:

Bersyukur dengan setiap anggota tubuh badan kita. Kita masih ada nyawa. Kita ada tangan yang sempurna, ada kaki, ada mata, sempurna.

Kita masih ada tempat tinggal, buka mata masih ada bumbung, tidur atas katil yang selesa. Ada anak isteri di sebelah. Semua yang patut kita syukur.

Nak makan apa sahaja, semua boleh masak. Nak tukar tukar makan, boleh je beli dekat kedai. Itu syukur tahap tinggi dah tu. Kalau nak di bandingkan dengan saudara saudara kita dengan kawasan perang tu.

Kemudian syukur dengan semua benda sekeliling kita. Tengok pokok pun boleh menangis. Part ini lah yang mungkin ramai kata sesat. Kalau daripada aku sendiri, daripada apa yang aku belajar dekat Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini, rasa syukur sebab pokok pokok inilah yang menyinari kehidupan kita.

Cuba bayangkan kalau pokok tu semua warna putih? Berseri tak kehidupan kita ni? Cuba bayangkan kalau pokok pokok tepi jalan atau dekat mana mana tiada? Kan nanti panas je tak redup. Dan cuba bayangkan kalau pokok tiada? Daripada mana datangnya oksigen kan?

Yang sebenarnya, bukan takat tengok pokok je menangis. Aku tengok signboard pun aku menangis. Hahaha. Ahh! Kang orang cakap aku sesat pulak ni. Kenapa aku menangis? Sebab aku rasa syukur sangat sangat sebab aku boleh membaca. Tak seperti rakan rakan yang tak mampu membaca. Lebih sedih, mereka yang langsung tak pernah melihat. Jadi salahkah kalau kita bersyukur?

Banyak sangat nikmat yang Allah beri pada kita ni sampaikan kita terlupa nak ucapkan syukur. Dan inilah yang aku belajar dekat kelas metamorphosis dan amalkan sampai hari ini. Bersyukur dengan semua perkara.

Mungkin ada yang Tanya, itu part bersyukur. Macamana pula part meditasi? Travel ke umur 4 tahun semua tu. Terus terang aku beritahu, aku tak buat pun semua tu. Hahaha. Hidup kita ada pilihan kan. Pada aku mudah, kau yang pilih kau nak belajar tentang apa.

Katakan dalam seminar tu ada 10 module. Tak semua yang kau akan ambil dan Pratik. Mungkin kau ambil dalam 2 atau 3 module je. Percayalah. Yang lain mungkin kau akan ambil sebagai nota sahaja.

Tapi part meditasi tu, aku tak rasa pun ianya sesat kalau kau buat dengan cara yang betul. Contoh aku bagi, meditasi ini kiranya kau kosongkan fikirkan kau daripada fikir semua perkara. Tak semestinya kau kena duduk bersila sambil tangan kau terbuka ke atas. Kau boleh je duduk rilek, tenangkan diri dan pasang zikir (tak perlu pun pasang lagu 728Hz tu)

Tenang dan jangan fikir apa apa. Kosongkan fikiran. Dengar setiap bait bait zikir tu. Fungsinya untuk apa? Untuk ajar diri kau bertenang. Kadang hidup kita ini huru hara dek kerana masalah dunia. 

Terlalu kusut! Macam- macam kena fikir. Dan inilah caranya untuk kita ambil masa tenangkan diri. Adalah itu juga dikatakan salah? Kena sentiasa ingat ini, manusia yang tenang itu sentiasa menang.

Dan banyak lagi benda yang boleh dipelajari dalam Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini. Banyak asbab perubahan yang berlaku dalam diri aku sekarang ini bermula daripada kelas ini. Dan pastinya semua ini atas izin Allah jua lah.

Ini kalau aku nak tulis semua, rasanya boleh buat buku ini. Cumanya apa yang aku nak sampaikan, bersyukurlah dengan semua perkara. Daripada sebesar besar perkara hinggalah sampai ke sekecil kecil perkara. Berhentilah daripada menuduh dan berkata tidak baik pada orang lain.

Aku tak berkata bukan bukan pada mereka ya, cumanya apa yang aku nak sampaikan, mungkin mereka yang terlalu taksub itu yang menjadikan Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini Nampak macam terpesong walhal hakikatnya tidak.

Kami masih lagi berpegang kepada ajaran ahlus sunnah wal jamaah dan tetap berpegang kepada Allah yang satu. Semoga apa yang aku sampaikan ini, diterima dengan hati terbuka pada semua ya. Mohon maaf kalau ada penulisan yang menyakitkan hati sesiapa.
Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ▼  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ▼  October (13)
      • Berhadapan dengan masalah Temperature Kereta Naik ...
      • Akhirnya dapat juga beli bantal Das Abdul Global
      • Bila nak kaya VS Macam mana nak kaya?
      • Sakitnya leher lepas bangun tidur!
      • Percutian Ala Maldives dengan harga yang murah di ...
      • 7 Rahsia pengutip sampah menjadi seorang jutawan
      • Susulan kes bunuh di krubong, Melaka.
      • Cara untuk tahu samada kita layak atau tidak untuk...
      • Makanan superfood terbaik untuk kekal bertenaga se...
      • Kisah burung dan rezeki dari Allah
      • Ini salah satu sebab doa susah nak makbul
      • 5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia
      • Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    Raya Dengan Gaya Bersama Corvan, Ini 6 Produk Jadi Rebutan Ramai Yang Anda Wajib Ada Di Rumah
  • The Patriots
    Genting Bidor: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Guna Telefon Jana Pendapatan 4 Angka Berniaga Online
  • Bro Framestone
    Pra-pesanan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G Dibuka Mulai 24 Mac 2023
  • Aliff Channel
    Lepas Cerai Tak Buka Aib Sesiapa, Mizz Nina Dipuji Netizen – Ada Isu Rumahtangga Pun Diam?
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Tiket tren ETS tambahan sempena raya & Hari Pekerja boleh dibeli mulai hari ini
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates