5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia

5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia | Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Al kisahnya semalam aku terbaca 1 artikel mengenai makanan syurga yang ada di
dunia. Makanan atau lebih tepatnya lagi, buah buahan syurga yang dimaksudkan
adalah pisang. Allahurabi, aku 1 keluarga memang suka sangat makan pisang lebih
lebih lagi anak bongsu aku, memang pengemar pisang. Dan bila aku buat rujukan
mengenai Makanan makanan syurga yang ada
di dunia, rupa-rupanya bukan setakat pisang je yang ada, malah ada banyak
lagi makanan yang lain. Allahurabbi.
Umum mengetahui
yang syurga adalah tempat yang terindah. Yang diimpikan oleh semua makhluk
Allah. Indahnya kehidupan di sana tak terucap dek kata kata. Tak terbayang dek
fikiran. Sungguh indah. Dan di antara kisah kehidupan di syurga adalah mengenai
makanan yang cukup lazat.
5 Makanan makanan syurga yang ada di dunia.
“Dan
sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa
bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.
Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan:
“Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu”. Mereka diberi buah-buahan
yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka
kekal di dalamnya.” [QS. Al-Baqarah ayat 25]
Hari ini
aku cuba senaraikan beberapa buah buahan syurga yang terdapat di bumi:

#1. Delima.
Buah yang
sangat mudah di perolehi. Kalau tengok, banyak di tanam di kawasan kawasan
perumahan mahupun kampung kan. Siapa tahu, delima adalah buah buahan daripada
syurga. Ianya juga ada di sebut di dalam Al Quran.
“Dan Dialah
yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon
korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa
(bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang
bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik
hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu
berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
berlebih-lebihan.” [QS. Al-‘An`ām ayat 141]

#2. Pisang
Buah buahan
kegemaran keluarga aku. Selain mudah di dapati, ianya juga sangat murah. Selain
sedap makan macam itu je, sedap juga jika dibuat goreng pisang kan? Siapa tahu,
ini juga adalah buah buahan daripada syurga.
“Dan
pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya” .” [QS. Al-‘Waqiah ayat 29]

#3. Buah zaitun
Biasakan Nampak
minyak zaitun dekat kedai kedai? Memang mahal sedikit minyaknya, kena dengan
kebaikan yang ada pada minyak zaitun ini. Cumanya belum pernah lagi la rasa
makan buah zaitun ini.
“Dia menumbuhkan
bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala
macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda
(kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” [QS. An-Naĥl ayat 11]

#4. Anggur.
Allahurabbi.
Memang tak sangka betul yang buah anggur pun adalah makanan penghuni syurga. Anggur
juga di antara buah buahan pilihan keluarga. Suka yang warna hitam dan tanpa
biji tu. Cumanya harganya sedikit mahal kan?
Lalu dengan
air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam
kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari
buah-buahan itu kamu makan,” [QS. Al-Mu’minūn ayat 23]

#5. Kurma.
Bila sebut
pasal kurma, mesti teringat iklan kurma
yusuf taiyoob kan? Muncul waktu bulan puasa je. Hehehe. Ini makanan wajib
waktu bulan puasa.
“Dan di
bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur,
tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang,
disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu
atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu
terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” [QS. Ar-Ra`d
ayat 13]
0 Comments