Berhadapan dengan masalah Temperature Kereta Naik Mendadak | MrEjoy

Berhadapan dengan masalah Temperature Kereta Naik Mendadak

Temperature Kereta Naik Mendadak

Berhadapan dengan masalah Temperature Kereta Naik Mendadak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru 2 ke 3 hari lepas, aku berhadapan dengan masalah Temperature Kereta Naik Mendadak! Waktu tu memang tak perasan yang temperature tu dah naik, sedar sedar waktu tengok meter, dah naik sampai 5 bar! Fuh! Kenapa Temperature Kereta Naik Mendadak ni? Tiba -tiba! Waktu tu memang dah fikir macam macam dah. Paling utama, takut kereta jammed je, dah la rumah jauh lagi kan.

Kesan Temperature Kereta Naik.

Mungkin ada yang tak tahu apa akan jadi kalau kita tetap teruskan perjalanan walaupun temperature kereta kita naik. Standard temperature adalah 3 bar ye. Kalau naik satu pun, aku dah rasa takut sangat dah. Inikan pulak naik sampai 5 bar. Ok, apa Kesan kalau Temperature Kereta Naik? Ada banyak, salah satunya adalah Head atau block boleh bengkok (ianya menjadi sebab kepada masalah minyak dan air bercampur) dan yang paling kritikal adalah engine jammed (ini yang aku paling risau).

Sebelum ini aku pernah kena sekali Temperature Kereta Naik Mendadak ni. Bila aku dapatkan info, puncanya adalah masalah thermostat. Macamana nak tahu Punca Temperature Kereta Naik adalah disebabkan item ini? Caranya adalah:

Periksa kedua dua hose besar yang ada pada radiator. Satu dekat atas dan satu lagi dekat bawah. Kalau hose bahagian atas panas dan hose bahagian bawah sejuk, itu maknanya thermostat kereta bermasalah. Bawa kereta ke bengkel dan beritahu, thermostat rosak. Lepas tukar, confirm suhu kereta tak naik lagi (kes aku la) hehehe.

Tapi kali ini, aku check kedua dua hose panas! Ah sudah! Kenapa Temperature Kereta Naik ni? Dan apa yang aku perasan, suhu kereta ni naik bila aku buka aircond. Daripada info lepas, ada banyak sebab kenapa temperature kereta ni naik. Antaranya adalah:


  1. Thermostat rosak
  2. Pressure cap rosak (spring dan rubber seal rosak
  3. Radiator bocor
  4. Radiator tersumbat
  5. Hose radiator bocor
  6. Water pump rosak

Dalam kes ini, aku cuba check Pressure cap. Waktu aku nak bukak tu, memang ada masalah. Jadinya aku suspek yang benda ni Punca Temperature Kereta Naik waktu Buka Aircond. Jadi malas nak fikir panjang, aku bawa je kereta ke bengkel.

Macam biasa, mekanik akan check semua benda. Hose atas dan bawah panas atau sejuk, kondisi radiator, kondisi semua hose yang berkaitan dan pressure cap. Dan setelah periksa semua benda, maka tahulah aku punca sebenar kenapa presure kereta aku naik.

Radiator tersumbat dan hose bocor. Adeh! Waktu periksa hose tu, memang nampak ada kesan bocor dan macamana nak tahu radiator kereta tersumbat? Boleh tengok melalui lubang pressure cap,dah berkeladak dalam tu! Dan pressure cap aku pun dah rosak! Adeh!

Punca kenapa radiator boleh tersumbat pulak sebab pakai air paip. Itupun salah juga tu. Sepatutnya kena pakai coolant campur dengan air paip. Tapi disebabkan lama tak servis, asyik masuk air paip je, terus berkarat. Terus tersumbat radiator tu.

Jadinya, terus aku servis radiator dan tukar hose baru atas dan bawah, tukar pressure cap dan masukkan coolant. Siap semua. Kos bawah RM200 sahaja. Masih murah la kan kalau dibandingkan enjin jammed! Pening juga memikirkan kos nak repair tu nanti.

Apa pun, alhamdulilah. Kereta dah kembali normal. Lama juga dia berkhidmat untuk aku dan keluarga. Kereta pertama beli pula tu. Sesekali dia usik, risau juga kan. Apa pun, Semoga info mengenai Punca Temperature Kereta Naik Mendadak ini menjadi panduan untuk semua ya!

Share:

0 comments