Bila nak kaya VS Macam mana nak kaya? | MrEjoy

Bila nak kaya VS Macam mana nak kaya?

Bila nak kaya VS Macam mana nak kaya

Bila nak kaya VS Macam mana nak kaya? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis lagi di sini, blog mrejoy.com. Awal pagi tadi, ada seorang kawan mengeluh dengan aku, katanya sampai bila lah nak kerja macam ini kan? Bila lah kita nak kaya? Aku macam biasalah, tersenyum jelah, sebab dah tahu dah yang dia tak akan kaya punya. Sebab apa? Sebab bila nak kaya?

Faham tak apa maksud aku tu? Dia sendiri pun tak tahu bila dia nak kaya. Yang dia tahu, hanya cakap bila dan bila. Tak ada tarikh, tak ada target, tak ada tujuan. Kita kalau setiap hari, gunakan ayat bila lah nak kaya ni, percayalah sampai bila pun kita tak akan kaya.

Bila nak kaya VS Macam mana nak kaya?


Benda ni aku belajar dalam 1 kelas online. Guru yang mengajar itu, suruh tukar semua ayat ayat yang dah menjadi kebiasaan kita. Sebab walaupun Nampak biasa, tapi ianya sebenarnya sangat sangat mempengaruhi diri kita seperti contoh, bila nak kaya?

Jadinya, ayat bila nak kaya itu, ubah kepada Macam mana nak kaya? Bila kita selalu guna ayat ini, otak kita akan bekerja lebih keras untuk mencari jalan dan peluang, untuk macam mana kita boleh jadi kaya.

Kita juga akan dengan sendirinya berfikir, apa yang kita perlukan untuk jadi kaya raya? Bila nak jadi? Berapa yang perlu kita ada untuk bergelar kaya raya? Nak kaya dengan cara yang macam mana? Kemudian, lepas dah jadi kaya raya nak buat apa pula? Semua tu kena jelas perjalanannya. Barulah kita benar benar jadi apa yang kita nak jadi.

Semua ini sangat penting kalau kita ada target berbanding merungut setiap hari cakap bila lah nak kaya, bila lah nak kaya. Kesudahannya, kehidupan dia macam itulah sampai bila bila. Hebatnya manusia, mereka nak macam macam, tapi tak mahu berubah dan lebih selesa hidup dalam comfort zone masing masing.

Apa pun, buat mereka yang ada target untuk berubah, kita sama sama belajar. Ubah kebiasaan kita kepada yang luar biasa. Kadang, kita ubah sikit je daripada Bila nak kaya kepada Macam mana nak kaya. Tetapi impak dia sangat besar. Orait?

Tags:

Share:

0 comments