Kisah burung dan rezeki dari Allah

Kisah burung dan rezeki dari Allah | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Hari ini nak kongsikan cerita tentang burung dan rezeki yang datang
daripada Allah. Sebabnya, ramai daripada kita hari ini, lebih memilih untuk
jadi penerima berbanding pemberi. Dan semoga kisah ini, mampu mengubah kita Kearah
yang lebih baik. insyaAllah.
Baik. Ceritanya
macam ini, ada seorang hamba Allah. Seorang yang kuat beribadah pada Allah. Seorang yang
rajin bekerja mencari rezeki. Satu hari, dia ternampak seekor burung yang patah
sayap. Timbul rasa kesian dalam hati dia. Memikirkan macam mana dia nak cari
makan kalau sayapnya telah patah.
Lama juga
dia memikirkan hal itu dan tiba tiba, datang seekor burung lain. Datang membawa
makanan dan diberikan kepada burung yang sedang sakit itu. Perlahan perlahan
burung tersebut makan dan selepas itu, burung yang sihat ini pun terbang.
Si polan
yang melihat kejadian ini merasa sangat bersyukur. Di saat kita sedang sakit,
Allah tetap memberikan rezeki kepada kita. Dan dia sangat percaya, 100% rezeki
setiap manusia itu dah ditetapkan. Dan terus membuat keputusan untuk berhenti
kerja (kerana percaya rezeki itu pasti ada).
Agak lama
juga dia tidak bekerja. Hampir 3 bulan selepas itu, berita tentang si polan ini
sampai kepada seorang alim ulama. Maka datang alim ulama ini ke rumah si polan
untuk bertanyakan hal ini.
Apabila sampai
ke rumah, alim ulama ini terus tanyakan pada si polan ini:
Aku dengar
kau sudah tidak lagi bekerja? Kenapa?
Lalu diceritakanlah
si polan ini kisah sang burung dan kepercayaan bahawa dia percaya yang rezeki
itu pasti ada.
Apabila mendengar
kata kata si polan ini, alim ulama ini terus mengelengkan kepala dan berkata:
“kenapa
mesti kau menjadikan yang lemah itu sebagai contoh? Kenapa tidak kau menjadikan
yang kuat itu sebagai petunjuk? Yang membantu orang lain ketika mereka susah? Yang
mengenyangkan orang lain disaat mereka tidak ada apa apa makanan?”
Dan inilah
yang berlaku pada kebanyakan kita hari ini. Kita lebih suka menjadi penerima
daripada menjadi pemberi. Kita lebih suka menunggu daripada mencari. Bukankah yang memberi itu lebih baik? Indahnya rasa hati ini bila kita mampu
membahagiakan orang lain. Kan? Oleh itu, mulai hari ini, jom kita sama sama
ubah diri kita. Daripada menerima menjadi pemberi. Menarik kan?
0 Comments