Makanan superfood terbaik untuk kekal bertenaga sepanjang masa

Makanan superfood terbaik untuk kekal bertenaga
sepanjang masa |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam ada 1 post aku di facebook
berkaitan dengan superfood. Al kisahnya, ramailah yang bertanyakan apakah Jenis
jenis Makanan Superfood ni. Nampaknya masih ramai yang belum tahu dan mungkin
tak pernah dengar pun apa itu superfood. Ok lah, hari ini aku akan kongsikan
beberapa jenis Makanan Superfood Malaysia khas untuk pembaca blog ini.
Makanan Superfood Malaysia.
Sebenarnya
ada beberapa makanan superfood ini yang dah menjadi makanan lazim untuk kita. Mungkin
ada yang makan hari hari pun, cumanya, mereka tak tahu, makanan yang mereka
makan itu adalah dalam jenis superfood. Berikut merupakan Jenis jenis Makanan
Superfood Malaysia:

#1. Kurma.
Biasa makan
kurma? Ini memang makanan wajib untuk bulan puasa kan? Tapi ianya sebenarnya
tidak terhad untuk itu sahaja. Boleh sahaja kita jadikan makanan harian kita. Kurma
mengandungi karbohidrat yang tinggi iaitu fruktosa yang mana ianya memberikan
tubuh badan kita tenaga yang berpanjangan.
Korang mesti
biasa buat atau pernah dengar, waktu bulan puasa, kita campurkan kurma bersama
dengan air susu dan minum waktu sahur. Kesannya, kita bertenaga sepanjang hari
kan? Ya! Kurma adalah superfood!

#2. Madu.
Walaupun rasa
madu itu manis tetapi ianya tersangat baik untuk tubuh manusia jika
dibandingkan dengan gula. Madu mengandungi kalori yang tinggi serta kaya dengan
fruktosa, maltosa, sukrosa dan glukosa, yang mana ini sangat diperlukan untuk
tubuh badan kita.
Selain memberikan
tenaga, ianya terbukti baik untuk beberapa penyakit manusia!
:strip_icc():format(jpeg)/kly-media-production/medias/2366254/original/049694100_1537783844-charles-deluvio-700417-unsplash__1_.jpg)
#3. Pisang.
Biasa tengok
tak ahli sukan makan pisang? Sebab apa? Sebab ianya mampu memberikan tenaga
yang cepat untuk tubuh kita. Pisang termasuk dalam Senarai Makanan Superfood
yang murah dan mudah di dapati di sini. Selain mudah untuk di bawa ke mana
mana, pisang mampu menjadikan perut kita kenyang lebih lama.
Selain
tersenarai dalam Jenis jenis Makanan Superfood, pisang boleh juga dijadikan
makanan diet ni. Hehehe.

#4. Telur.
Bila aku
cari bacaan mengenai Senarai Makanan Superfood ni, banyak yang tulis telur
adalah termasuk dalam kategori makanan yang memberikan tenaga. Ini adalah
kerana, telur mengandungi protein yang tinggi. Kandungan zat yang ada di
dalamnya juga menjadikan ianya adalah makanan sihat.
Tapi aku
kalau makan telur rebus, aku tak suka makan bahagian kuning.

#5. Kekacang.
Kekacang ni
kaya dengan sumber antioksida dan vitamin e. Selain baik untuk tubuh, ianya
adalah makanan terbaik untuk otak juga. Sambil sambil duduk saja, bolehlah
makan kekacang kan?
Oklah. Rasanya
itu sahajalah perkongsian aku tentang Makanan Superfood Malaysia ni. Makanan makanan
ini memang sangat bagus untuk tubuh kita dan mampu memberikan tenaga yang
berpanjangan pada kita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
0 Comments