Percutian Ala Maldives dengan harga yang murah di Kanchanaburi, Thailand

Percutian Ala Maldives dengan harga yang murah
di Kanchanaburi, Thailand! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila sebut pasal Maldives, mesti
ramai yang teringin nak bercuti dekat sana kan? Bercuti dekat salah sebuah
pulau di antara yang tercantik di dunia, dengan pantai yang indah, dan percutian
kelas 5 bintang! Fuh, bunyi memang menarik tetapi bila melihat pada jumlah bayarannya,
ramai yang sekadar menjadikan ianya sebagai impian kan? Tetapi, nak tak kalau aku kongsikan 1 lokasi Percutian Menarik Di Thailand yang sama sahaja konsepnya dengan maldive?
Ahha! Banyak sebenarnya Tempat Percutian Menarik Di Thailand ni dan berkonsepkan percutian pantai. Ada Sebuah lokasi percutian berkonsepkan resort di
pantai ini dikatakan lebih kurang sama dengan konsep percutian di Maldives,
tetapi menawarkan harga yang lebih murah! Bukan nak cerita Percutian Di Phuket atau Hatyai atau krabi, tetapi Jom kita ke Z9 resort Kanchanaburi,Thailand!

Wow! Itu ayat
pertama yang keluar daripada mulut aku bila pertama kali melihat gambar Z9
resort ni. Tengok gambar pun dah wow! Tak tahulah macam mana kalau dapat bercuti
dekat sini kan? Aku memang suka konsep percutian macam ini. Rekabentuk
penginapan dia memang menarik dan lain daripada yang lain.
Sedikit
info daripada laman web Z9 resort
Kanchanaburi,Thailand.
Z9 di inspirasi dari nama Gunung Sinai (Mount Sinai) atau “Tour Sina” dalam Bahasa arab yang disebutkan dalam "Perikatan Sinai" sebagai gunung Moses. Yakni-Musa dalam dimensi Yahudi dan Kristian atau Nabi Musa dalam kepercayaan Islam - pergi ke gua untuk bermeditasi dan menerima apa yang disebut "Sepuluh Perintah" dari Tuhan. Pada masa itu, beliau terpaksa memerintah kira-kira 10 juta orang gunung suci di antara konflik dan huru-hara. Akibatnya, Gunung Sinai dianggap sebagai tempat Musa untuk menimbang fikirannya dan mengecas semula tubuhnya dan jiwa, setelah itu ia berbalik untuk mencapai misi terbesarnya. (Sumber laman web)
Apa yang
menariknya mengenai Z9 Resort ini adalah, ianya diperbuat daripada barang
barangan kitar semula seperti kayu kayu dan macam-macam lagi dan ini yang membuatkan
ianya jadi lebih menarik, resort ini pernah menang Interior design award 2018 weh! Perghh!


Orait! Apa yang
ditawarkan di sini? Dekat Z9 resort
Kanchanaburi,Thailand ini ada 20 buah bilik atas air (macam gambar dekat
atas ni). Pengunjung boleh berehat dengan tenang dan semestinya memberikan
mereka privasi. Ruangan bilik ini juga menawarkan balkoni jenis terbuka. Bolehlah
kita nak tengok pemandangan matahari terbenam/terbit dan pemandangan alam
semulajadi dekat situ.
Cumanya aku
tak berapa pasti, samada boleh mandi atau tidak! Yelah, kalau dekat Maldives
sana, kita boleh meluncur terus masuk ke dalam air kan. Dekat Z9 ni aku tak
pasti. Hehehe.


Ada banyak
aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ada kayak, jet ski, boleh
mandi air terjun dan ada lah beberapa aktiviti lain yang boleh kita buat. Jadi memang
tak bosan. Tapi kalau aku, aku suka habiskan banyak aktiviti dekat kawasan
resort je. Atau menikmati segala galanya dalam bilik. Oh la! Bosan kan? Hahaha.

Untuk makan.
Pihak Z9 resort Kanchanaburi,Thailand ada menyediakan sarapan yang dah termasuk
dalam bayaran tempahan penginapan tu. Cumanya aku masih mencari info makanan
makanan muslim ada disediakan tak. Atau ada restoran makanan muslim berdekatan
situ tak? Kalau tiada, kena bawa sendirilah ye.
Tapi sepanjang
aku ke negara gajah putih ni, tak susah pun kalau nak cari makanan halal ini. Oklah,
bagi sesiapa yang nak ke sini, bolehlah buat tempahan di laman web Z9 resort Kanchanaburi,Thailand ya! Semoga
hajat untuk ke Maldives sedikit terubat dengan percutian korang kat sini ya! Jumpa
lagi!
0 Comments