
7 Rahsia pengutip sampah menjadi seorang
jutawan |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum ni ada ternampak video seorang
lelaki ini yang Berjaya merubah dirinya daripada zero kepada hero. Tapi belum
sempat lagi nak tengok. Hari ini alhamdulilah, ada seorang rakan yang baik hati
berkongsikan 7 Rahsia pengutip sampah
menjadi seorang jutawan ini melalui perkongsian beliau. Banyak sebenarnya
point point penting yang boleh kita belajar dan buat untuk jadi kaya dengan
mudah dan cepat.
7 Rahsia pengutip sampah menjadi seorang jutawan.
Bila kita
sebut, nak kaya, kena banyak bersedekah. Kita Jadi Kaya Dengan Sedekah. Ramai yang
tak percaya. Lebih ramai yang takut nak keluarkan duit. Lebih selesa simpan
duit mereka. Kerana mereka fikir, kalau keluar duit, duit mereka akan habis. Tapi
mereka lupa, lebih banyak kita bersedekah, lebih banyak yang akan kita dapat.
insyaAllah.
Hari ini,
aku kongsikan semula 7 rahsia ini, semoga memberi kebaikkan kepada semua,
insyaAllah.
#1. Jaga mindset.
Ini yang paling
penting. Jaga mindset kita daripada segala macam perkara negative dan ayat ayat
negative. Bila diri kita selalu cakap tak boleh, semua benda akan jadi sukar. Jadi
ubah mindset kita. Jika kita sekarang susah, ubah mindset kita yang kita tak
akan selamanya susah. Macam Mana Nak Jadi Kaya kalau mindset kita penuh dengan
benda negative kan?
#2. Gunakan
50 % hasil pendapatan untuk di infaq.
Ini yang
aku ada tulis awal tadi. Gunakan sebahagian pendapatan kita untuk diinfaqkan. Beri
pada orang lain. Boleh juga diberikan kepada mereka yang nak bina masjid, rumah
anak yatim dan sebagainya. Terpulang pada masing masing ya.
#3. Cari mentor
yang betul
Ini pun
sangat penting. Nak Jadi Kaya dengan Cepat kena ada mentor yang betul. Sebab apa?
Kalau jarak untuk jadi kaya ambil masa 10 tahun, jika ada mentor, mungkin masa
itu boleh dipendekkan kepada 5 tahun sahaja. Kena berguru. Ada benda yang boleh
dan tak boleh kita buat. Lebih banyak ilmu, lebih cepat peluang untuk bergelar
jutawan.
#4. Sentiasa
tenang.
Ada masanya
kita akan jatuh, hilang mood, malas. Rilek. Bertenang. Jangan biarkan mood ini
kuasai diri kita. Cepat sedar dan masuk ke dalam lorong kejayaan kita. Jangan terlalu
jauh tersasar daripada target kita. Ingat, kita nak jadi seorang jutawan. Jangan
berhenti.
#5. Pelbagaikan
sumber pendapatan.
Orait. Macam
Mana Nak Jadi Kaya Cepat? Kena banyakkan sumber pendapatan. Jangan sesekali
harap pada 1 sumber sahaja. Pelbagaikan. Tak tahu macamana nak pelbagaikan
sumber? Baca point no #3.
#6. Jaga keberkatan
rezeki.
Target kita
bukan sahaja nak bergelar jutawan tapi nak rezeki kita diberkati. Jangan kejar
kekayaan sampai lupa tanggungjawab kita pada yang maha esa. Solat jangan
tinggal. Rajinkan Jemaah di surau/masjid. Sentiasa bangun tahajud. Baca quran.
#7. Jangan hanya
tukar gaya hidup.
Dah kaya
nanti, jangan sibuk nak beli rumah baru. Nak tukar kereta. Melancong ke sana
sini. Berbelanja seolah olah hidup lama di dunia. Bila dan kaya, dahulukan
mereka yang lebih memerlukan. Bantu mereka yang kekurangan. Adik beradik, mak
ayah kita tengok dulu. Orang sekeliling ada yang susah tak? Yang itu bantu
dulu.
Orait. Itu sahaja
7 Rahsia pengutip sampah menjadi seorang
jutawan yang boleh aku kongsikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat
kepada semua. insyaAllah.
0 Comments