Sakitnya leher lepas bangun tidur!

Sakitnya leher lepas bangun tidur! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Siapa pernah kena macam ini, Sakit Leher Selepas Bangun Tidur. Dia punya
peritnya tu, aduh! Tak terkata. Nak menoleh ke kiri kanan pun sakit kan? Puas juga
di urut perlahan lahan untuk hilangkan sakit tu, tapi tak menjadi. Ini semua
salah bantal la kan? Hehehe.
Biasanya,
bila kita Tanya kenapa Sakit Leher Setelah Bangun Tidur ini, ramai yang akan
cakap salah bantal. Mungkin posisi tidur kita tu tak betul. Dan memang ada
benarnya juga. Dalam sehari dua ni, aku ada ubah posisi tidur aku.
Aku jenis
yang tidur statik. Maksudnya, kalau tidur dekat area tu, esok pagi bangun pun
macam itu juga. Bukan jenis yang tidur macam itu, esok pagi dah berubah tempat!
Hahaha. Ada orang macam ini ye, bukan tipu tipu. Memang ada. Hehehe.
Bila dah
mula sakit leher ni, nak buat kerja apa pun tak jadi. Dah baca macam macam dah
cara Menghilangkan Sakit Leher Bangun Tidur ni. Banyak yang cadangkan buat
senaman ringan. Pusing ke kiri kanan,atas dan bawah. Buat urutan lembut dan
letakkan kain panas/sejuk pada leher (yang ini je belum buat).
Tapi nampaknya
masih belum berkesan semua cara cara yang diajarkan. Aku memang malas betul nak
ambil ubat dekat klinik. Dah makin menaik usia ni, memang malas betul apa
sahaja yang melibatkan urat. Kang kalau jumpa doctor, beritahu saya Sakit Leher
lepas Bangun Tidur, terang terang dia akan beri ubat sakit urat kan? Ish!
Cara Menghilangkan Sakit Leher Bangun Tidur.
Buat masa
sekarang, aku memang tahan je sakit ni. Tapi kalau kita tak elakkan dan terus
kekal dengan posisi tidur sekarang, memang lama lah dia akan sakit. Daripada bacaan
aku, tidur dengan bantal melebihi 1 adalah salah satu punca leher sakit lepas
bangun tidur.
Hahaha. Aku
tak tahulah kenapa, aku memang tak boleh tidur dengan satu bantal sahaja. Kalau
tidur dekat hotel, mesti nak ada extra bantal. Tapi ketahuilah, tidur dengan
bantal yang banyak juga adalah salah satu penyebab kepada sakit leher.
Atau mungkin
juga bantal yang kita gunakan tu dah terlalu lama. Rasanya ada betulnya juga. Rasa
macam dah lama sangat aku tak tukar bantal. Ha! Bercerita pasal bantal ni, aku
sebenarnya dah lama tengok orang jual Bantal Das Abdul tu. Katanya bantal
dengan kualiti hotel 7 bintang kan?
Mungkin hari
hari Nampak tu, dia nak suruh tukar bantal agaknya. Kena pulak Bantal Das Abdul
ni Boleh Basuh kan? Eh, yeker? Tak tahu lah. Kalau kalau ada pembaca blog ni
yang pernah guna atau ada buat tulisan pasal bantal ni, boleh komen dekat bawah
ya! Macam nak cuba pakai la. Tak tahan sangat dah asyik Sakit Leher Selepas
Bangun Tidur ni!
0 Comments